Thursday, September 5, 2013

Chickenpox

Apa itu cacar air?

Cacar air ialah penyakit yang senang dijangkiti yang disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan.
Banyak kanak-kanak akan mendapat cacar air semasa muda dan selalunya ia merupakan penyakit ringan. Sebaik saja bayi anda dijangkiti, simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari. Bayi anda mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga masa semua bintik-bintik sudah kering, lazimnya dalam masa lebih kurang lima hari. Jika bayi anda menghadiri taska, jangan hantar dia selama lima hari dari masa ruam itu mula timbul.

Bagaimana bayi saya boleh dijangkiti cacar air?

Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memberi dia cacar air. Anak anda boleh dijangkiti cacar air cuma dengan berada sama sebilik dengan seorang yang menghidap penyakit itu. Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air.

Apakah simptom-simptom cacar air?

Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom flu yang ringan:
  • demam;
  • sakit kepala;
  • mual;
  • sakit-sakit badan;
  • kurang selera.
Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil yang akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam. Anda mula memerhatinya di muka bayi anda. Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok. Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ianya kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja. Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital.

Haruskah saya bawa bayi berjumpa doktor?

Bawalah bayi anda jika anda fikir dia mempunyai cacar air. Doktor anda boleh mendiagnosis cacar air dengan memeriksa bintik-bintik itu.
Jika bayi anda kurang dari usia empat minggu, bawa dia berjumpa doktor jika dia telah berdekatan dengan seorang yang mempunyai cacar air, atau jika dia memperlihatkan simptom. Cacar air boleh menjadi sangat bahaya dan menyebabkan komplikasi dalam bayi muda.

Adakah sebarang rawatan?

Cacar air adalah virus, jadi tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi anda dengan beberapa rawatan rumah:
  • Jika bayi anda tiga bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya parasetamol atau ibuprofen bayi untuk menurunkan demam dan untuk melegakan sebarang sakit-sakit badan. Semak maklumat tentang dos di paket, atau tanya doktor atau ahli farmasi jika kurang pasti banyak mana nak diberikan kepada bayi.
  • Beri bayi anda banyak cecair untuk mengelakkan daripada dia menjadi nyahhidrat. Beri dia lebih susu ibu atau susu botol, dan jika dia mengambil formula atau makan makanan bayi dia boleh diberikan air juga.
  • Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losen kalamin. Anda juga boleh cuba mencampurkan bikarbonat soda ke dalam mandian bayi untuk melegakan gatal-gatal.
  • Jika bayi anda lebih dari usia satu tahun dan gatal-gatal itu sangat mengganggukan dia di sebelah malam, doktor anda mungkin mempreskripsikan antihistamina chlorphenamine (Pirition). Ini juga mempunyai kesan sedatif yang boleh membantu dia lebih mudah tidur.
  • Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi.
  • Pakaikan bayi baju kain benang yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan rasa kurang gatal.

Bolehkah saya dijangkiti cacar air bayi saya?

Jika anda tak pernah menghidap cacar air, anda boleh dijangkiti oleh bayi anda. Penyakit ini boleh menjadi lebih serius bagi orang dewasa dan belasan tahun, jadi berjumpalah dengan doktor anda jika anda fikir anda dijangkiti.
Jika anda sudah mendapat cacar air, anda tidak akan mendapat untuk kali kedua. Tetapi, sebagai orang dewasa, kita berkemungkinan ada membawa dalam badan kita virus herpes yang menyebabkan cacar air. Kadangkala, jika kita keletihan, virus itu akan terpicu, menyebabkan kita mendapat simptom. Ini akan muncul sebagai virus yang berbeza, dikenali sebagai kayap.

Adakah cacar air bahaya bagi wanita yang hamil?

Jika bayi anda mempunyai cacar air, jauhkan dia dari wanita hamil yang belum pernah menghidap cacar air sebab ianya boleh mendatangkan masalah bagi bayi belum lahir.

Sumber: Babycenter

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Blog ni dah jadi mcm blog doktor pulak.. hik hik.. perasan... ye lah banyak betul cerita pasal penyakit kan.. actually, setiap penyakit yang kak ina post kat sini, semua disebabkan pengalaman... kalau x mengalami penyakit tersebut mesti x rajin kak ina nak menggoogle... :D

Cacar air atau dalam bahasa lebih glemernya chickenpox, telah menyerang ketiga2 buah hati pengarang jantung kak ina sepanjang bulan puasa yang lalu... Fooh! Sungguh mencabar buat kak ina dan abg Din. Terpaksalah kami cuti berganti2... Sepanjang bulan puasa yang lalu 10 hari Kak Ina ambil cuti rehat. Bermula dengan Umar, diikuti Umairah dan penutupnya Umran. Umar paling teruk kena. Cacarnya tumbuh rapat2.. Memang nampak ngeri. Anak bujang ni pulak, bab sakit memang lah sememeh sikit.. Mandi nangis, sapu ubat nangis... Lain pulak si Umairah, tahan sakit sikit & bila dia dah terlepek tu memang sangat merisaukan kami. Tandanya memang sakit kuatlah tu... Umairah pun banyak juga naiknya, tapi merata satu badan... Umran, kononnya sebelum kena, kak ina bawa dia cocok setahun. Alang2 ambil injection chickenpox sekali. Dengan harapan kalau kena tidaklah teruk sangat. Rupanya, injection option tu jangan x saje kami sedekah kat klinik, pasal sampai je rumah, kak ina perasan dah ada sebijik cacar dekat belakang dia... :P

Apa2 pun, lega sebab biasanya chickenpox menyerang sekali je kan... Dah setel 3,3 orang.. Esok2 xde masalah ponteng2 sekolah... hihi...



Gambar Umar dalam fon papa.. dalam fon ibu xde pulak.. nanti2 lah update eh... :D

HFMD

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Dalam kesibukan bekerja hari ni, sempat juga Kak Ina nak menyelit sepatah dua kata kat blog nih... Haha, kantoii... ya, sekarang ni adalah opis hour.. Tapi sekejap je.. sekejaap je...

2,3 hari ni anak2 x sihat.. bermula dengan umran... xnak makan, xnak susu, xnak minum... demam sikit & kak ina noticed ada biji2 mcm kudis buta kat kaki & tangan dia.. hati dah xsedap dan menafikan.. bukan penyakit itu.. bawa ke klinik.. ya, memang sah penyakit itu... HFMD atau dalam bahasa panjangnya penyakit tangan, kaki dan mulut... hishhh... 

terpaksalah dikuarantinkan lagi sekali dari nursery... dikuarantinkan sekali lagi? sebab sebelum ni 3,3 kena chickenpox. Tapi kak ina x buat post lagi... nantilah.. Doktor kata akan ambil masa 3 ke 5 hari untuk baik... 'Dia' akan baik sendiri tapi kasihan dekat anaklah... sakit dan lapar.. lapar sebab dalam mulut banyak ulser...

Since kak ina cakap sekejap je kan, maklumat lanjut pasal HFMD boleh baca kat bawah. Kak ina petik kopipes bulat2 dari sini.
__________________________________________________________________________

What is hand, foot and mouth disease?

Hand, foot and mouth disease (HFMD) is a mild illness caused by one of a group of coxsackie viruses. HFMD gets its name from the little sores that develop on the hands and feet, and in the mouth. It’s common in children under 10, although adults can get a milder form of the virus.

Is HFMD common in Malaysia?

The Health Ministry acknowledges that HFMD has become endemic in Malaysia, with periodic outbreaks among young children. Since the first outbreak in Malaysia in 1997, the Health Ministry has periodically ordered the closure of playschools, primary schools, childcare centres or nurseries and kindergartens to contain the disease. If this happens, announcements will be made through all media channels.

How will I know if my baby has HFMD?

A baby or child with hand, foot, and mouth disease will clearly not feel well. The telltale signs of the virus are small, blister-like sores in the mouth, hands and feet. Your child may also:
  • have a sore throat;
  • have mild fever;
  • generally look and feel unwell.
The blisters can be extremely sore. In fact, a baby with HFMD may not want to breastfeed or eat because of the sores in her mouth.

Should I call the doctor if I suspect my child has HFMD?

You'll probably want to, even though she won't be able to do much. However, if your child's fever gets higher than 39 degrees C, or doesn't subside after four to five days, your doctor should check for a secondary infection.
Be alert for signs of dehydration. Sometimes a baby may refuse to swallow because it hurts too much. So if your baby won't eat or drink, and hasn't had a wet nappy in more than six to eight hours, call the doctor.

How can I best care for my baby while she's ill with HFMD?

Although you may just have to wait out the seven to 14 days it typically takes for the hand, foot and mouth virus to subside, you can make your baby more comfortable.
  • Try giving her paracetamol suspension, under your doctor's recommendation.
  • Teething gel may also relieve your baby's pain.
  • To avoid dehydration, keep offering breastmilk or formula, or water and diluted juice for an older baby. A toddler may enjoy an ice-lolly, which will provide fluids and soothe the sores.
While your baby has the virus, it will be uncomfortable for her and exhausting for you.

Once my baby's had HFMD, can she get it again?

Yes. Like colds, your baby will be immune to the virus she's already had, but there are many strains of hand, foot and mouth disease.

Can HFMD affect adults?

Hand, foot and mouth disease rarely affects healthy adults. An adult who does get the virus and feel ill can have quite a severe form of HFMD. "Of all the HFMD cases that I have seen, only two or three parents have been affected," says BabyCenter expert Dr Winston Yong. "However, those parents who were affected were very severely affected with swollen hands and feet, and they had a lot of pain. They felt much worse than their children."

How does HFMD affect pregnant women?

There is no specific risk to pregnant women, but in rare cases, a foetus could be affected. If a pregnant woman has contact with a child infected with hand, foot and mouth disease, she should wash her hands frequently and perhaps wear rubber gloves if she needs to change nappies or do other baby care.