Tuesday, September 22, 2015

Molluscum Contagiosum

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Molluscum Contagiosum... lama dah Kak Ina nak tulis pasal ni, tapi x tertulis2..

Molluscum Contagiosum ni sejenis penyakit bawaan virus yang menjangkiti kulit especially kanak-kanak.. dan spesific lagi, kebiasaannya kena di 'private area'.. dalam istilah Melayunya Kak Ina x pasti. Daripada sembang-sembang, baca-baca di sana-sini, biasanya parents xkisah sangat akan penyakit ni sebab ia kelihatan seperti ruam atau jerawat biasa sahaja. Kalau bilangannya sedikit, pesakit mungkin tidak berasa apa2. Tetapi apabila semakin merebak, ia menyebabkan kegatalan. Dan of course pesakit akan berasa tidak selesa dan sentiasa hendak menggaru.

Gambar google.
Penyakit ini merupakan penyakit biasa yang menjangkiti kanak-kanak seawal baby hingga ke usia 12 tahun. Parents yang tidak pernah mengalami mungkin akan risau sekiranya doktor di klinik merujuk masalah ini ke hospital. Statistik (sumber mulut doktor shj) menunjukkan yang setiap minggu sentiasa ada temujanji dengan dermatologist utk penyakit ini. Kaedah rawatan ialah cryotherapy. Sebenarnya cryotherapy tidak disediakan di klinik-klinik swasta sebab kos perkakasan tu mahal samada dari segi cecair yang digunakan mahupun kos kalibrasi alat. Atau mungkin juga peraturan kerajaan tidak membenarkan klinik swasta menjalankan rawatan cryotherapy << Kak Ina xtahu, agak je.

Cryotherapy - Prosedur 'tembak' cecair nitrogen di tempat dijangkiti

Cryotherapy merupakan prosedur/rawatan yang paling cepat & berkesan untuk penyakit ini. Tapi sekiranya sukar dilakukan ke atas pesakit kanak-kanak, terdapat rawatan alternatif iaitu krim sapu. Namun, ia mengambil sedikit masa untuk betul2 sembuh. 

Kenapa Kak Ina menulis tentang ini ya..? ;-) sebab Umar dan Umairah kedua2nya pernah dijangkiti penyakit ini. 

Umar mendapat rawatan di Hospital Serdang pada tahun 2014. Manakala Umairah, masih menjalani rawatan di HUKM. Budak2 kan.. sangat susah nak bagi kerjasama.. Umar, meronta juga, tapi setakat ayahnya pegang, doktor dah boleh tembak.. Umairah, siap nak lari keluar bilik doktor.. Haha, lucu... kali pertama, 3 orang pegang. Ibu, ayah & nurse. Tu pun doktor xdapat tembak, sebaliknya isi cecair tu dalam bekas, dan sapu dengan cotton bud. Tapi kurang berkesan, sbb cecair tu dah meruap sebelum kena dekat tempat gatal. Kali ke2, kami baringkan dia atas katil dan ayah pegang tangan, ibu pegang kaki.. doktor tembak. Tu pun banyak yang tersasar & akibatnya kulit yang sihat tu melepuh. Tapi, untuk kali ke2 ni Kak Ina lebih puas hati berbanding kali pertama. Harap2 by 3rd appointment nanti banyak yang dah 'gugur'. Melihatkan kesan lepuh pada kulit Umairah, tahulah Kak Ina yang tembak tu menyakitkan. Barangkali macam digigit serangga. Tapi sebenarnya, doktor pernah tembak di tangan Kak Ina. Kak Ina cuma rasa sejuk dan berangin. Kulit orang dewasa, tebal... sebab tu x rasa sakit kot... 

Doktor yang pertama ada bekalkan Umairah Tretinon untuk disapu selepas tempoh seminggu. Tapi kena sapu setiap 4 jam. Hah?! Tak mampu rasanya nak buat 6x sehari. Memang Kak Ina x sapu, sbnrnya sbb terlupa. Doktor yang kedua pula mencadangkan krim Alara. Tapi sebab hampir kesemua biji gatal tu dapat ditembak, doktor xbagi pun krim tu.... Hmmm... harap2 pulih lah. Next appointment bulan Oktober. Tgklah macam mana ceritanya nanti... ;-) 


Ok, setakat ni je perkongsian Kak Ina hari ni. Kalau rasa2 anak anda 'berjerawat nasi' bawa ke klinik untuk confirmkan dan minta surat refer ke hospital. Yang kerja kerajaan pastikan bawa GL. Daaaa...

** gambar anak2 x ada. Diorang xkasi Ibu ambik gambar. Hehe..

Thursday, August 20, 2015

Zoo Negara Ke Sekian Kalinya

AsSalam,

Untuk kesekian kalinya kami ke Zoo Negara. Kali ni Atok dan Opah pun turut serta. Dah lama x pegi zoo kata mak Kak Ina.. Dan sememangnya sejak kali terakhir mak & abah datang ke sini sudah ada banyak perubahan. Dan sejak kali terakhir kami datang ke sini pun telah ada perubahan. Yang pertama, kini sudah ada panda! Kedua, dengan adanya panda & juga penaiktarafan beberapa sangkar haiwan, maka kadar bayaran masuk juga meningkat. Hmmm... 


Kak Ina cuma sedikit terkilan kerana usia warga emas dikira bermula 65 tahun. Kebiasaanya usia warga emas dikira dari usia 60. Ada yang Kak Ina pernah jumpa 55 tahun. Rasanya perlu standardized di seluruh negara pada umur berapa usia itu dikira warga emas.

Xpelah... biar orang yang sepatutnya yang buat kerja ni.

So, tiada apa sangat yang Kak Ina nak share kat sini. Sekadar gambar2 dan beberapa info sebagai ilmu tambahan. Enjoice~~!! 




Gambar ni x jelas sangat. Klik untuk besarkan.















Tuesday, August 18, 2015

Our 7th Anniversary

Alhamdulillah, selepas 7 tahun melayari alam rumah tangga, kami dikurniakan keluarga yang bahagia, sihat, sempurna & cukup makan pakai. Gaduh sikit2 tu biasalah. Ibu & ayah garang sikit2, 'rotan' sikit2 tu pun biasalah. Ikutkan dalam Islam mana boleh dirotan2 ahli syurga ni.. tapi tulah kekadang amarah lebih menguasai... Mudah2 persinggahan kami di dunia ini akan membawa kami ke syurga bersama2 mak & abah, adik beradik dan ahli keluarga lain yang dikasihi...


Anniversary ni dah lama.. bulan 3 yang lalu.. Tapi biasalah, Ibu ni memang suka buat jeruk.. :P

D'Alai Homestay

AsSalam,

Ada satu homestay yang patut anda cuba di Alai, Melaka.

Murah, bersih, comel, dan menyeronokkan.

Suasana kampung, ada kolam...

Kami belum menginap di sini lagi, 
tapi dah datang survey untuk program Family Day hujung tahun nanti.

Kesemua bilik adalah standard size, sama besar je.. yang membezakan ada 2 katil single atau 1 katil queen

Ruang dalam bilik pun lapang. Setakat nak bentang toto kat bawah, tiada masalah.

Kolam renang dewasa

Berposing di kolam renang.. Kalaulah dapat mandi hari tu...

Kolam kanak-kanak

Nun di sana, satu lagi kolam mandi.. ;-)
Ada ruang makan comel.. boleh la kalau nak santai2 minum2 di sini.

Ample parking space

Dalam kawasan kampung
Contact no untuk dihubungi

Friday, August 14, 2015

I LOVE U MAK

Sejak kali pertama Kak Ina dengar lagu Lughat Al-Alam nyanyian Humood AlKhudher, lagu ni terus jadi lagu favourite Kak Ina sampai ke hari ni... Lagu khas dituju untuk Ibu... hmmm.. kalau dihayati liriknya memang "potong bawang" kata budak2 zaman sekarang... Sedap sangat liriknya... Kak Ina berhasrat nak bagi lagu ni dekat mak.. tapi macam mana kah caranya.. Huhu.. Tulah kalau bukan seorang yang sentimental secara terbuka. Semudah tuju lagu pun x boleh nak buat..

  


Wednesday, August 12, 2015

Wet World Batu Pahat & Pantai Minyak Beku

AsSalam/Salam Hormat,

Ramai yang xtahu, dekat Batu Pahat ada Wet World. Haha.. betul x tipu. Wet World ni adik beradik dengan Wet World Pedas dan Wet World Shah Alam. Adik beradik >> di bawah satu company yg sama. Ni link facebooknya. Bayaran masuk adalah seperti berikut:

Weekend
Dewasa  – RM15.00
Kanak-Kanak - RM 12.00

Weekdays
Dewasa - RM12.00
Kanak-Kanak - RM10.00

Waktu Operasi
Hari Bekerja (1.00 pm – 7.00 pm) Ditutup Hari Selasa.
Hujung Minggu dan Cuti Umum (10.00 am – 7.00 pm)

Tapi better call dulu sebab Kak Ina pun x pasti istilah weekend di negeri Johor adalah Jumaat/Sabtu atau Sabtu/Ahad. Kami pergi hari Isnin, jadi memang dapat tiket harga weekdays dan waktu operasi jam 1. 

X ada orang pun. Wet world ini kami yang punya. :D

oppss.. ada orang, tp still rasa wet world ini kami yang punya.
Wet World ni luas sebenarnya. Tapi kami mandi kat satu area ni je dah cukup dah. Tempat tu berombak, rasa macam mandi di pantai pula. Best. Tambahan pula hari nak hujan, jadi daripada sibuk ke sana ke mari baik kami mandi je kat situ puas2. :-)

Selain daripada Wet World, ada beberapa lagi tempat menarik di Batu Pahat ni. Antaranya ialah:
  • Perigi Batu Pahat
  • Pantai Minyak Beku
  • Hutan Lipur Soga Perdana
  • Tugu Batu Pahat
  • Menara Jam
  • Tugu Peringatan Parit Sulong
  • Pantai Rekreasi Punggor
Disebabkan Wet World dibuka pada jam 1, Kak Ina sempat ajak Abg Din berjalan ke Pantai Minyak Beku.

Chantek pemandangan di Pantai ni. Tapi macam x sesuai untuk mandi manda. Lebih sesuai sebagai 'port' memancing.

Kami rehat-rehat sahaja.. menikmati hembusan angin. Ada kedai makan berhampiran, tapi kami x singgah makan pun. Dengar2 cerita, asam pedas kat situ sedap. ;D
Setakat ni sahaja post Kak Ina hari ni. Kalau jalan ke Batu Pahat boleh la singgah mandi2... 

Langit Langi Hotel Port Dickson

Suatu hari, kami jalan-jalan... Asalnya pergi jemputan kenduri kahwen.. Balik dari kenduri, kami ikut sahaja ke mana arah tayar bergolek. Haha.. pandailah.. padahal akal yang menentukan.. Jalan, jalan, jalan.. sampailah kami ke Port Dickson. Sampai dah lewat petang, hati dah terasa xnak balik. Hish.. selalu buat perangai macam ni. Jalan-jalan xnak balik. Kebiasaannya, kalau kemana-mana Kak Ina memang akan bawa baju spare anak2 2 pasang seorang, baju spare ibu dan ayah sepasang sorang, kelengkapan solat, pampers, bakul susu & kadang2 toiletries. Baju spare untuk anak2 in case termuntah ke tertumpah ke. Baju spare untuk parents in case terkena tumpah ke, terkena muntah ke, terkena kencing ke.. :D  Jadi dah xnak balik tu, kami check in lah ke Langit-Langi Hotel.  Kain baju ada, apa ada hal? :P

Hotel ni terletak di deretan shop lot. Shop lot yang ditransform menjadi hotel. Nice, parking space banyak, ada swimming pool. Cafe, simple je, tapi ok lah ada juga sediakan breakfast. Masa kami pegi tu ada nasi lemak, sausage, kuih-muih, bubur, cereal, air sejuk, air panas. 

Bilik.. kecik sikitlah. Kalau standard room tu ada satu queen bed, ada toilet/bathroom di dalam bilik, tv gantung & ada lah space sikit untuk solat. Tapi, since hotel ni kat shop lot, nak ke bilik tu x semestinya naik lift @ tangga ikut lobi. Kami dapat bilik yang kena naik ikut tangga lain.. Shop lot.. faham kot.. Of courselah biliknya kecil & x sesuai untuk kami 6 beranak ni. Tapi sbb dah late check in & ini pun bukan percutian yang dirancang, so boleh la.. berhimpit2 jelah masa tido tu. Tapi bila dah menjelang malam, rasa macam seram pulak. Sebab, siapa2 je boleh naik sampai ke depan pintu bilik. Untuk tujuan keselamatan, Kak Ina suggest Langit-Langi hotel buatlah 'access card' ke dekat pintu tangga naik tu. (**mcmlah Langit-Langi baca blog aku. Puihh

Posing-posing kat lobi. Lobi dia simple je, tapi chanteklah juga.. especially sofa quilt ni.
Dah masing-masing nak posing ngan sofa. :D

Bilik, tadaa.. kecit cinonet je. Untuk 2 orang @ ada anak kecik sorang oklah. Kami hari tu dah macam ikan sardin dalam tin dah. Hehehe

Ini yang best. Ni lah punca xnak balik ni. Nak mandi kolam.


Harga... Kak Ina x ingatlah berapa.. Tapi kalau banyak terjumpa iklan2 Langit-langi RM88 tu memang x lah.. Tambah pulak kalau iklan sekali dengan gambar bilik yang ada jakuzzi tu. Memang bedaah la sangat. Hehe.. Up sikit... Kalau x silap cecah RM100.. Tapi PD kan. Dapat bilik RM100 kira murah dah la tu.. 

Ok, tu je nak dicoretkan. Enjoice~~!!


Wednesday, August 5, 2015

Ujian Kemasukan Tahun 1 Umar

Bismillah...
Assalamualaikum...

Tahun depan, 2016, InsyaAllah Umar akan masuk darjah satu.
Sekejapnya masa berlalu.. belum puas lagi jalan2 time weekdays...
Nampaknya tahun depan Ibu kena ikut jadual Umar pulalah kalau nak berjimba2..
Itu pula yang Ibu fikir eh... Hihi

So, ke sekolah mana kita?

Zaman skrg, x sama macam zaman kita sekolah dulu.
Nak masuk sekolah kena daftar awal... seawal 5 tahun
Dan ada pula jadual pendaftarannya.
Kalau di Selangor ni, mana-mana sekolah pun pendaftaran hanya dibuat pada bulan April sahaja.
Jadi parents mohonlah alert akan hal ini.
Kalau terlepas daftar masa anak umur 5 tahun xpe lagi.
Boleh daftar masa 6 tahun.
Tapi kalau dah 6 tahun pun terlepas daftar, susah sikitlah prosedurnya.

Dan, zaman sekarang ni sekolah swasta tumbuh 
'like a sporing mushroom'.
Ada duit, xde masalah.
Tapi x semudah itu.
Calon murid kena menduduki ujian kelayakan dulu.
Kalau score, lepas gred yang disyaratkan, cukup kuota penempatan,
insyaAllah terpilih.

Kenapa sekolah swasta?

Kalau di Bandar Baru Bangi ni, sekolah swastanya ialah sekolah agama.
Sukatan pembelajaran sama macam sekolah kebangsaan,
tetapi dipanjangkan lagi kepada beberapa subjek.
Digabungkan sekali dengan sukatan pelajaran sekolah agama.

Kebaikannya?
InsyaAllah, anak2 berada dalam persekitaran Islamik.
Cabaran mendidik zaman sekarang sangatlah tinggi.
Dengan memasukkan anak ke sekolah agama, harapan kami 
semoga anak2 menjadi seorang yang soleh & musleh.
Tetapi parents tidaklah boleh lepas tangan.
Kena ada kesinambungan dalam pendidikan.

Dan kalau sekolah swasta waktu pembelajarannya agak panjang sedikit.
7.30 pagi hingga 3.30 petang.
Berbanding sekolah kebangsaan, 7++ hingga 1++ 
dan jika hantar ke sekolah agama, 2.30++ hingga 6++. 
Pada Kak Ina, anak mungkin penat sedikit sebab penuh jadual sepanjang hari.
 
Jadi, kami dah usahakan dengan mendaftarkan Umar di
Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi.
Sekolah ini di bawah pengurus Jabatan Agama Islam Selangor.
Umar perlu menduduki ujian bertulis yang meliputi 6 seksyen iaitu;
Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Bahasa Arab dan Jawi.
Juga ujian lisan iaitu, membaca Bahasa Melayu dan Jawi.

Bukan rezeki Umar, tidak berjaya.
Gred lulus ialah 60% ke atas.
Kak Ina berfikiran positif, 
rasanya Umar dapat menjawab soalan dengan baik.
Umar juga sudah boleh membaca.
& telah diberi latih tubi oleh cikgu taskanya.
Tetapi, calon ujian agak ramai...
538 orang kalau x silap. 
Sedangkan bilangan murid yang diperlukan sekitar 100++ sahaja.
Kak Ina x ingat berapa, tetapi tidak melebihi 200 orang. 
Dan dipecahkan pula kuotanya lelaki & perempuan.  
 
Kali pertama menduduki ujian. Kak Ina pun berdebar sama.
Sempat skodeng Umar. Kebetulan sedang menduduki ujian lisan.

Bukan rezeki di SRAI, kami mencuba pula Sekolah Sri Al-Amin.
Sebenarnya bukan boleh main cuba-cuba je ya.
Kedua-dua sekolah ni sama juga kena daftar masa bulan 4 dulu.
Rasanya kalau dapat di SRAI, mungkin xdatang exam di Al-Amin dah.
Yelah, kenapa pula kita nak tingkatkan saingan anak-anak yang belum dapat tawaran lagikan.

Di Sri Al-Amin, sama juga kena menduduki ujian kemasukan.
Kalau di SRAI, ada sampel soalan, di sini tiada.
Tapi Kak Ina rasa sama je skema soalan dia.
Sementara anak2 exam, parents kena menduduki sesi temubual.
Pihak sekolah lebih cenderung nak menyampaikan 
maklumat tentang sekolah ini, dan meminta pandangan parents sahaja.
Kak Ina ingatkan nak interview macam mohon kerja. Hehe..
& parents perlu hadir kursus keibubapaan.
Gagal hadir kursus ini, anak terus dikira tidak berjaya.

  
Banyak juga ilmu yang kami perolehi daripada kursus ini. Tinggal nak praktikkan atau tidak je.

Selesai urusan sekolah Umar.
Kalau ada rezeki di Al-Amin, ke Al-Amin lah kita.
Kalau tiada, sekolah biasa pun tiada masalah (sekolah kebangsaan pun dah daftar).
Pokok pangkalnya asuhan dari rumah tu.
Hantar anak sekolah agama pun,
kalau kat rumah x diamalkan ilmu agama tu, xde gunanya juga.

Untuk parents yang anaknya tahun ni baru 5 tahun 
boleh la start survey nak sekolah di mana.
Tips:
- survey sekolah kebangsaan/sekolah swasta/sekolah integrasi
- waktu persekolahan
- transit
- yuran
- hala tuju tingkatan 1 
**kebanyakan sekolah swasta pelajarnya tidak diterima masuk ke SBP, ada juga yang tidak boleh masuk ke sekolah menengah kebangsaan. 
 
Ok, tu je nak share. Banyak lagi berkaitan yang boleh dicoretkan atau dikupas tentang topik ni, tapi google2lah ya.. :D
 
** Umairah dah daftar sekolah kebangsaan. Tahun depan giliran Umairah pula, daftar SRAI dan SRIAA 

Monday, August 3, 2015

Pusat Konservasi Penyu di Kemunting

Terletak di Pangkalan Balak, tidak jauh dari kawasan perkelahan dan chalet2 di sepanjang pantai...
Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini berfungsi untuk melaksanakan program-program publisiti, menjalankan penyelidikan, penetasan dan pengurusan penyu...
Penyu Karah.. antara 4 spesies penyu yang ada di Malaysia
Spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies... fakta penyu ya.. bukan budak 2 orang tu.. :D
Spesies penyu sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan...
Jomm kejar ayam~~!!