Monday, November 24, 2014

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi

Assalam,

Lama x update...

Hari ni Kak Ina nak update pasal kedai makan..

Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi..

Restoran ni terletak berhampiran bomba BBBangi/UKM. Kalau orang luar nak datang, senang je.. dari Hiway PLUS, exit BBBangi, lepas bayar tol, jumpa bulatan masuk pkl 9... x jauh dari bulatan dah nampak restoran ni. Tapi kena U-Turn... @ dari Hiway PLUS, exit Kajang, lepas bayar tol ikut laluan BBBangi, jln terus sehingga ke hujung jalan. Akan melalui beberapa trafic lite. Sampai ke hujung jalan, masuk kanan, dan jalan terus sampai jumpa Bomba BBBangi. Juga melalui beberapa trafic lite. Kak Ina sarankan ikut exit BBBangi. Kalau jumpa banyak kereta parking tepi jalan tu, dia lah tu. 

Dibuka bermula jam 5 petang. X pasti buka setiap hari atau ada hari tutupnya. Sori.
Kebiasaanya ramai orang, tp x pernah pula xdpt makan. Kalau nak datang ramai2 better reserve tempat. Boleh call no ni: 0192177668

Sedap? Sedap x sedap susah nak cakap... Sedap tu pada Kak Ina abstrak. Ada orang kata sedap, ada yang kata biasa2 je. Ada juga yang kata x sedap. Perspektif Kak Ina, daripada pegi jauh2 macam ke Bagan Lalang ke, makan kat sini pun ok.. Banyak kali dah kami makan di sini. So, sedaplah kot. Hehehe..
Dari luar restoran... Gambar goyang.. At least untuk yang mencari2 macam nilah ghoman kedai makannya. Kat sebelah ni kawasan parking yang lapanglah juga, tp always full
 
Kawasan ni untuk reservation

   
Ikan bakar. Yang x suka petai boleh request xnak petai..
sata.. sedap.. pedas.. ada banyak side dishes kat sini. ada keropok. ada tahu bakar.
ikan2nya pun segar.. harga pasaran semasa tertera di situ. so pandai2lah pilih nak makan ikan apa..
 
taman mainan ni bersebelahan je dengan tempat makan.. agak ok kalau ada anak yg aktif. so diorang main kat situ, parents boleh sembang2 @ makan2 kat meja. Pilih lah meja yang berdekatan.. 
Surau pun ada. Memang antara kedai makan yang kami pilih kalau rasa nak makan time2 siang nak melabuhkan tirai (dah nak maghrib). Kiranya kalau nak berbuka puasa kat sini, pasal solat no problemo..

Ok.. tu je nak cerita.. 

Selamat Mencuba!