Kebelakangan ni, Umairah kerap betul jatuh. Puncanya, Umairah sekarang dah start meniti terutamanya bila ada tempat nak dipegang macam sofa, meja, pemegang kabinet malah dinding pun jadi. Risau juga sebab bila dah jatuh tu kepala yang selalu kena. Kadang-kadang masa merangkak pun x semena2 dia boleh tertumus. Bila jadi macam tu, yang dibimbangkan tangan dia lah yang selalu terpeleot @ muka dia yang tersembam. Baru-baru ni, Umairah panjat2 kaki Ibu yang tengah syok baring2 sambil layan Finding Nemo (layan tv pun, anak masih dalam pemantauan ya, jangan salahkan Ibu sebarangan hokey) pun tersembam ke lantai. Berdentum bunyinya. Berderau darah Ibu dibuatnya. Alhamdulillah x benjol, tapi muka bergarisan merah sbb terkena lidi2 tikar. Sian baby comel Ibu... Umar dulu pun, masa baru2 nak dapat kaki, sana sini tumbang... Paling teruk masa belakang kepala terhempas kat besi buai... Haduuuu... Jangan lagi darah berderau, badan kita yang menggeletar... Kebiasaanya kalau anak jatuh, kena la buat pemantauan dalam tempoh 24 jam. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan
* dipetik dari blog Dr Saiful
Mudah2an anak-anak di bawah lindungan dan peliharaan Allah selalu...
No comments:
Post a Comment