AsSalam,
Hari ni Kak Ina nak share tentang Doktor Pakar Kanak-kanak/Pediatrician yang ada di sekitar Kajang/Bandar Baru Bangi...
Kebiasaanya masalah anak-anak yang melibatkan Pediatrician, kami prefer berkunjung ke KPMC. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kami serasi dengan KPMC iaitu:
- barangkali ubat-ubatannya sangat serasi dengan anak-anak
- doktor-doktor pediatriknya sangatlah mesra alam. Hehehe.. tapi bagi orang yang x biasa mungkin xckp begini
- kosnya pun tidak terlalu mahal
- dekat ngan rumah Atuk/Opah.. hihi
KPMC, 03-8739 7077 sumber gambar: kpmc |
Ada 3 orang Pediatrician bertugas di sini; Dr Afifah, Dr Saiful dan Dr Azwan. Dr Afifah dan Dr Saiful duty siang manakala Dr Azwan di sebelah malam. Time bertugas Kak Ina x ingat.. Kak Ina akan call dahulu KPMC sebelum membuat 'kunjungan'.
Tapi sejak beberapa bulan yang lalu, Kak Ina dapat tahu yang Dr Saiful mempunyai klinik sendiri. Yang lucunya, Klinik Pakar Kanak-kanak Dr Saiful share dengan Klinik Pakar ENT Dr Isa yang biasa kami kunjungi sekiranya ada masalah ENT. Haha.. apalah x alert. Jadi sekarang, kami beralih arah ke Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful pula untuk mendapatkan servis yang sama seperti di KPMC tetapi dengan harga yang murah sedikit. Ting!! Save cost... :D
Lokasi klinik di Sg Chua. Sederet dengan kedai2 lampu. Di sebelah kiri dari arah Bandar Kajang, betul2 sebelum trafic lite nak ke Seksyen 7 Bangi.
Waktu operasi adalah seperti berikut:
Isnin - Rabu : 10.00 am - 12.30 pm & 6.00 pm - 9.30 pm
Khamis - Jumaat : 6.00 pm - 9.30 pm
Sabtu : 10.00 am - 4.30 pm
Ahad : 10.00 am - 12.30 pm (Tolong telefon terlebih dahulu - 03-87335798)
Isnin - Rabu : 10.00 am - 12.30 pm & 6.00 pm - 9.30 pm
Khamis - Jumaat : 6.00 pm - 9.30 pm
Sabtu : 10.00 am - 4.30 pm
Ahad : 10.00 am - 12.30 pm (Tolong telefon terlebih dahulu - 03-87335798)
Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, 03-87335798 |
Selain KPMC dan Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, mommies boleh juga try Klinik Pakar Kanak-kanak Kwan. Yang ni di tengah2 Bandar Kajang berhadapan dengan Avon. Sebelum berjinak2 dengan KPMC, kami selalu ke sini. Bawa Umar. Sehinggalah Doktor Kwan refer kami (Umar) ke KPMC pasal kes bisul di bawah ketiak yang perlu dibedah segera. Atau boleh juga ke Klinik Pakar Kanak-kanak Annur atau AzZahra... yang 2 ni hospital swasta jadi faham2lah tentang bayarannya ya... (Kalau x ada, jangan nak meng-ada2.. hihi)
Klinik Kanak-Kanak Kwan, 03-87363118 sumber gambar: http://thepurplestudio86.blogspot.com/2014/04/hfmd-hand-foot-mouth-disease-penyakit.html |
Annur, 03-89265545 sumber gambar: annur |
Selain daripada yang Kak Ina coretkan di sini rasanya banyak lagi Klinik Pakar Kanak-kanak di sekitar Kajang/ Bandar Baru Bangi... Pilihan di tangan anda.. Yang pentingnya ubat-ubatan sesuai dengan anak & anak pun sihat dengan izin Allah..
Okeh.. tu je nak citer hari ni.. Daaaaaa