Umar belakang Encik baju kuning |
Kami tiba sudah agak lewat, menjadikan Umar antara calon2 terakhir.. Namun masih sempat untuk menyertai perarakan. Ibu membayangkan majlis sunat ala-ala di kampung, ala-ala tradisional gitu, berarak, disembur air, hihi.. xde pun, imaginasi Ibu sahaja. Cuma, silap x kenakan Umar baju melayu. Xpelah, janji matlamat tercapai.
Yang ni nampak telinga ngan kasut hijau/kuning je.. Tepi Encik baju merah.. haha.. Ibu nak ambil gambar dia nyorok2 pulak |
Proses selepas sunat tu, boleh tahan juga.. Yang sebenarnya kami ni macam x bersedia je untuk event ni, sbb daftar sunat tiba2. Disebabkan penjagaan di bahagian situ, Ibu bagi peluang pada ayah lah untuk cuti menjaga Umar.. Hehe.. lepas tu, minta tolong opah dengan atuk pula... Mencabar juga part berpantang ni, terutamanya dari segi pemakanan. Umar ni makanan dia telur je. Jadi 2 minggu juga Ibu tahan dia dari makan telur dan paksa makan makanan lain yang bersesuaian. Dan satu lagi, tido boleh tahan lasak. Merasa lah bentan.. Hahahaduiii...
Tulah pengalaman membesarkan anak2.. Alhamdulillah, selesai sorang... Ada 2 boys lagi. InsyaAllah ada rezeki, Naufal ngan Fadhal pun kat sini jugalah nanti..