Wednesday, January 26, 2011

Kisah Jentolak

Dalam banyak2 kenderaan, kenderaan apa yang paling Umar suka...?
Jawapannya x lain x bukan... Jentolak!!!

Haha...

Ibu cukup hairan, kenapa jentolak yang Umar suka. Apa menariknya jentolak tu? Adakah sebab warna kuningnya yang lazat? Atau sebab jengkautnya yang boleh bergerak2? Atau ianya satu simbolik yang menyatakan bila Umar dah besar Umar bakal menjadi jurutera terkemuka? Wah, wah, wah Ibuuu... Amin ya rabbal alamin~~!! ;-)

Asal-usul Umar berkenalan dengan jentolak - di tepi rumah Atuk dan Opah ada construction. X construction sangatlah, cuma clearkan semak samun, konon-kononnya nak buat taman permaianan (tapi sampai hari ni xde taman yang wujud pun). Start dari situ lah Umar dok tengok jentolak je hari-hari. Kalau Ibu offer mainan kat Umar, jentolak juga yang dicarinya. Offer la helikopter ke, kereta kebal ke, jentolak juga jadi pilihan. Disebabkan itu, memang banyak la koleksi jentolak Umar. Dari semurah rm3.50, sampai la yang harga rm40. Mungkin 1 hari nanti Ibu nak belikan Umar jentolak yang boleh ditunggang tu... Dah tengok kat Billi0n hari tu rm128... Hehe...


Tara... koleksi jentolak Umar. Ada banyak lagi yang x termasuk dalam gambar.



Jeng~~!! Puas hati Umar dapat posing dengan 'lak-lak'... Sekali Umar godak2 terangkat 'kaki lak-lak'. Huru-hara abah dibuatnya...(Drebar lak-lak parking lak-lak kat belakang rumah Atok Cha'ah. Satu hal pulak lah satu rumah kena gilir-gilir bawa Umar tengpk lak-lak sepanjang hari. Haha...)

Monday, January 24, 2011

Umar Pulak

Dalam pukul 5.15am tadi, Umar pulak jatuh berdentum dari tilam setinggi 1 kaki... Haduhai... Benjol pala dia...

Sunday, January 23, 2011

Umairah Jatuh

Kebelakangan ni, Umairah kerap betul jatuh. Puncanya, Umairah sekarang dah start meniti terutamanya bila ada tempat nak dipegang macam sofa, meja, pemegang kabinet malah dinding pun jadi. Risau juga sebab bila dah jatuh tu kepala yang selalu kena. Kadang-kadang masa merangkak pun x semena2 dia boleh tertumus. Bila jadi macam tu, yang dibimbangkan tangan dia lah yang selalu terpeleot @ muka dia yang tersembam. Baru-baru ni, Umairah panjat2 kaki Ibu yang tengah syok baring2 sambil layan Finding Nemo (layan tv pun, anak masih dalam pemantauan ya, jangan salahkan Ibu sebarangan hokey) pun tersembam ke lantai. Berdentum bunyinya. Berderau darah Ibu dibuatnya. Alhamdulillah x benjol, tapi muka bergarisan merah sbb terkena lidi2 tikar. Sian baby comel Ibu... Umar dulu pun, masa baru2 nak dapat kaki, sana sini tumbang... Paling teruk masa belakang kepala terhempas kat besi buai... Haduuuu... Jangan lagi darah berderau, badan kita yang menggeletar... Kebiasaanya kalau anak jatuh, kena la buat pemantauan dalam tempoh 24 jam. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan
* dipetik dari blog Dr Saiful

Mudah2an anak-anak di bawah lindungan dan peliharaan Allah selalu...

Friday, January 21, 2011

Umar 2 Tahun

Seminggu dah berlalu beday Umar, baru hari ni berkesempatan nak update. Alhamdulillah, hari tu dapat jugalah buat jamuan makan kecil2an... Menunya nasi lemak kukus beli kat gerai depan.... Haha, KFC tajaan opah, kek chocolate Secret Resepi tajaan makngah dan beberapa side dish seperti buah oren dan sumi. :-)



Umar mesti la yang paling seronok. Balik2 school petang tu pun dia dah teruja tengok banyak belon gantung2 dalam rumah. Bila atok dan opah sampai lagi la tambah excited. Dapat pulak potong kek sekali lagi, bukan main sengih lagi dia... dan kemuncaknya dapat hadiah 'lak-lak' (jentolak remote control) hepi x hengat la Umar... :D



Mudah2an Umar jadi anak yang soleh, yang berbakti kepada suruhan Allah dan mudah2an Umar dipelihara Allah dunia akhirat... Aminn~~!!

Mari kita layan gambar...


Wajah gembira Umar dapat potong kek 2x hari ni...;-)


Jentolak remote control, hadiah dari atok dan opah... sehingga ke hari entry ni dibuat, jentolak yang berkenaan dah x boleh jalan dah.. Huhu anakku~~!!


Adik Umairah yang bedaynya lambat lagi pun dapat hadiah... Set telefon berperisian kuiz matematik.. :D


Menu pada hari tersebut... Nampak macam xde apa je, tapi buntat juga dibuatnya... Haha

Okie, ni je gambar yang ada.. Tata~~!!

Thursday, January 13, 2011

Usaha Murni Seorang Ibu Yang Sengkek

Haha... Tajuk entry macam hampeh. Actually hari ni Beday Umar. Satu ketika dulu, Ibu berangan-rangan, beday Umar nanti Ibu nak buat makan2. Nak invite sedara mara terdekat. Pernah juga berangan tahap melampau, nak ajak semua kawan-kawan Ibu dan Abah yang ada anak kecik. Haha... Lagi Ibu berangan nak hadiahkan umar slide & swing yang mcm kat taska tu. Dan juga nak beli mcD / KFC hantar kat nursery... Wah wah wah... Ibu berangan tahap gaban. Mengalahkan gaji 5 angka lagi. Last2, disebabkan ketiadaan bajet (bukan lagi bajet lari), tapi masih gak nak hepi hepikan hati anak, Ibu reka la kek berikut:





Kek coklat tu actually Ibu jual kat koperasi. Hari tu ambik balik 3 ketul dari koperasi (buruk siku betul Ibu ni) combine kan, taburkan colorful rice, coklat smarties tu susun jadi nama Umar, then pacakkan lilin 2 tahun, hantar kat taska. Haha... sabor jelah Ibu... Ye la kalau x buat macam tu, 'kering' je la beday Umar. At least dengan adanya sebiji kek tu, kawan2 dia nyanyikan dia lagu & derang boleh hepi2 makan kek kat taska. Mesti Umar berbunga riang sbb orang meraikan dia... ;-)
Petang ni, insyaAllah celebrate kat rumah pulak. Atuk, Opah, Makngah, Maksu & Adik Iman datang... Weee... Mesti Umar seronok...
Stay Tunee..~~!!!