Assalamualaikuummm... ~~!! Hehe, ada ke orang datang sini.. :D
Lamanya x berblog... Dasar bukan bloger tegar... Hehe... Standardlah kalau dah x berblog tu banyak la cerita-ceriti yang berlaku. Dan standard juga, dah x ingat dah apa cerita-cerita yang tersebut... So, apa yang kak ina boleh update hari ni cerita bergambar jelah...
Hari tu (x ingat bila), kami anak-beranak ke Zoo Negara lagi. Kali ni Umairah dah besar sikit.. Dah pandai jalan, dah kenal haiwan & dah faham bila kita cakap2 dengan dia... So seronok sikit lah... Xdelah mcm dulu, terkebil2 je tengok segala macam haiwan, xtau apa2... :D Umar lagilah lebih dari faham...
Bayaran masuk ke Zoo... dah inform dah dulu kan... Masih sama je, belum ada penurunan atau diskaun lagi.. Kot naik harga lagi satu masa nanti haruss... :D Ok, bila kita masuk je kat entrance tu, kalau ikut sebelah kanan, kita akan menghala ke tempat animal show & aquarium. Sebelah kiri, kita akan jumpa zirafah & gajah. Disebabkan malam sebelum tu, kak ina cakap kat Umar nak bawa tengok gajah, so, kita ke kanan ya...
Ni la zirafahnya.. Bukan main friendly lagi. Agaknya haiwan2 ni dah biasa dengan orang yang hari2 datang tengok dia, ambik gambar dia, so xde masalah nak bagi pose bergaya. Haha... Mula2 Umar Umairah macam terkejut. Lama2 sikit, dah ok...
Kesayanganku dengan zirafah...
Ada anak zirafah 2,3 ekor... Comel.. Anak2 zirafah diasingkan dari zirafah dewasa. Xtau la kenapa... takut terpijak ke, takut bergaduh ke.. ntah lah...
Sebelah zirafah, gajah... Gajah ni x berapa sporting hari ni... Asyik tunjuk montot je... Xyah layan gambar gajah ni, jom tengok gambar hero kak ina yang hensem tu.. :D
Hensem boy ibu~~!!
Berhadapan zirafah dan gajah, ada burung ni... Umairah cukup suka... Kejap2 dia tarik tangan abah ajak tengok bird... :D
Tengoklah aksi Umairah. Suka sangat dia... :D
Layan burung emu pulak. Tiba2 ada kanggaroo sekor kat situ..
Dah penat... baru tengok 4 haiwan... Haha.. Tengok gaya Umairah... Kelakar pulak...
Jalan depan sikit, jumpa singa dan harimau... Singa dan harimau baru lepas makan agaknya.. bahagia je berehat2. Lawatan ke zoo kali ni Kak Ina rasa berbaloi betul. 2x pegi sebelum ni, singa tido je... harimau pun sudi x sudi nak menunjukkan diri...
Informative board ni baca, jgn x baca... xkan nak tengok gambar je...
Xtau la apa yang x disenangi harimau berdua ni. Ke hulu ke hilir.. Siap mengaum lagi... Huuuu... meremang tengkuk kak ina dengar. Cepat2 ajak Abg Din beredar. Walaupun kat depan tu ada air memisahkan harimau2 tu dari pagar, manalah tau kot pak belang ni 'naik syeh' boleh lompat pulak air tu... Haru satu zoo!
Kat Zoo pun ada lembu... Ni kalau dapat dek rimau ni... Kenyang sebulan!
banteng nama dia
Seterusnya kami tengok cimpanzee, orang utan... Actually tiap2 kali datang zoo, memang x pernah habis round. Sebelum ni x jumpa pun orang utan. Nak ke Ape Centre ni kena mendaki sikit. First time datang, kak ina mengandungkan Umairah, x larat nak jalan. Second time pulak sebab dah penat... Kali ni mesti nak kena tengok juga...
Panjang betul bulu dia..
2 orang yang comel
'Melepak' kat Ape Centre ni lama juga. Setengah jam ada. Mula2 rehatkan Umar & Umairah dulu. Bagi makan, bagi susu, basuh2 sikit... Lepas tu, Umar Umairah menonton aksi orang utan main sembur2 air, main buai... payah betul nak ajak beredar. Terpaksa la kak ina hadapkan juga si orang utan tu..
Sebenarnya perut Umairah x berapa ok hari tu. Masa berenti makan ais krim, tiba2 Umairah muntah... Aduhai... Kesian Umairah, dah la penat, muntah, bertambah x bertenaga dia...
Tapi, bila nampak bird... terus cergas...
Sebenarnya ada banyak juga haiwan yang kak ina x shoot gambar.. Dan ada banyak juga haiwan yang kami x lawat... Reptilia, ikan, burung.. animal show pun x sempat tengok... Xpelah, walaupun sikit je haiwan tengok hari ni, tapi puas hati... Agaknya tuan/puan kalau nak pegi zoo, pegi lah dalam pukul 1, pukul 2... haiwan-haiwan semua memunculkan diri... seronok anak-anak. Selalunya tengok dalam tv @ dalam buku je... :-)
Last pose.. Umar maintain lagi, Umairah dah layu dah... Hehe...
Masuk je kereta, kena je conditioned air, terus tidooooo. Selesai lah sudah aktiviti hari ini... ;-)
Eh cop... Kak Ina nak komen la pasal zoo ni...
- pasal apa bayaran masuk mahal... isk...
- nak naik tram kena bayaran lain pulak...
- kebersihan kat dalam zoo kureng lah...
- minuman/makanan jual kat dalam zoo pun mahal...
- kena tambah fasiliti, contohnya paip nak basuh tangan kena buat dekat lebih banyak tempat lagi
- surau ada, tapi sbb kak ina tak pernah masuk, xboleh nak komen
p/s: bila la nak dapat pegi zoo Singapore ni...