Assalamualaikum,
Hari ni 17hb Julai 2018, Naufal turns to 6yo. Alhamdulillah, sepanjang 6 tahun ni Allah berikan kesihatan yang cukup baik untuk Naufal.. Tiada penyakit teruk, demam batuk selsema pun jarang. Syukur ya Rabb..Tahun-tahun sebelum ni sambutan hari lahir Naufal agak special. Tapi dis year, ringkas sahaja. Cuma celebrate dengan Ibu Ayah, Abang Kakak dan Adik2. Kami celebrated di Red Wok..
Kek pun xde..
Dan beberapa hari selepas tu, kami jalan2 di KLCC.. Ayah belanja makan Secret Recipe.. Ayah cakap: "Sbb birthday Naufal sblm ni xde kek, kita 'potong' kek hari ni lah." Maka jadilah 2x celebration...
Ibu doakan Naufal jadi anak yang baik budi pekerti, yang menjaga agama, yang dapat memberi manfaat kepada ramai orang.. dan bahagia dunia akhirat.. Sama buat anak2 Ibu yang lain... Umar, Umairah, Adnin dan Fadhal.. Ibu sayang kamu semua ketat2.. ;-)