Tuesday, January 24, 2012

Beday Umar

14hb Januari lepas beday Umar yang ke3 tahun. Sbnrnya beday Umar jatuh hari Sabtu. Tapi untuk hepikan dia dan juga kawan2 dia, hari Jumaat sebelum tu, Kak Ina hantarlah kek sebiji ke taska... Cantik gak seposen keknya, gambar angry bird... Memula dulu ingat nak tempah kat kawan kak ina Intan. Beliau memang pembuat kek... Tapi disebabkan kesengkekkan yang melanda (asyik sengkek je Kak Ina ni), maka cancel lah hasrat kak ina tu... Tu pun hantar kek je tegolek2... Kalau parents lain siap buat goody bag lagi.. Sian anak ibu...



So, keesokkan harinya barulah celebrate betul2 kat rumah Opah.. Semangat Opah ngan Atuk, siap masak mee sup, buat cocktail.. pastu gantung2 belon bagai... Kami bawa KFC je... Kek? Atas 'faktor tertentu' xde dah la kek... Kebetulan siang tu pegi wedding dapat kek kecik yang besar.. So, kek kecik tu jelah yang kami nyanyikan hepi besday untuk Umar.. Sian Umar... Tapi mesti dia hairan, semalam dah potong kek, hari ni potong lagi.. Hehe...



InsyaAllah, tradisi begini akan diteruskan. Tapi semuanya bergantung pada ekonomi semasa ya anak2... Kalau ada lebih, Ibu buat lebih.. Kalau xde, apa2 yang ada jelah ya... Yang confirm makan2 mesti ada... Hadiah... anak2 dah faham nanti baru Ibu bagi... hehehe..

Outing PD

Hari tu ofis Kak Ina buat outing ke PD. Time poket tgh 'sesak' mcm x berapa ramai je orang kat PD... Actually kami pegi pun guna duit tabung.. So ditanggung beres lah.. Hehe...

Xde aktiviti sangat pun. Kami cuma pergi makan2 dan mandi2 je.. Kak ina mandi kerbau je pasal Umairah mandi ala2 malu2 kucing. Hati rasa nak mandi, tapi takut. Bawa naik, nak ke laut.. Umar lagi la, celup kaki je dah lari dah.. Hehe...

Makan2 nya pula, ada bihun goreng, nasi campur, ayam bakar, sosej terbakar.. Hahaha..

Dan untuk tambah happening, Kak Ina pinjam dengan Kelab Rekreasi khemah 9 unit. Kebetulan kami semua ada anak kecik, so sangat bergunalah khemah tu bila anak-anak nak tido... Selain tu, boleh la simpan2 beg baju. Xde la sepah2 je kat wakaf.

Sekejap je event kami, lebih kurang 6 jam bersantai di PD kami pun balik... ;-)

Layan gambar tanpa caption ok~~!!






Friday, January 20, 2012

Percutian yang x dirancang

Percutian x dirancang kak ina ni memang betul2 x dirancang.. zero plan! maybe percutian x dirancang orang lain tu mcm terlajak berjalan ke, terlajak bermalam ke... tapi cerita kami begini...

Cuti tahun baru yang lepas, kak ina dan abg din pulang ke kampung halaman di cha'ah... (kampung mak ayah abg din).. Family kak ina - mak, abah, angah, iman & tirah pun turut serta.. Selain melawat keluarga besan, tujuan family kak ina ke Johor sebab nak menziarah kawan lama di segamat. Masa ke segamat, kak ina, abg din dan anak2 ikut sama... Sekali, family kak ina ajak pegi Umbai... oOoo biar betull... Umbai jauh dari segamat... Memandangkan mereka beriya2 nak kesana, dan abg din terasa macam satu tanggungjawab untuk entertain family, kami pun bersetuju lah...

Masa tu dah senja pun. Dan.. disebabkan itu, terpaksalah cari PasarayaKu, beli baju tido dan baju nak pakai keesokan harinya. Haha... bukan setakat baju, toiletries, pampers, susu... adoi la...

Sampai Umbai dah malam, kira-kira pukul 10. Kami menginap di homestay ini. Anak-anak dah tido. Terpaksa lah kak ina dan angah x ikut makan ikan bakar... Huhu...

Check out esok pagi, family kak ina nak ke Bandar Melaka... alang2 perjalanan dalam 10-15 minit je, kami pun join sekali... Haha... Jadilah lawatan ke Melaka yang entah ke berapa kali... Dah boring kami ke sana, malas nak ambil gambar...

So, tahun baru kak ina & family bermula dengan percutian ke melaka yang x dirancang... Haha...

p/s: apa punya karangan x best langsung!

Tuesday, January 10, 2012

Tahun Baru, Baby Baru

Salam Tahun Baru 2012... Hahaha.. Dah 10 hari di tahun baru, baru nak update... ;-D

So, apa azam tahun baru anda? Alhamdulillah salah satu azam tahun baru 1433H Kak Ina sedang ongoing.. Mudah-mudahan tercapai... Iaitu >>> tambah anak.. ;-D senyum lebar-lebar..

Hingga ke hari ni, Kak Ina dah pregnant selama 11 minggu 2 hari atau mudahnya, 3 bulan. Masa mula-mula terlewat period dulu, Kak Ina terawal sangat buat UPT (tu yang ada entry pasal UPT dulu), so resultnya negative lah. Tapi masa tu kak Ina confident sangat Kak Ina pregnant. X berapa lama lepas tu, Kak Ina buat lagi sekali... Sekali terosak kan dia.. Aduyaii.. Dah la second time tu guna kit yang mahal.. Kali ke3, barulah positive, tu pun samar2 je... Hehe, masih awal lagi lah tu..

Masuk 9 minggu Kak Ina pun pegi buka buku merah.. Setakat 3x pregnancy ni Kak Ina checkup di Poliklinik UKM. Masa mengandungkan Umairah dulu adalah check up kat hospital kerajaan 2,3x. Tu pun sbb decide nak bersalin kat hospital kerajaan.. Huuu lama giler, separuh hari dok termangu kat hospital je... Alhamdulillah ada panel UKM, setengah jam dah siap semua.. Puan-puan yang berduit pun boleh je check up kat private. Sebulan sekali je untuk keselesaan kita.. Tapi mungkin ramai yang xtau. Mungkin ramai yang ingat kalau nak bersalin kat hospital kerajaan kena check up kat hospital kerajaan.. x pun sebenarnya...

Ok, berbalik pada cerita kat ina pegi check up tadi, masa scan2 tu confirm2 la nampak satu kantung satu heartbeat je, tapi bila dah balik rumah, Kak Ina belek2 ultrasound result tu, ternampak kat sudut hujung kertas tu Twin A... Hahh, saspen! Aku mengandung kembar kah? Berhari-hari kak ina pendamkan rasa tu sampai satu hari rasa dah x sabar nak tunggu tarikh next check up, Kak Ina call klinik...

Kak Ina: Dr. saya nak tanya pasal result ultrasound saya..
Dr.: Kenapa tu?
Kak Ina: Kat kertas tu ada tulis Twin A. Apa maksudnya Dr.?
Dr.: Kembar pertama.
Kak Ina: Aaa.. (terkejut, confuse, eh betul ke ni)
Dr.: Pn scan kembar ke?
Kak Ina: Scan hari tu nampak satu kantung satu heartbeat je Dr.
Dr.: Macam tu ada satu baby je lah..
Kak Ina: Kenapa dia tulis Twin A?
Dr.: Saya setkan machine tu macam tu supaya senang nak beza kalau ada kandungan kembar...

Isk Dr. ni tau. Buat saspen je... Kak Ina dah poyo2 google pasal kehamilan kembar.. Siap dah saiko2 Abg Din beli MPV. Wahahahha..

Apa pun, kembar ke x kembar ke x kisah... Yang penting baby kat dalam ni sihat, sempurna dan beroleh semua yang terbaik dariNya.. Dan Kak Ina sangat berharap agar kandungan kali ni Kak Ina x berdepan dengan hypertension dan diabetes lagi.. Huuuuu... Ya Alllah, permudahkanlah ya Allah...