Bismillah...
Assalamualaikum wbt, salam hormat buat semua pembaca...
Alhamdulillah bertemu lagi kita di tahun 2018. Syukur masih lagi berpeluang menghirup udara di bumi Allah, beramal, beribadah sebagai bekalan di hari esok..
Hari ni Kak Ina nak share tentang klinik gigi Dental Valet. Alkisahnya bagaimana Kak Ina jumpa dengan klinik ni ialah, kawan Kak Ina bertugas di sini... Dr Nazatul Sabariah, pakar pergigian pediatrik (kanak-kanak). Pada minggu pertama persekolahan hari tu, Umairah sakit gigi. Geraham. Dah nk dekat tengahari teacher transit dia call... Dah berair2 mata menahan sakit. Nak ke Klinik Kesihatan, dah x sempat. Nak tahan je sampai esok pagi, rasaya Ibu yang xtahan nanti.. Hehehe. So, Dental Valet lah menjadi pilihan. Kenapa? Sebab pertama, sebab kawan lah. Senang sikit Kak Ina nak tanya soalan. Kita kenal dia, dia kenal kita. Yg kedua, environment klinik. Di mana Kak Ina percaya, Umairah akan selesa dan senang doc nk treat dia nanti.. Sekali...
Knowledge yang Kak Ina dapat di sini ialah... gigi susu ni, dia akan tanggal sendiri, bila gigi kekal dah ambil position dan slowly turun. Proses ni akan menyebabkan akar gigi susu tu 'hilang' (dont know what the term). Kalau perasan lah, geraham anak yang tercabut sendiri tu bentuk dia seketul 4 segi je kan...? Tapi, kalau gigi kekal belum ada, gigi susu tu masih ada akar dia. Sama je rupanya dengan gigi kekal orang dewasa yang dicabut. Jadi, dapat bayangkan x, gigi Umairah tu belum ada gigi kekal atas ada, ada tapi belum turun lagi. Gigi kedua yang bermasalah tu pula, Dr cakap, dah ada gigi kekal atas dia, so x perlu cabut, sbb dia akan slowly tolak gigi tu... And its true, seminggu dua selepas tu, gigi tu tanggal dah...
Cerita masa proses cabut gigi, ntah kenapa tetiba Umairah hilang mood. Dah bius, xnak cabut. Whatt... waahhh.. dah sesi memujuk pulak dah... dia berkeras xnak cabut, xnak buka mulut siap nangis, jerit & meronta2.. Hadui, pening palo mak nak oiii... 10 minit gak pujuk kot, lambat2 karang biusnya kurang. Ya x ya, Ibu pegang dia kuat2, Dr sepit geraham dia dan tarik.. Foohhh, besarnya lah akar.. Lepas cabut, dia marah ibu, dia pukul ibu... kakak, kamu rewind balik kisah ni ya... nasib la Ibu ni depan2 orang taring tu x berapa nk keluar.. kalau x malu la anak beranak... :P
Overall, servis yang kami dapat baguslah... bukan nk puji kawan, tp dia mmg bagus.. dia explain kenapa kena xray, kenapa kena cabut satu, kenapa kena cabut dua... dan boleh handle budak.. nama pun paed kan... gaya Umairah tantrum hari tu, serius Ibu nak give up dah..
So, kalau ada yang nak check gigi etc, bolehlah google Dental Valet BBBangi. Landmark, Leeyana Rahman. Cara nak pegi, masuk kat simpang antara McD dan PKNS tu, pastu terus ambil arah shoplot Leeyana Rahman. Dental Valet mengadap Sri Ayesha. Kalau terlepas, alamat kena parking kat Sri Ayesha tu lah... Bangi Sentral kan dah one way..
My last word, Dental Valet is highly recommended! ;-)
chantek kan.. kiddy sangat! |