Tuesday, September 22, 2015

Sukan TCT 2015

AsSalam...

Ni cerita lama, sebelum puasa dulu.. tapi xpelah kan... Tulis juga, untuk kenangan di masa hadapan... ;-)

Sukan TCT 2015, diadakan di sebuah villa di Country Height, Kajang.

Menariknya kali ni, atok, opah, atok Chaah dan nenek turut hadir memberi sokongan kepada cucu2.

Acara yang ada ialah perarakan anak2 TCT, persembahan senam robik anak2, games untuk anak2 TCT dan games untuk ibu bapa dan teacher.

Anak-anak memang sangat gembira. Mana taknya, main, berlari, bersukan dan dapat hadiah. 
  
Tahniah untuk semua teachers TCT atas usaha hebat menjayakan majlis~~!!
















Molluscum Contagiosum

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Molluscum Contagiosum... lama dah Kak Ina nak tulis pasal ni, tapi x tertulis2..

Molluscum Contagiosum ni sejenis penyakit bawaan virus yang menjangkiti kulit especially kanak-kanak.. dan spesific lagi, kebiasaannya kena di 'private area'.. dalam istilah Melayunya Kak Ina x pasti. Daripada sembang-sembang, baca-baca di sana-sini, biasanya parents xkisah sangat akan penyakit ni sebab ia kelihatan seperti ruam atau jerawat biasa sahaja. Kalau bilangannya sedikit, pesakit mungkin tidak berasa apa2. Tetapi apabila semakin merebak, ia menyebabkan kegatalan. Dan of course pesakit akan berasa tidak selesa dan sentiasa hendak menggaru.

Gambar google.
Penyakit ini merupakan penyakit biasa yang menjangkiti kanak-kanak seawal baby hingga ke usia 12 tahun. Parents yang tidak pernah mengalami mungkin akan risau sekiranya doktor di klinik merujuk masalah ini ke hospital. Statistik (sumber mulut doktor shj) menunjukkan yang setiap minggu sentiasa ada temujanji dengan dermatologist utk penyakit ini. Kaedah rawatan ialah cryotherapy. Sebenarnya cryotherapy tidak disediakan di klinik-klinik swasta sebab kos perkakasan tu mahal samada dari segi cecair yang digunakan mahupun kos kalibrasi alat. Atau mungkin juga peraturan kerajaan tidak membenarkan klinik swasta menjalankan rawatan cryotherapy << Kak Ina xtahu, agak je.

Cryotherapy - Prosedur 'tembak' cecair nitrogen di tempat dijangkiti

Cryotherapy merupakan prosedur/rawatan yang paling cepat & berkesan untuk penyakit ini. Tapi sekiranya sukar dilakukan ke atas pesakit kanak-kanak, terdapat rawatan alternatif iaitu krim sapu. Namun, ia mengambil sedikit masa untuk betul2 sembuh. 

Kenapa Kak Ina menulis tentang ini ya..? ;-) sebab Umar dan Umairah kedua2nya pernah dijangkiti penyakit ini. 

Umar mendapat rawatan di Hospital Serdang pada tahun 2014. Manakala Umairah, masih menjalani rawatan di HUKM. Budak2 kan.. sangat susah nak bagi kerjasama.. Umar, meronta juga, tapi setakat ayahnya pegang, doktor dah boleh tembak.. Umairah, siap nak lari keluar bilik doktor.. Haha, lucu... kali pertama, 3 orang pegang. Ibu, ayah & nurse. Tu pun doktor xdapat tembak, sebaliknya isi cecair tu dalam bekas, dan sapu dengan cotton bud. Tapi kurang berkesan, sbb cecair tu dah meruap sebelum kena dekat tempat gatal. Kali ke2, kami baringkan dia atas katil dan ayah pegang tangan, ibu pegang kaki.. doktor tembak. Tu pun banyak yang tersasar & akibatnya kulit yang sihat tu melepuh. Tapi, untuk kali ke2 ni Kak Ina lebih puas hati berbanding kali pertama. Harap2 by 3rd appointment nanti banyak yang dah 'gugur'. Melihatkan kesan lepuh pada kulit Umairah, tahulah Kak Ina yang tembak tu menyakitkan. Barangkali macam digigit serangga. Tapi sebenarnya, doktor pernah tembak di tangan Kak Ina. Kak Ina cuma rasa sejuk dan berangin. Kulit orang dewasa, tebal... sebab tu x rasa sakit kot... 

Doktor yang pertama ada bekalkan Umairah Tretinon untuk disapu selepas tempoh seminggu. Tapi kena sapu setiap 4 jam. Hah?! Tak mampu rasanya nak buat 6x sehari. Memang Kak Ina x sapu, sbnrnya sbb terlupa. Doktor yang kedua pula mencadangkan krim Alara. Tapi sebab hampir kesemua biji gatal tu dapat ditembak, doktor xbagi pun krim tu.... Hmmm... harap2 pulih lah. Next appointment bulan Oktober. Tgklah macam mana ceritanya nanti... ;-) 


Ok, setakat ni je perkongsian Kak Ina hari ni. Kalau rasa2 anak anda 'berjerawat nasi' bawa ke klinik untuk confirmkan dan minta surat refer ke hospital. Yang kerja kerajaan pastikan bawa GL. Daaaa...

** gambar anak2 x ada. Diorang xkasi Ibu ambik gambar. Hehe..