Thursday, December 13, 2018

Happy Birthday Ayah 2018

Assalamualaikum, Salam Hormat..

13hb Disember yang lepas birthday Ayah..
Hari Khamis.
Skrg Ayah sedang bercuti belajar.
Kami bercadang nk celebrate birthday Ayah di Pizza Hut.
Tapi Ayah ada kelas malam.
Takut-takut Ayah balik anak-anak dah ngantuk.
Pizza pun tutup pukul 11.

.

Lunch hour Ibu ajak Ayah makan.
Ayah macam keberatan sebab assignment belum siap.
Tapi Ayah layankan aje, sbb hari ni birthday Ayah.
Barangkali Ayah ingat Ibu nk bagi hadiah jam GShock.
Maafkan Ibu.
Haha.

.

Ibu beli kek birthday.
Ibu jemput anak-anak.
Janji dgn Ayah jumpa di Pizza.
Ayah hairan kenapa Ibu ajak makan Pizza, sedangkan malam nanti nak makan Pizza.
Kesian anak-anak.
Tapi Ayah 'on' je.. Tak tanya apa-apa pun.

.

 Sampai di Pizza, Ayah terkejut sebab Ibu dah tunggu dengan anak-anak, dengan kek.
Memang Ibu nk buat surprise pun.
Tapi x berapa menjadi, sbb Ayah dah ternampak Adnin yang sibuk berjalan sana-sini.
Hehe.
Tapi Ayah cakap dia happy & terharu.

.

Happy Birthday Ayah~~!!
Terima kasih for being you!




Friday, December 7, 2018

Fadhal Admitted Food Poisoning

Assalamualaikum, Salam Hormat,

Baru-baru ni (7hb12 2018) Fadhal admitted sbb keracunan makanan. Masa tu kami berada di Chaah. Baru je beberapa minit sampai Chaah, Fadhal start muntah2. Dari petang sampai ke malam, Fadhal muntah mencecah 15x. Muntah air menyembur2. Jadi kami decide bawa Fadhal ke Hospital Pantai Batu Pahat. 2 malam, 2 hari. Pada awalnya kami ke hospital (swasta) ini bagi memudahkan Ayah dan anak-anak yang ikut sama stay di wad (walau pun sbnrnya x elok berkampung di wad - bagi mengelakkan jangkitan apa2 penyakit). Namun semua bilik single occupied. Kami dapat 2 bedded ward. Jadi Ayah dan anak-anak terpaksa balik dan Ibu sendirian menjaga Fadhal. Tidaklah menjadi kesukaran sangat menjaga Fadhal sendirian, cuma Ibu perlu cari masa yang sesuai untuk ke tandas dan solat. Mandi memang x lah. Takut lama2 di tandas, Fadhal terjaga. Itupun ada seketika tu Fadhal dah standby nk turun dari katil. Turun katil tu InsyaAllah dia OK. Yang x OK nya wire drip tu tertarik, Ibu risau tercabut dari tangan.


Masa sampai tu memang agak lembik dan kepenatan...

Tangan kaan kena drip.. tgn kiri kena bungkus juga sbb sibuk nk cabut nk drip tu. 

Alhamdulillah ada tempat nk main, tapi dia x enjoy sbb x bebas... kena heret sama mesin drip

Jauh teacher datang tgk Adol.. teacher suap baru nk mkn..


Apa yang Kak Ina nak kongsikan sebenarnya tentang insuran. Fadhal masuk ke sini menggunakan insurans Cuepacscare. Cuepacscare ni merupakan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan istimewa untuk penjawat awam. 

Sedikit makluman yang nak dikongsikan, insurans yang kami ambil ni merupakan pelan keluarga. Di mana jumlah perlindungan adalah mencecah RM60K setahun untuk seisi keluarga. Contohnya, kos Fadhal admit adalah sebanyak RM4K. Maka baki yang tinggal adalah sebanyak RM56K lagi yang boleh diguna. 

Caruman gaji dibuat kira-kira RM100 (mungkin tidak tepat, Kak Ina lupa berapa) sebulan untuk seisi keluarga. Namun, pencarum tidak boleh membuat tuntutan walaupun langsung tidak menggunakan insurans ini pada tahun-tahun dia mencarum. Maksudnya konsep insurans ni ialah jika tidak digunakan kita sedeqah pada orang lain. Kami mencarum RM1000++ setahun sedangkan jumlah yang sudah digunakan adalah RM4000++. Terlebih berbaloi kan? 4 tahun caruman baru dapat kos admitted hari tu. 

Selain daripada tu, tidak semua hospital swasta termasuk dalam list hospital yang membolehkan rawatan dibuat. Jadi kena semak dulu senarai hospital sblm menggunakan insurans ni. 

Setakat ini , kami sudah beberapa kali menggunakan servis Cuepacscare. Alhamdulillah tiada masalah. Terima kasih kepada anda yang bersedeqah kepada kami. Mudah2an Allah berikan ganjaran yang besar. 

Bacaan lanjut berkaitan Cuepacscare boleh rujuk di laman ni >> http://cuepacscare.my/

Semoga bermanfaat... Daaa