Tuesday, December 28, 2010

Jalan Melaka Pulakkk

Balik dari Kuala Linggi, kami lajak ke Bandar Melaka... Ingatkan dekat. Sejam juga perjalanannya. Dalam perjalanan, Kak Ina dah rasa mcm x berbaloi. Ditambah pulak adik Umairah kencing kan Kak Ina, basah sampai macam Kak Ina yang kencing. Terpaksa la Kak Ina pinjam seluar Opah, sbb Kak Ina dah xde stock pakaian jalan. Hadoi la... Ke bandar Melaka semata-mata nak naik River Cruise. Orang ramai, tapi alang-alang dah sampai, beratur ajelah... Masa jalan Melaka yang dulu pun xnaik, naik Menara Taming Sari ngan Eye on Malaysia je, jadi rasa rugi kalau xnak naik juga kali ni...


Dalam perjalanan ke River Cruise... Suka betul pemandangan kat sini. Foto ni macam bukan kat Malaysia... :D




Papan tanda x berapa nak adalah kat bandar Melaka ni... Kecil je papan tandanya, kami terpaksa tanya-tanya orang. Yang best tu, ada ke orang tu cakap nak naik kapal kena pegi seberang sungai. Lepas tu dia pulak tanya kami, kapal yang ada roda macam bas tu ke? Hadoi la... cik kak, kalau xtau cakap je la xtau... Huhu....



Umar, sampai je kat tepi sungai ni dia lah yang paling excited. X sabar2 nak naik kapal. "Kapawut, kapawut" << kapal laut dalam bahasa umar.



Bila dah naik, Umar takut pulak. X berenti2 ajak balik. Haha... Adik Umairah pulak, kalau dah ngantuk sangat, kat mana2 pun boleh tido...




Taragon, kak ina pun x sure sangat bangunan apakah ini. Tapi most probably, restron kot...







Mural pada dinding bangunan tu adalah kronologi kisah Hang Tuah 5 bersaudara. Dilukis oleh pelajar2 UITM.







Antara pemandangan dari atas bot...




Ni Jambatan Merah. Pada zaman 30-an kalau x silap, dekat jambatan ni lah seramai 1000 orang kaum Cina yang bertatoo di tubuh dipenggal kepalanya oleh Komunis. Huiii seram Kak Ina lalu kat bawah jambatan ni...



Yang di sebelah atas tu barangkali restoran juga... Cantik pemandangannya...




Yang ni pulak, kincir angin. Bukan kincir angin yang asal tapi dibina semula bertujuan memperingati sejarah. Masa dulu-dulu kincir angin ni mempercepatkan arus air bagi membantu kapal-kapal bergerak ke arah laut ketika air surut.


Ni je gambar-gambar yang dapat dikongsikan. Al-maklum lah, Abg Din dukung Umar, Kak Ina dukung Umairah, jadi dapat shot gambar pun ala kadar je. My personal opinion, yang belum mencuba Melaka River Cruise ni boleh la pegi naik. Best... Bukan setakat dapat menikmati keindahan alam, malah dapat mendengar kisah sejarah yang tak ada pun dalam buku teks kat sekolah dulu... Okeh, mari kita ke Venice pulak....!!! Hohohoho...
p/s: pakcik bot tu tunjuk tempat sang anjing ditendang pelanduk. sejauh mana kesahihannya, wallahualam... ;-)




Family Day Hj Abdul Rahman

Hj Abdul Rahman ni adalah atok Kak Ina dari sebelah abah Kak Ina. Family Day ni adalah kali yang ke2 telah dianjurkan. Kali ni program dilangsungkan di Kuala Linggi, Melaka. 4 tahun dulu pun di Melaka juga, tapi di Pangkalan Balak. Maybe next time, kena cari negeri lain & bulan lain lah pulak. Seramai 45 dari 61 orang yang menyertai family day. Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar dan semua ahli keluarga memberi komitmen yang sangat baik. Thumbs up! ;-)

Umar & Umairah, since both of them masih kecil, jadi x adelah penyertaan apa2 aktiviti yang melayakkan mereka merangkul hadiah. Tapi still ada hadiah saguhati untuk kanak-kanak. Hehe, so Umar berjaya membawa pulang pencil case, magic color, pencil color & recycle bag yang ada gambar cartoon tu. Sementara ibu dan abah berjaya membawa pulang 2 botol air berjenama Felton, 2 tupperware yang comel & sehelai towel muka yang sangat cantek..~~!!



Di KM Chalet ni lah kami menginap. RM100 semalam. 1 queen bed + 1 single bed. Ada aircond & tv. Water heater xde. Tapi xpe, sbb x sejuk pun. Kettle jug, on request.


First agenda, penyampaian hadiah kehadiran. Semua orang dapat sorang 1. Best!


Dalam goody bag tu ada air mineral botol besar 1.5l, tshirt dan roti garener rm0.60 tu. Selain daripada tu, setiap chalet dibekalkan dengan 1 bekas kek coklat, 1 biji kuih bakar (yang boleh dipotong 8) dan buku porgram. Fuhh mewah kali ni...





Makteh sungguh rajin mendukung adik Umairah. Jadi dapat lah ibu menyertai pertandingan di samping merakamkan memori-memori indah family day ini... hehe..





Umar... nak kata membawa diri tidak juga. Kalau xberkepit dengan abahnya, dengan atok... ;-)





Ni peserta aktiviti Perasaan Hasad Dengki. Permainannya mudah aje. Ikat belon di kaki. Apabila wisel ditiupkan, pecahkan belon orang lain dengan cara memijak belon mereka. Dalam masa yang sama, pertahankan belon sendiri. Siapa yang paling lama bertahan, dia lah juara. ;-)




Sebelum bersurai... Posing dulu, tapi masa ni dah ramai yang balik ke bilik... ;-)
Mudah2an program seperti ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Mari kita ronda Malaya pulak.. Yahuuu...

Sunday, December 19, 2010

Bowling Pejabat Ibu

Sabtu, 11hb Disember 2010, ofis Kak Ina buat bowling tournament. Dapatlah rakan-rakan sepejabat 'berkenalan' dengan Umar dan Umairah. Umar pada hari tersebut sangatlah behave. Kak Ina ingatkan dia dok lari sana sini ke, teruja dengan bola bowling tu ke... Umar duduk diam je, tengok je ibu dengan abah dia main.. Bagus betul. Hehe... Adik Umairah pulak, lagi best, lepas sorang-sorang dukung dia, yang nak buat Umairah jadi 'anak' dia pun ada (cik sulie si katak gemok).. sampai kak Ina kena pandang-pandang takut terpass dekat bukan ITC's family members... Huhu...

Occay, layan gambar lagi...

Kak Ina dan adik-adik... silap... anak-anak ;P

Adik dengan Ibu...


Adik dengan abah... Abah malu-malu pulak...



Umar, suka dia makan donut tu... ;-)




Ronda-ronda Lumut

Raya Haji yang lepas, tanpa disengajakan, kami telah meronda di sekitar Lumut. Kesian anak-anak... Penat... Tapi tu lah... tanpa disengajakan kan...
Layan jelah gambar.. Zass~~!!

Adik Umairah dengan Mak Ngah
Posing ramai-ramai kat tembok pantai
Lagi..

Pemandangan di sekitar jeti Lumut


Cantik kan...
Feri Duta Pangkor





Todak Si Tanggang.. Hihi



Umar dan Abah bersama ikan parang

Lumut Waterfront

Cirit Birit di Kalangan Bayi

Umar kalau nak 'beralih bulan' @ nak pandai sesuatu, dia mesti akan mengalami cirit birit. Bila situasi ni berlaku kak Ina dan Abg Din sangat susah hati. Sebab, kalau ke klinik, klinik akan bagi air garam (ORS) sahaja. Paling-paling hebat pun, ubat yang macam air kapur tu. Umar, ORS memang x pernah minum. Dah beberapa botol susu dia buang sebab kak Ina campurkan dengan ORS. Kalau air masak apatah lagi. Pernah sekali, pergi klinik pakar, dengan harapan akan dapat ubat yang mudah untuk Umar makan. RM67 kak Ina spent. ORS juga yang kak Ina dapat. Kecewa, frust menonggeng. Cuma seperkara yang buat kami senang hati sikit, Umar tetap makan dan menyusu seperti biasa. At least, dia tidak terhidrasi.



Umairah, so far baru 2,3 kali je cirit birit. Tapi tetap membimbangkan kalau-kalau berlaku lagi.



Untuk tambah pengetahuan, sila lawat url ini >> cirit-birit di kalangan bayi

Monday, November 29, 2010

Jelajah Utara

Hehe.. mcm gempak je bunyi... Hujung bulan 10 yang lalu kami ke Penang. Awal tahun hari tu hantar cik adik ipar practical kat sana, kali ni jemput dia balik pulak. Perancangan awalnya Kak Ina dan babies xnak ikut, buat menyempit je. Dah last minute nak ikut pulak, so merayap la kami anak beranak ke Penang... ;-)


Kat Penang xde gambar sangat. Yang pertama, hujan je dari pagi ke petang, so xde la aktiviti jalan2... Yang keduanya pulak, Si Umar buat ragam sikit, jadi xde kesempatan lah ibu/abah nak pegang kamera... Ni gambar kat dalam feri... Tu pun Umar x berapa nak posing sebab dia takut... Adik pulak mcm di awang-awangan... ngantuk kena tiup angin... Hehe..

Disebabkan mcm xde aktiviti je, pagi lagi kami dah check out nak balik Bangi terus la konon... Berenti sarapan kat r&r Juru, saje2 je Kak Ina propose kat En Abg nak pegi Zoo Taiping... Hehe... Maka, sampai jugalah kami ke sana... ;P



Adik Umairah... muram durja je... "Adik x faham apa2 la ibu..."


Umar Haikal.. baru nak posing, kakak tua tu 'menjerit' pulak... huru hara Umar dibuatnya... Hehe...



Kat Zoo Taiping xde la lama sangat... Lebih kurang 2 jam, kami pun gerak balik... OTW, hati ni rasa nak ke Cameron pulak... Haha... Hasrat disuarakan dan En Abg selamba menggolekkan roda ke exit Simpang Pulai... "Cameron Highland... Here we come~~!!" Hehe, dengan stok pakaian yang xdenya... pampers anak dah habis... dengan cuti x apply... tersangkut jua kami di puncak sana...


Kami sampai sana dah maghrib, so kira rugilah setengah hari kan... Check in kat Hotel Titiwangsa...Family Room (2 Queen Bed + 4 Dinner + 4 Breakfast = RM160). Saje check in sini sebab tau hotel ni provide steam boat dinner. En Abg pulak memang nak makan steamboat, maka senanglah, x payah keluar malam lagi nak cari kedai makan steamboat, cari parking... cari tempat duduk... ;D


Kat Cameron pun x jalan sangat, pegi kat Big Strawberry Farm, Kea Farm & Kedai Strawberry yang ada replika strawberry besar tu je... Umar lah x habis2 lagi ragam dari Penang... Xleh jadi, lain kali nak kena pegi lagi... Bagi anak besar dulu... ;-)




Cantiknya....



Mula2 rasa nak beli. Fikir2 balik, nanti x terjaga.. x payah la... ;P


Umar & abah di celahan bunga



Ibu & Umairah.. ;-)
Maka tamatlah sesi jelajah Utara.. Itu pun Cik Jul tanya: Nak pegi Hot Spring Sg Kelah ke? Tidak Cik Jul, tidak... ada yang kena 'EL' satu hari lagi karang... Haha...

Sunday, November 7, 2010

Teringin






Kak Ina x meniaga baju budak ya... Saje paste gambar-gambar ni kat sini... Rasa macam naaaakkk je beli semua-semua ini untuk Umar & Umairah... Bestnya... ;-)
Sape2 yang teringin jugak, boleh la visit site ni







Thursday, November 4, 2010

Umairah berkhitan

Alhamdulillah, dah nak masuk 7 bulan usia Umairah, baru lah ibu sibuk2 nak khitan dia... Tapi ok je kot...

Semalam, masa kat klinik, sempat juga sembang dengan receiptionist tu, tanya kan umur yang paling ideal untuk baby girl berkhitan... adik tu cakap, ok lah umur macam ni... Ada orang bawa anak dah umur 3, 4 tahun, susah sikit lah, sbb dia dah besar, dah pandai meronta-ronta.

Ingatkan berkhitan ni susah, lama dan menakutkan. Rupanya senang je & sekejap je pun... Peralatan yang doktor guna, gunting kecik yang macam orang lelaki gunting2 misai tu. Kata doktor, nak bagi dia berdarah sikit je... Ibu je yang seriau lebih2. Adik Umairah relax je baring sementara kepala berfikir apa la derang nak buat kat aku ni... Hihi...

So, selesai sudah... tinggal giliran Umar pulak... ;-)

** 3hb Nov 2010 ~ 9pm ~ Umairah
** 8hb Julai 2014 ~ pagi ~ Adnin

Hukum Mengkhatan Anak Perempuan

Soalan : Ustazah, apakah hukum mengkhatan anak perempuan?

Jawapan : Para fuqaha berbeza pendapat mengenai hukum mengkhatan / khitan. Oleh itu terdapat tiga versi pendapat, sebagaimana dihuraikan oleh Syaikh Muhammad Mukhtar Asy-Syinqithi dalam kitabnya Ahkamul Jirahah Ath-Thibbiyah wa Al-Atsar al-Mutarabbatu ‘Alaiha, ms. 161-162. Ringkasnya seperti berikut :

Pertama, khitan hukumnya wajib atas lelaki dan perempuan. Ini pendapat ulama Syafi’iyah, Hanabilah, dan sebagian Malikiyah. [Imam Nawawi, Al-Majmu’, 1/300; Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/103; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, ms.167].

Kedua, khitan hukumnya sunnah (tidak wajib) atas lelaki dan juga perempuan. Ini pendapat ulama Hanafiyah, Imam Malik, Imam Ahmad dalam satu riwayat, dan Imam Syaukani. [Imam Sarakhsi, Al-Mabsuth, 1/156; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, ms.167; Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/85; Imam Syaukani, Nailul Authar, 1/294].

Ketiga, khitan wajib atas lelaki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan. Ini pendapat Imam Ahmad dalam riwayat lain, sebahagian ulama Malikiyah dan ulama Zhahiriyah. [Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/104; An-Nafrawi, Al-Fawakih Ad-Dawani, 1/461, Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/217].

Dari huraian di atas, nampak jelas bahawa para fuqaha menyepakati bahawa khitan bagi perempuan disyariatkan (masyru’, iaitu mempunyai hukum syara’) dalam Islam. [Ibnu Hazm, Maratibul Ijma’, 1/157].

Memang ada perbezaan pendapat mengenai hukumnya antara wajib atau sunnah. Tapi tidak ada satu pun fuqaha yang berpendapat bahawa hukumnya makruh atau haram, atau menganggap khitan sebagai tindakan jenayah yang harus diperangi, seperti dakwaan kaum kafir dan kaum liberal dewasa ini. (Nida Abu Ahmad, Hukm Al-Islam fi Khitan Al-Banin wa Al-Banat, ms. 57; Abu Muhammad, Al-Khitan Syariah Ar-Rahman, ms. 16).

Setelah meneliti dalil-dalilnya, yang kuat (rajih) menurut kami adalah pendapat ketiga, iaitu khitan wajib atas lelaki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan. Imam Ibnu Qudamah menyatakan, “Adapun hukum khitan, hukumnya wajib atas lelaki dan suatu kemuliaan (makrumah) atas perempuan, tidak wajib atas mereka.” [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/141].

Dalil wajibnya khitan lelaki, antara lain sabda Nabi SAW kepada seorang laki-laki yang masuk Islam, “Buanglah darimu bulu/rambut kekufuran dan berkhitanlah.” [HR Abu Dawud. Hadis hasan. Syaikh Al-Albani, Irwa’ul Ghalil, 1/120]. Redaksi hadis “berkhitanlah” (ikhtatin) menunjukkan hukum wajib, dengan qarinah (penunjukan) bahawa jika lelaki tidak berkhitan, tidak akan sempurna thaharah-nya ketika dia membuang air kecil; sedangkan thaharah adalah wajib.

Imam Ahmad berkata, “Jika seorang lelaki tidak berkhitan, maka kulit akan menutupi hujung zakar dan tidak boleh bersih apa yang ada di sana.” (Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/141).

Mengenai pensyariatan khitan perempuan, dalilnya antara lain, Nabi SAW pernah bersabda kepada para perempuan Anshar, “Hai para perempuan Anshar…hendaklah kamu berkhitan dan janganlah kamu berlebihan dalam memotong.” [HR Al-Bazzar. Hadis sahih. Syaikh Al-Albani, Silsilah Ash-Shahihah, 2/221].

Nabi SAW juga pernah bersabda kepada perempuan tukang khitan, “Jika kamu mengkhitan [perempuan], maka hendaklah kamu sisakan dan janganlah kamu berlebihan dalam memotong.” [HR Abu Dawud. Hadis sahih. Syaikh Al-Albani, Silsilah Ash-Shahihah, 2/344].

Bagi yang mewajibkan khitan perempuan, kedua hadis di atas dianggap sebagai dalil wajibnya khitan atas perempuan, atas alasan kaedah usuliyah menetapkan makna perintah (amr) menunjukkan hukum wajib (al-ashlu fi al-amr lil al-wujub). (Maryam Hindi, Khitan Al-Inats Baina Ulama Asy-Syariah wa Al-Uthaba, ms. 59).

Namun, kaedah usuliyah yang lebih sahih, makna perintah (amr) hanya menunjukkan tuntutan melakukan perbuatan (al-ashlu fi al-amr li ath-thalab), bukanlah automatik menunjukkan hukum wajib. Yang menentukan amr itu menunjukkan wajib atau sunnah, adalah qarinah yang menyertai amr tersebut. [Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhsiyah Al-Islamiyah, 3/212].

Maka dari itu, hadis di atas hanya menunjukkan khitan perempuan adalah mandub (sunnah), dan bukan wajib. Sebab tidak terdapat qarinah yang menunjukkan kewajipan melaksanakan perintah (amr) dalam hadis di atas. Tidak adanya qarinah yang menyertai suatu perintah, adalah qarinah bahwa perintah yang ada menunjukkan hukum sunnah (mandub). [Atha bin Khalil, Taisir Al-Wushul ila Al-Ushul, ms. 25; M. Husain Abdullah, Al-Wadhih fi Ushul Al-Fiqh, ms. 340].

Kesimpulannya: khitan bagi perempuan hukumnya sunnah, tidak wajib.

Wallahu a’lam.

Sumber: www.khilafah1924.org

Friday, October 15, 2010

Taska: Pilihan dan Keperluan

Terdapat empat kategori taska iaitu taska institusi, taska rumah, taska di tempat kerja dan taska kominiti. Taska institusi mempunyai lebih daripada 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan. Taska di rumah mempunyai kurang daripada 10 kanak-kanak dalam jagaan. Taska di tempat kerja adalah taman asuhan di sesebuah tempat kerja yang menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak.

Had bilangan kanak-kanak sesebuah taska perlu mengikut nisbah ruang taska. Keluasan lantai untuk seseorang kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi. Ruang dapur, stor pejabat dan tandas tidak diambil kira.

Nisbah pengasuh pula berdasarkan bilangan kanak-kanak. Lima orang kanak-kanak bawah tiga tahun memerlukan seorang pengasuh, 10 orang kanak-kanak bawah empat tahun memerlukan seorang pengasuh manakala tiga orang bayi perlu dijaga seorang pengasuh.

Sesebuah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menggunakan khidmat pengasuh terlatih yang mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK), risiko pengabaian kemalangan dan kematian kanak-kanak amat rendah.

Disarankan kepda ibu bapa supaya melakukan pemeriksaaan di dalam dan di luar taska sebelum mendaftarkan anak. Sebaik-baiknya masuk ke dalam taska untuk meninjau ruang dapur dan tandas. Pastikan juga dapur dan tandas bersih kerana ia penanda aras kebersihan anak-anak yang dijaga. Selain itu raung bermain dan setiap sudut di dalam taska sama ada mereka menerapkan ciri-ciri keselamatan seperti pagar dan tidak berbucu.

Ibu bapa mestilah pastikan taska yang dipilih adalah tersenarai dalam senarai taska yang berdaftar dengan JKM. Masyarakat perku sedar taska yang tidak berdaftar tidak mempraktikkan aspek penjagaan, kebersihan dan proses pembelajaran seperti yang termaktub dalam 32 modul KAAK.

Ibu bapa berhak memilih taska yang selamat dan menawarkan program berkualiti untuk anak-anak. Kanak-kanak pula mempunyai hak mendapat kasih sayang dan penjagaan rapi daripada pengasuh. Hak taska yang dimaksudkan ialah memberi sepenuh kepercayaan dalam apa jua keputusan yang diputuskan oleh pihak swasta. Pada masa yang sama, ibu bapa tidak digalakkan menghantar anak sakit ke taska kerana bimbang menjangkiti kanak-kanak lain di taska.

Pengusaha taska yang didapati gagal menjalankan tugas dengan baik, mereka akan didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua—duanya sekali.

Sumber: Shamsinah Che Shariff, Presiden Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM)

Thursday, October 14, 2010

Umar Biyak2 Lagi

Sejak hari Isnin lepas Umar dah berak-berak... Risau Ibu, Abah, Opah, Atok dan seisi keluarga dibuatnya... Dah 3x Ibu bawa Umar ke klinik. Hari ni alhamdulillah dah beransur baik walaupun masih berak-berak lagi... At least Umar dah ada selera nak makan. Berbanding Isnin, Selasa & Rabu hari tu, Umar langsung xnak makan. Minum susu je, tu pun kadang2 x habis...

Masa jumpa doktor, doktor kata kalau dia x salah makan sekalipun, benda2 di sekeliling dia yang perlu diberi perhatian.. Mungkin Umar ada kutip makanan atas lantai, xpun Umar jilat2 barang mainan dia, atau mungkin juga Umar makan x basuh tangan... Hmm...

Risau..!

Thursday, September 30, 2010

Nak Kena Umar Ni

Ada ke dia tenyeh2 kepala adik dia pakai kaki... Grrr...

Tuesday, September 28, 2010

Ibu Sedih

Hari ni Ibu rasa sedih... Selalu pun sedih tapi xde pulak rasa nak luahkan...

Ibu rasa Umar semakin jauh dari Ibu... Umar dah x nampak Ibu walaupun Ibu di depan mata dia.

Balik nursery, walaupun Ibu yang tercegat depan pagar, Umar macam x nampak je, terus lari kejar Abah.

Kat rumah pun nak dengan Abah je, walaupun Ibu offer macam-macam.

Bangun tido, terus nangis nak Abah, walaupun Ibu boleh ribakan dia, dukung dia...

Ibu tahu kadang-kadang Ibu garang, kadang-kadang Ibu paksa dia, kadang-kadang Ibu pukul dia, tapi Ibu xde pilihan. Banyak perkara Ibu kena uruskan, menyebabkan kadang-kadang rasa sabar tu kurang.

Ibu sedar, Ibu bukan ibu yang perfect. Apatah lagi nak jadi ibu mithali...

Apa yang Ibu kena lakukan, untuk mendapatkan Umar semula...

Layan Gambar.. Zass~~!!

Inilah putera-puteri yang diraikan...
Muhammad Umar Haikal dengan atoknya memang sukar dipisahkan...
Sampai lenguh lengan atok dukung dia ke sana sini...


Ni baby angah (adik aku)... Muhammad Iman Mikhail...
tengoklah, dah berpampers aje... baju melayu entah ke mana... :D


Nur Umairah Khayrin...
Comel dengan baju kurung sulam bunganya... pun tido juga...


Masa ni tetamu datang x putus-putus...
Memang x sempat nak bersembang dengan kawan-kawan...
Yang dapat diungkap cuma,
Selamat Hari Raya... Terima Kasih datang...
haha... kesian betul...


Orang-orang surau... Adalah sedikit souvenir untuk mereka...


Lauk-pauk yang dijamu;
Nasi Minyak
Ayam Masak Merah
Kari Kambing
Acar Rampai
Acar Nenas
Buah Oren
Air Punch


Ini yang menjadi daya tarikan...
Kambing Panggang
berserta side dishes:
Coleslow
Roti
Blackpepper Sos
Mushroom Sos


Nyum... Kambing panggang yang dah dipotong-potong...


Ni acara pertama...
Selawat Nabi dan tahlil ringkas...