Thursday, September 30, 2010

Nak Kena Umar Ni

Ada ke dia tenyeh2 kepala adik dia pakai kaki... Grrr...

Tuesday, September 28, 2010

Ibu Sedih

Hari ni Ibu rasa sedih... Selalu pun sedih tapi xde pulak rasa nak luahkan...

Ibu rasa Umar semakin jauh dari Ibu... Umar dah x nampak Ibu walaupun Ibu di depan mata dia.

Balik nursery, walaupun Ibu yang tercegat depan pagar, Umar macam x nampak je, terus lari kejar Abah.

Kat rumah pun nak dengan Abah je, walaupun Ibu offer macam-macam.

Bangun tido, terus nangis nak Abah, walaupun Ibu boleh ribakan dia, dukung dia...

Ibu tahu kadang-kadang Ibu garang, kadang-kadang Ibu paksa dia, kadang-kadang Ibu pukul dia, tapi Ibu xde pilihan. Banyak perkara Ibu kena uruskan, menyebabkan kadang-kadang rasa sabar tu kurang.

Ibu sedar, Ibu bukan ibu yang perfect. Apatah lagi nak jadi ibu mithali...

Apa yang Ibu kena lakukan, untuk mendapatkan Umar semula...

Layan Gambar.. Zass~~!!

Inilah putera-puteri yang diraikan...
Muhammad Umar Haikal dengan atoknya memang sukar dipisahkan...
Sampai lenguh lengan atok dukung dia ke sana sini...


Ni baby angah (adik aku)... Muhammad Iman Mikhail...
tengoklah, dah berpampers aje... baju melayu entah ke mana... :D


Nur Umairah Khayrin...
Comel dengan baju kurung sulam bunganya... pun tido juga...


Masa ni tetamu datang x putus-putus...
Memang x sempat nak bersembang dengan kawan-kawan...
Yang dapat diungkap cuma,
Selamat Hari Raya... Terima Kasih datang...
haha... kesian betul...


Orang-orang surau... Adalah sedikit souvenir untuk mereka...


Lauk-pauk yang dijamu;
Nasi Minyak
Ayam Masak Merah
Kari Kambing
Acar Rampai
Acar Nenas
Buah Oren
Air Punch


Ini yang menjadi daya tarikan...
Kambing Panggang
berserta side dishes:
Coleslow
Roti
Blackpepper Sos
Mushroom Sos


Nyum... Kambing panggang yang dah dipotong-potong...


Ni acara pertama...
Selawat Nabi dan tahlil ringkas...

Sunday, September 26, 2010

Majlis Aqiqah

Alhamdulillah... syukur sangat dah selesai majlis mengaqiqahkan anak-anak kami...

Seperti yang dirancang, begitu jugalah perjalanannya... Cuma silap, last minute kami tambah order makanan dgn caterer untuk 300 orang... Tetamu yang datang memang ada 300 orang tu, cuma tetamu x berapa nak makan sbb dah pegi banyak open house... Natijahnya berlaku lah pembaziran... Lauk-pauk, alhamdulillah boleh diuruskan. Nasi yang banyak terbuang, sbb nak simpan dah xmuat fridge... Hmm.. next time kena bajet betul2...

Kepada tetamu yang telah memeriahkan majlis, terima kasih banyak-banyak... ;-)

Tuesday, September 21, 2010

Perancangan Majlis Aqiqah

Alhamdulillah duit EPF dah keluar, dan insyaAllah hari Sabtu ni nak tunaikanlah hasrat nak mengaqiqahkan putera-puteri. Awal-awal lagi aku dah bajet RM5k untuk urusan aqiqah ni. Biar duit yang diperuntukkan terlebih, jangan terkurang, karang mana nak korek...

Kira-kiranya setakat ni adalah seperti berikut:

Kambing 2 x 650.00 = 1300.00 (sbnrnya 3, tapi sekor lagi angah bayar)
Panggang Kambing = 2 x 300.00 = 600.00 (syukur jumpa upah yang murah, kalau x, xde la kambing panggang)
Katering = 250 x 6.50 = 1300.00 (dapat murah sbb kambing kita bagi kat dia)
Khemah = 1 x 300.00 = 300.00 (ni pun dah dapat diskaun 50 hengget)
Souvenir = 50 x 5 = 250.00 (untuk orang surau & yang terlebih2 tu bagi kat family)
Rencam = 500.00 (ni nak buat beli plastik, getah, tisu, mknan tambahan, sarapan & mkn malam untuk family yang bertunggu tangga dll)

Haa... ni pun dah 4250.00 jumlahnya... tu x jadi nak ambik marhaban tu, sbb orang surau kata derang nak berselawat. Dah selamat 250.00... nanti-nanti mesti ada lagi yang x terfikir dek kepala nak dikeluarkan... just wait & see...

Ya Allah! Mudah-mudahan majlis kami nanti berjalan lancar dan mudah-mudahan terpeliharalah putera-puteri kami.. Aminnn ya rabbal alamin...~~!!

Sedikit info tentang aqiqah...

Wednesday, September 1, 2010

Umairah dah Meniarap

Belum pun 5 bulan, Umairah dah meniarap sendiri... Cepat pulak baby girl aku ni... Umar dulu sampai 8 bulan penantian kami nak tengok dia meniarap... Ngam 8 bulan 1 hari, Umar jatuh sofa, gara-gara kami lupa dia dah pandai meniarap... Haha... Disebabkan itu, kami kini lebih berhati2 supaya insiden itu tak berulang lagi.

Semalam baru meniarap, pagi tadi aku tengok Umairah dah angkat bontot... dah sondol2 ke depan... Advance! ;-)