Monday, March 19, 2012

Ambil Kesempatan dan Ambil Yang Sempat

Assalamualaikum.... Wahhh lama dah x menjengah ke sini... Kalau ruang ni kat alam nyata, dah tentu bersawang di sana sini... :D

Hari ni Kak Ina nak story pasal vacation kami ke Kuala Terengganu... Tapi tajuk entry langsung x menggambarkan pegi vacation... Hehe.. Actually Abg Din ada course kat Ganu dari Selasa sampai Khamis. Tu yang Kak Ina ambil kesempatan ikut sama.. At least 3/4 duit hotel dah tercover. Haha, bijak, bijak...

So, seawal pagi Isnin, kami pun gerak dari BBB. Kenapa x gerak Sabtu@Ahad? Sebab, Sabtu ada wedding sampai ke malam, Ahad Abg Din keje la pulak... Tapi xpe, confirm jalan jem sbb cuti sekolah...

-Day 1-

Bermula perjalanan sehinggalah ke Temerloh alhamdulillah cuaca baik. Selepas dari tu hujan turun rintik-rintik, lebat dan langsung x berenti sampailah ke Terengganu. Maka perjalanan kami pun menjadi panjang... Kami memilih untuk menyusur pantai Terengganu, lalu Rantau Abang. Plan Kak Ina nak singgah kat turtle sanctuary. Ingat nak bawalah anak-anak tengok penyu. Walaupun bukan musim, dapat tengok anak penyu pun jadilah. Saje seronokkan budak-budak plus kenalkan mereka dgn haiwan. Malangnya, jangankan singgah, dek hujan yang lebat, kami x perasan pun kat mana lokasinya sanctuary penyu tu... ;-(

Jalan, jalan, jalan.. sedar-sedar dah sampai Kelulut... Perut belum berisi dari tengahari. Jadi singgahlah sebentar di salah sebuah gerai makan pantai peranginan Kelulut. Elok sahaja sampai di situ, sempat berposing sekeping dua gambar, hujan turun selebat-lebatnya. Xde pilihan, terpaksalah kami makan di gerai yang hanya menawarkan nasi ayam semata-mata... Apa yang Kak Ina dan Abg Din berasa sangat tidak puas hati ialah, pertama, gerai makannya sangatlah kotor... Gred B, tapi Kak Ina rasa jauh mana lebih bersih kedai makan Gred B di BBB/KL.. Minta maaflah ya Org Ganu... Kebersihan satu hal, masa nak bayar, xde siapa pun nak attend kami, semua pekerja cakap 'tunggu tokey'.. Hairan Kak Ina... Kalau meniaga nasi ayam hari-hari, xkan xtau harga sampai nak kena tunggu tokey yang kira... Xtaulah betul ke x.. tapi Kak Ina rasa, tokey tu markup harga nasi ayam tu... RM4.50 sepinggan untuk nasi ayam yang biasa je... Maklumlah kami ni orang luar Terengganu... 'Kaya-kaya' semuanya..

Pantai Kelulut.. Maaf lah ya.. Kak Ina ni suka komen... Kak Ina tengok banyak sangat sampah kat pantai ni. Xtau la sebab orang buang sampah merata-rata ke atau sebab dibawa air ke.. Tapi sayang lah, ni kan kawasan pelancongan
Kesayangan Kak Ina.. tengok Umairah, dia x pandai nak buat 'peace' dia buat 'five' jelah.. :D

Malam tu kami menginap di Hotel YT Midtown. Hotel ni hotel lama, tapi bolehlah. Kadar sewa RM108 untuk 2 single bed siap sarapan. Malam tu kami ke Seberang Takir.. Konon-konon nak minum air buah. Tapi xjumpa kedai air buah yang Kak Ina selalu pegi masa zaman belajar dulu... Round2 kat Pantai Teluk Ketapang terjumpa la satu kedai makan ikan bakar... Baru 4 hari buka... patut la xde orang. Tambahan lagi, kedainya agak terceruk... Nak dikisahkan tentang makan ikan bakar ni.. malam tu kami ada cash x lebih RM150... Kak Ina risau juga, takut terlajak harga karang, mana nak dicari ATM kat tepi2 pantai tu.. Hehe.. Abg Din pun agak rambang mata bila dah nampak ikan... Diordernya ikan cencaru 2 ekor, ikan putih besar juga, sekor. Sotong besar 2 ekor.. tomyam, sayur campur, nasi putih 2... "Waahhh banyaknya bang... Kita ada RM150 je ni".. Tapi syukur alhamdulillah, semua tu harganya RM50 sahaja. Murah...!! Dari segi rasa, pada Kak Ina ok je, tapi Abg Din kata belum boleh lawan belakang Istana lagi... :D

Teh dangdut... Teh dia ada letak sesuatu yang menyebabkan rasanya lain... Time tu otak mcm x boleh recall rasa apakah... Hehe...

Umar, bukan lagi menjilat jari... Dah jilat tapak tangan dah... :D

Ikan putih.. Kak Ina rasa lazat aje...

Sotong.. yummienya...

Nyummm.. semua2 ni licin kami 4 beranak kerjakan.. :D

-End of Day 1-

-Day 2-

Esoknya, kami sarapan kat hotel je... Kak Ina ingat hotel provide nasi dagang ke, nasi minyak ke, kopok leko ke... Emmm xde nya.. Sama juga macam hotel2 lain, nasi goreng, mihun goreng, bubur.... Tapi xpelah.. kami makan dengan banyaknya... haha... save belanja sarapan.. ;P Lepas tu kami check out dan terus ke destinasi yang dirancang...

Mula-mula kami singgah di Pantai Batu Buruk... Awan mendung. Ombak pun bergulung-gulung. Terpampang papan tanda Dilarang Mandi.. Hishhh kalau xde papan tanda tu pun, xde la nak kami nak mandi... Terfikir, macam mana masih ada juga orang yang nak mandi dengan keadaan laut macam tu... Kemudian kami singgah sekejap kat Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali dengan Masjid Terapung. 4 tahun Kak Ina duduk KT, x pernah masuk apatah lagi solat kat masjid ni. Datang kali ni pun kami tengok kat luar je...


Cuba tengok ombak.. Berani orang tu main-main di gigi air.. Posing

Masjid Terapung

Since hari ni one whole day kami free... Kami pun mengambil kesempatan berjalan ke Taman Tamadun Islam. Kak Ina ingatkan tempat ni kecik je.. rupanya besar, macam-macam ada untuk dilihat... Ok, untuk yang x pernah sampai, tiket masuk, kalau untuk TTI sahaja, RM15 per kepala dewasa. Budak2 7 tahun ke atas x ingat pulak berapa. Tapi kami ambil pakej dengan river cruise sekali, RM20 per kepala dewasa. Actually Kak Ina xtau pun pasal river cruise tu. Kiranya rezeki kami lah... Ok, Kak Ina citer pasal TTI dulu ya... Kat dalam TTI tu ada monumen masjid dari pelbagai negara. Luas jugalah kawasannya. Ada disediakan perkhidmatan tram, buggy dan juga bicycle. Tapi kena bayar. Actually kalau jalan kaki pun boleh, lagi puas nak tengok, nak baca, nak ambik gambar... Tapi kami naik tram pasal bawa budak nanti penat nak jalan... Lagipun Kak Ina ni kan makyong.. x sedar diri pulak... Tapi baru dapat tengok 3,4 monumen dah hujan pulak adoi... Tambahan, di sesetengah monumen ada tayangan video. Antara yang Kak Ina sempat tengok, tayangan video di Taj Mahal dan di Dome of Rock. Sebenarnya kami masuk tempat ni 2x, sbb baru jalan sikit, orang Rivercruise dah call suruh naik boat dulu.. :D

Pintu gerbang yang menyambut kedatangan kami ke Taman Tamadun Islam

Peta kawasan... Ralat rasanya x dapat singgah ke semua monumen
buggy... kalau x silap sewanya rm30+-

Taj Mahal... sejarahnya sungguh menarik

Masjid Sultan Singapura

Keterangan tentang Masjid Sultan

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei

Kak Ina shot gambar ni sebab x sempat nak baca. Furthemore, boleh la reader baca sama

Ni Masjid Al-Manar Kudus, Indonesia

Dome of Rock
Hmmm.. monumen2 kat atas ni je yang sempat Kak Ina dan Abg Din lawat. Yang lain-lain x sempat sebab hujan lebat sangat. Oh ya, ada info yang readers kena tahu. TTI ni tidak dibuka pada hari Selasa, melainkan hari Selasa cuti sekolah. Jadi kalau nak ke sini, sila rancang perjalanan ok...

Citer tentang boat pulak.. Rivercruise kat sini memang berbeza dengan yang kat Melaka tu. Kalau kat Melaka, kita akan menyusur di sepanjang sungai kecil sementara mata dihidangkan dengan pemandangan indah bangunan di tepi2 sungai. Kat sini pengalamannya berbeza. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit menyusur sungai sejauh 9km. Sungai Terengganu tu agak luas hoccay, kami semua mengenakan life jacket. Umar & Umairah pun x terkecuali. Di sepanjang perjalanan, kami diberi penerangan tentang pulau-pulau kat situ, apa yang famous di KT, aktiviti penduduknya & mcm2 lagi. Tak dinafikan kalau x kena dengan jiwa orang akan kata, boring, xseronok. Tapi pada Kak Ina best. ;-)

Tgh siap2 nak naik boat
Kincir air, tarikan baru di TTI
Dome of Rock dari pandangan sungai.. Cantik

Bot-bot nelayan. Warna badan bot adalah kod mewakili negeri..
Daun nipah dibiar tumbuh bagi mengelakkan hakisan


Bandar KT

Waterfront

Masjid Kristal
Inilah bot yang kami naik.. Wajah Umar dan Umairah... Comey anak-anak ibu.. ;-)

Lepas tu kami lunch kat Restron Beteng.. Kat area tu juga lah... Kak Ina makan laksam.. sedapnya... Abg Din makan nasi dagang... Abg Din pun cakap sedap. Tapi standard la mahal sikit.

Sebahagian kawasan makan Restoran Beteng..

Laksam. Thumbs up!

Di sebelah malamnya pula, kami ke Seberang Takir. Balik dari Teluk Ketapang malam tadi, Kak Ina dah perasan dah kedai air buah yang Kak Ina selalu pegi tu, so malam ni, kami ke Seberang Takir lah... X ramai orang macam dulu. Suram je... Kami order jus dragonfruit dan durian belanda. Makan, keropok, nasi minyak, nasi dagang dan laksam... Hmm... Patutlah x ramai orang.. Dah x perform dah Air Buah Gelas Besar Pak San ni.. jusnya x pekat. Rasa makanan pun... ermm.. Kak Ina ni x cerewet bab makan, tapi frankly speak.. x sedap.. :-(

durian belanda & dragonfruit


nasi minyak


laksam


nasi dagang
Hala balik, kami singgah sekejap kat Waterfront. Kawasan ni masih under construction. Tapi ada banyak lampu-lampu macam kat i-city tu.. Kalau ikut penerangan pemandu pelancong rivercruise semalam, memang kat kawasan tu akan dibuka gerai ICT. Tapi ICT ikan celup tepung lah... Hehe.. Kalau dia x clarify, Kak Ina ingat ICT - information & communication technology la sampai ke sudah... :D

Ada sekeping je gambar kat waterfront ni.. Yang lain xjadi... Xpandai2 lagi ambik gambar malam

Kami kat Waterfront x lama, sbb Kak Ina nak balik hotel cepat nak tengok Vanilla Coklat episod akhir. Hahahahahha.. Malam ni kami check in kat Permai Hotel, hotel tempat Abg Din berkursus. Bestnya... ;-)

-End of day 2..-

-Day 3-

Alhamdulillah hari ke3 ni x hujan pulak. Tapi Kak Ina x bawa anak berjalan pun, sbb susah nak dikawal kalau Kak Ina sorang... Cuma bawa anak2 sarapan kat Kedai Kopi Ladang. Kedai Kopi Ladang ni pun tempat Kak Ina biasa makan masa belajar dulu... Hehe, cari tempat lama je... Nama pun kedai kopi, so makanannya murah2 je lah... Anak2 cuma makan telur separuh masak sorang 2 biji. Lepas tu buat hal.. Aduhai pening Kak Ina. Last-last, selepas menghabiskan sebungkus nasi dagang yang sedap, Kak Ina bungkus je untuk makan tenghari nanti. X payah keluar dah. Kiranya sepanjang sianglah kami 3 beranak memerap di bilik je. Ops lupa, sebelum naik bilik, Kak Ina bawa anak2 mandi swimming pool dulu. ;-)

Bulatan Batu Bersurat berhampiran Kedai Kopi Ladang.. Dulu Bulatan Penyu. Dengar2 cerita tukar sebab x elok binatang besar2 di tgh laman macam tu.. Habis tu yang kat bawah ni pulak macam mana? ;))

Mungkin sotong udang dan kerang ni dikira sebagai makanan kot. Hehehe.. Ni kat Marang..

Petang, Abg Din habis kursus jam 5. Dapatlah kami beronggeng... Sekali lagi kami ke Teluk Ketapang.. :D Pegi makan ICT, SCT, UCT... Apa tu eh? Hehehe.. ikan celup tepung, sotong celup tepung dan udang celup tepung... Sedap, tapi Kak Ina rasa mahallah... Udang sekor seringgit. Bukan besar pun udangnya.. Hishh kenapa banyak tempat dah mahal ni... Kat Teluk Ketapang, kami sempat makan ISUCT sahaja.. X sempat nak jalan-jalan tepi pantai, nak lajak sampai ke UMT dan Batu Rakit.. Hmmm... kena pegi lagi la lain kali...

UCT... Lebih kurang je size udang kat Tesco... X acilah macam ni...


SCT

Kepok


ICT

Bukan main lagi Umairah minum air kelapa.. ;-)

-End of Day 3-

-Day 4-

Khamis... Cepatnya masa berlalu dah Khamis... Pagi, kami sarapan kat warung sebelah Hotel Permai.. Kat situ ada nasi minyak, nasi dagang dan nasi lemak sahaja.. Maka kesekian kalinya lah kami makan nasi dagang... hehe. Lepas breakfast, sekali lagi aktiviti memerap di bilik. Tapi hari ni x lama lah, sbb event Abg Din habis pukul dua. Hari ni x bawa anak2 mandi pool, pasal Umairah fobia, smlm ibu jari dia luka. Mungkin terkena tile yang terserpih kat dalam pool tu.

Lepas check out, kami lunch di Kedai Kopi Ladang (lagi) dan window shopping kat Bazar Warisan dan Pasar Payang. Sedih je x dapat beli apa-apa pun sbb Umar meragam.. Dapat la jalan sekali round lepas tu balik dah... Oh ya, malam ni kami x tido hotel dah. Hari ni kami bermalam di rumah Che Da, kawan Kak Ina masa belajar dulu...

Konon2 nak makan durian... Xde rezeki pulak... "En Abg, rasa nak lahh... ;-("

X dapat tengok penyu, telur penyu kat pasar pun boleh laa


Bazar Warisan

Lepas solat Maghrib, Che Da & family ajak kami makan ikan bakar. Kat Medan Ikan Bakar Kuala Ibai... Macam-macam diordernya. Kekenyangan kami. Syukur alhamdulillah.. But still Abg Din cakap xboleh lawan belakang Istana lagi... Haha. Abg Din, Abg Din... X boleh lawan pun, kekenyangan juga dia... :D Oh ya, kat Kuala Ibai ni tersangatlah ramainya orang. Kami kena Q nak dapat tempat duduk... Agaknya kat sini yang paling sedap kat KT kot..

Lanskap depan kedai makan


Pilih ikan kat sini

-End of day 4-

Last day...

Sekejap je masa berlalu, dah nak balik BBB dah.. Hari ni, alhamdulillah panas.. Nak ronda2 lagi, takut sampai malam pulak... Kak Ina & Abg Din x suka lalu kat LPT & Karak Hiway malam2... Gelap. Kalau hujan, lagi la 1 hal... Sblm balik, Kak Ina plan nak beli keropok dulu. So, Che Da bawa kami pegi kat satu tempat ni. Kat rumah orang je. Dia memang proses keropok untuk dibekalkan kepada peniaga di Losong, di Pasar Payang... Tapi sebab beli kat rumah dia, kami dapat harga yang jauh lebih murah.. Kalau xde Che Da, memang banyak la kena spend. Tapi kat situ ada keropok keping je. Keropok leko terpaksa cari di Losong juga. Kata Che Da dan keluarganya, keropok Losong bukan yang paling sedap dah lening... Ada yang lain yang lebih sedap. Malangnya kedai tu tutup pulak hari Jumaat. Ada la beberapa tempat yang Che Da senaraikan sebagai lebih sedap dari Losong tapi Kak Ina x ingat dah..

Keropok yang dijemur...

Close up

Kat Losong.. ni kat kedai Adik-Beradik


Sementara tunggu dia bungkus kopok Kak Ina shot gambar dia dulu


So lepas shopping keropok, kami pun gerak balik ke BBB. Kami cuba ikut jalan baru.. Hiway Bukit Payung ke Bukit Besi. Sbnrnya hiway tu LPT2. Tapi belum siap sepenuhnya. Memang terasa cepatnya. Kira-kira 3 jam perjalanan dari Losong kami dah sampai Gambang. Gambang ke KL dalam 2-3 jam. Bermakna sekitar 5-6 jam dah boleh sampai. Agaknya kalau LPT2 tu siap nanti sekejap je nak sampai Ganu. Orang Ganu yang keje KL boleh la tersenyum riang sbb boleh balik selalu, bila2 masa je.. Jangankan Orang Ganu, kami pun panjang kaki la ke sana lagi... ;-)

Ok, akhirnya... tamat sudah episod percutian kami yang ke4 kot, di tahun 2012...

Pose dengan Che Da, De dan Anis... Patutnya ambik gambar kat rumah.. Baru la boleh posing sekeluarga... Apa daaa... :D