Thursday, December 13, 2018

Happy Birthday Ayah 2018

Assalamualaikum, Salam Hormat..

13hb Disember yang lepas birthday Ayah..
Hari Khamis.
Skrg Ayah sedang bercuti belajar.
Kami bercadang nk celebrate birthday Ayah di Pizza Hut.
Tapi Ayah ada kelas malam.
Takut-takut Ayah balik anak-anak dah ngantuk.
Pizza pun tutup pukul 11.

.

Lunch hour Ibu ajak Ayah makan.
Ayah macam keberatan sebab assignment belum siap.
Tapi Ayah layankan aje, sbb hari ni birthday Ayah.
Barangkali Ayah ingat Ibu nk bagi hadiah jam GShock.
Maafkan Ibu.
Haha.

.

Ibu beli kek birthday.
Ibu jemput anak-anak.
Janji dgn Ayah jumpa di Pizza.
Ayah hairan kenapa Ibu ajak makan Pizza, sedangkan malam nanti nak makan Pizza.
Kesian anak-anak.
Tapi Ayah 'on' je.. Tak tanya apa-apa pun.

.

 Sampai di Pizza, Ayah terkejut sebab Ibu dah tunggu dengan anak-anak, dengan kek.
Memang Ibu nk buat surprise pun.
Tapi x berapa menjadi, sbb Ayah dah ternampak Adnin yang sibuk berjalan sana-sini.
Hehe.
Tapi Ayah cakap dia happy & terharu.

.

Happy Birthday Ayah~~!!
Terima kasih for being you!




Friday, December 7, 2018

Fadhal Admitted Food Poisoning

Assalamualaikum, Salam Hormat,

Baru-baru ni (7hb12 2018) Fadhal admitted sbb keracunan makanan. Masa tu kami berada di Chaah. Baru je beberapa minit sampai Chaah, Fadhal start muntah2. Dari petang sampai ke malam, Fadhal muntah mencecah 15x. Muntah air menyembur2. Jadi kami decide bawa Fadhal ke Hospital Pantai Batu Pahat. 2 malam, 2 hari. Pada awalnya kami ke hospital (swasta) ini bagi memudahkan Ayah dan anak-anak yang ikut sama stay di wad (walau pun sbnrnya x elok berkampung di wad - bagi mengelakkan jangkitan apa2 penyakit). Namun semua bilik single occupied. Kami dapat 2 bedded ward. Jadi Ayah dan anak-anak terpaksa balik dan Ibu sendirian menjaga Fadhal. Tidaklah menjadi kesukaran sangat menjaga Fadhal sendirian, cuma Ibu perlu cari masa yang sesuai untuk ke tandas dan solat. Mandi memang x lah. Takut lama2 di tandas, Fadhal terjaga. Itupun ada seketika tu Fadhal dah standby nk turun dari katil. Turun katil tu InsyaAllah dia OK. Yang x OK nya wire drip tu tertarik, Ibu risau tercabut dari tangan.


Masa sampai tu memang agak lembik dan kepenatan...

Tangan kaan kena drip.. tgn kiri kena bungkus juga sbb sibuk nk cabut nk drip tu. 

Alhamdulillah ada tempat nk main, tapi dia x enjoy sbb x bebas... kena heret sama mesin drip

Jauh teacher datang tgk Adol.. teacher suap baru nk mkn..


Apa yang Kak Ina nak kongsikan sebenarnya tentang insuran. Fadhal masuk ke sini menggunakan insurans Cuepacscare. Cuepacscare ni merupakan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan istimewa untuk penjawat awam. 

Sedikit makluman yang nak dikongsikan, insurans yang kami ambil ni merupakan pelan keluarga. Di mana jumlah perlindungan adalah mencecah RM60K setahun untuk seisi keluarga. Contohnya, kos Fadhal admit adalah sebanyak RM4K. Maka baki yang tinggal adalah sebanyak RM56K lagi yang boleh diguna. 

Caruman gaji dibuat kira-kira RM100 (mungkin tidak tepat, Kak Ina lupa berapa) sebulan untuk seisi keluarga. Namun, pencarum tidak boleh membuat tuntutan walaupun langsung tidak menggunakan insurans ini pada tahun-tahun dia mencarum. Maksudnya konsep insurans ni ialah jika tidak digunakan kita sedeqah pada orang lain. Kami mencarum RM1000++ setahun sedangkan jumlah yang sudah digunakan adalah RM4000++. Terlebih berbaloi kan? 4 tahun caruman baru dapat kos admitted hari tu. 

Selain daripada tu, tidak semua hospital swasta termasuk dalam list hospital yang membolehkan rawatan dibuat. Jadi kena semak dulu senarai hospital sblm menggunakan insurans ni. 

Setakat ini , kami sudah beberapa kali menggunakan servis Cuepacscare. Alhamdulillah tiada masalah. Terima kasih kepada anda yang bersedeqah kepada kami. Mudah2an Allah berikan ganjaran yang besar. 

Bacaan lanjut berkaitan Cuepacscare boleh rujuk di laman ni >> http://cuepacscare.my/

Semoga bermanfaat... Daaa

Tuesday, October 30, 2018

Birthday Ibu

Assalamualaikum...

Many thanks to my beloved hubby, mak & abah.. sisters - Angah & Tirah, BIL & kiddos.. owh, x lupa Aiman.. for celebrating my birthday, for the gifts and for the happiness we cherish together.. Semoga saya dapat membawa diri ini ke jalan yang lebih baik.. Permudahkanlah ya Allah.. Amin


Tuesday, July 17, 2018

Naufal 6yo

Assalamualaikum, 

Hari ni 17hb Julai 2018, Naufal turns to 6yo. Alhamdulillah, sepanjang 6 tahun ni Allah berikan kesihatan yang cukup baik untuk Naufal.. Tiada penyakit teruk, demam batuk selsema pun jarang. Syukur ya Rabb..Tahun-tahun sebelum ni sambutan hari lahir Naufal agak special. Tapi dis year, ringkas sahaja. Cuma celebrate dengan Ibu Ayah, Abang Kakak dan Adik2. Kami celebrated di Red Wok..

Kek pun xde..



Dan beberapa hari selepas tu, kami jalan2 di KLCC.. Ayah belanja makan Secret Recipe.. Ayah cakap: "Sbb birthday Naufal sblm ni xde kek, kita 'potong' kek hari ni lah." Maka jadilah 2x celebration... 


Ibu doakan Naufal jadi anak yang baik budi pekerti, yang menjaga agama, yang dapat memberi manfaat kepada ramai orang.. dan bahagia dunia akhirat.. Sama buat anak2 Ibu yang lain... Umar, Umairah, Adnin dan Fadhal.. Ibu sayang kamu semua ketat2.. ;-)


Thursday, April 19, 2018

Adnin Tersepit Escalator


Lokasi:
Econsave, Jln Reko Kajang

Peristiwa:
Masa naik escalator dari basement parking ke floor atas tu (escalator troli), Adnin letak tangan di pemegang tepi tu. Bila dah sampai atas, dia x lepas, terus tersepit dekat tiang besi penghadang. Escalator pula terus bergerak, jadi bergesellah tangan Adnin.



Simpan sebagai kenangan, sbb sehingga hari ni (16/10/2020) parutnya masih ada.

Thursday, January 4, 2018

Dental Valet BB Bangi

Bismillah...

Assalamualaikum wbt, salam hormat buat semua pembaca...

Alhamdulillah bertemu lagi kita di tahun 2018. Syukur masih lagi berpeluang menghirup udara di bumi Allah, beramal, beribadah sebagai bekalan di hari esok..

Hari ni Kak Ina nak share tentang klinik gigi Dental Valet. Alkisahnya bagaimana Kak Ina jumpa dengan klinik ni ialah, kawan Kak Ina bertugas di sini... Dr Nazatul Sabariah, pakar pergigian pediatrik (kanak-kanak). Pada minggu pertama persekolahan hari tu, Umairah sakit gigi. Geraham. Dah nk dekat tengahari teacher transit dia call... Dah berair2 mata menahan sakit. Nak ke Klinik Kesihatan, dah x sempat. Nak tahan je sampai esok pagi, rasaya Ibu yang xtahan nanti.. Hehehe. So, Dental Valet lah menjadi pilihan. Kenapa? Sebab pertama, sebab kawan lah. Senang sikit Kak Ina nak tanya soalan. Kita kenal dia, dia kenal kita. Yg kedua, environment klinik. Di mana Kak Ina percaya, Umairah akan selesa dan senang doc nk treat dia nanti.. Sekali...



Sementara nak tunggu giliran, ada sudut santai untuk anak2. Jadi, Umairah spent time membaca dkt situ. Jumpa Dr, Dr check gigi dia, ada 2 gigi yang rosak. Both geraham. Dr suggest xray, untuk tahu gigi mana yang menyebabkan sakit tu... Bila tanya Umairah, semua tmpt yang Dr sentuh dia x rasa sakit. Kebetulan lah tgh x sakit kan.. Lepas xray baru nampak gigi mana yang patut dicabut..



Knowledge yang Kak Ina dapat di sini ialah... gigi susu ni, dia akan tanggal sendiri, bila gigi kekal dah ambil position dan slowly turun. Proses ni akan menyebabkan akar gigi susu tu 'hilang' (dont know what the term). Kalau perasan lah, geraham anak yang tercabut sendiri tu bentuk dia seketul 4 segi je kan...? Tapi, kalau gigi kekal belum ada, gigi susu tu masih ada akar dia. Sama je rupanya dengan gigi kekal orang dewasa yang dicabut. Jadi, dapat bayangkan x, gigi Umairah tu belum ada gigi kekal atas ada, ada tapi belum turun lagi. Gigi kedua yang bermasalah tu pula, Dr cakap, dah ada gigi kekal atas dia, so x perlu cabut, sbb dia akan slowly tolak gigi tu... And its true, seminggu dua selepas tu, gigi tu tanggal dah...

Cerita masa proses cabut gigi, ntah kenapa tetiba Umairah hilang mood. Dah bius, xnak cabut. Whatt... waahhh.. dah sesi memujuk pulak dah... dia berkeras xnak cabut, xnak buka mulut siap nangis, jerit & meronta2.. Hadui, pening palo mak nak oiii... 10 minit gak pujuk kot, lambat2 karang biusnya kurang. Ya x ya, Ibu pegang dia kuat2, Dr sepit geraham dia dan tarik.. Foohhh, besarnya lah akar.. Lepas cabut, dia marah ibu, dia pukul ibu... kakak, kamu rewind balik kisah ni ya... nasib la Ibu ni depan2 orang taring tu x berapa nk keluar.. kalau x malu la anak beranak... :P


Overall, servis yang kami dapat baguslah... bukan nk puji kawan, tp dia mmg bagus.. dia explain kenapa kena xray, kenapa kena cabut satu, kenapa kena cabut dua... dan boleh handle budak.. nama pun paed kan... gaya Umairah tantrum hari tu, serius Ibu nak give up dah..

So, kalau ada yang nak check gigi etc, bolehlah google Dental Valet BBBangi. Landmark, Leeyana Rahman. Cara nak pegi, masuk kat simpang antara McD dan PKNS tu, pastu terus ambil arah shoplot Leeyana Rahman. Dental Valet mengadap Sri Ayesha. Kalau terlepas, alamat kena parking kat Sri Ayesha tu lah... Bangi Sentral kan dah one way..

My last word, Dental Valet is highly recommended! ;-)

chantek kan.. kiddy sangat!