Lama x menjengah blog, apatah lagi update blog… ;-) Baru-baru ni Kak Ina sekeluarga bercuti ke Langkawi. Kak Ina, Abg Din, anak2, Cik Jul, Atok, Opah, Makngah, Iman dan Mak Su. 10 orang semua sekali. Kami ke sana menaiki Air Asia. Biasa lah family Kak Ina, pantang ada offer bagus, kami pun terbang… ~~!! Tiketnya dah setahun tempah. Kiranya, kalau boleh jangan lah tarikh yang dipilih tu ada event penting kat opis ke, mesyuarat ke, bengkel ke… Percutian kami kali ni lama sikit, 4 hari 3 malam.
Hari pertama… flight kami berlepas jam 7.30am. So, nak kena ada kat LCCT at least jam 6.30am. Seawal 5.00am kami dah gerak keluar rumah. Malangnya di awal perjalanan lagi, Umar diserang muntah2. Kesian Umar, sehingga sebelum naik flight Umar dah muntah 3x. Sampai baju/seluar spare dia semua dah habis, sampai kena pakai seluar adik Umairah kaler hijau ropol2… Huhuhu… Kami ke LCCT pandu kereta sendiri. Parking kat sana RM36.50 sehari. Jumlah keseluruhan parking RM126.50 sahaja. Berbaloi2. Kalau naik teksi, kurang2 RM140. Kalau orang yang nak travel sehari dua hari je, eloklah bawa kereta sendiri parking kat sana (kalau xde orang hantar lah).
Alhamdulillah, kami sampai ke Langkawi sejam berikutnya. Tunggu kereta sewa setengah jam juga. Kak Ina dah book 2 kereta awal2 dari rumah lagi. Konon2nya nak cepat lah. Si Umar pulak dah berapa kali muntah dah. Dalam flight pun muntah juga… So, sampai je kereta sewa, kami decide nak cari klinik terus. Cari, cari, cari, terjumpa pulak Apartment yang kami sewa tu… Apartment Safa Idaman. Hoho… Terus check in dulu. Owner dia cakap kalau xde orang duduk, boleh masuk awal. Seronoknya…
Apartment 3 bilik, RM200 semalam. Ok lah, kami tambah 1 tilam untuk Cik Jul, RM20 semalam. Rumah besar, selesa. Kemudahan standard, ada peti sejuk kecik, water dispenser yang panas sejuk tu, toilet ada water heater, tv. Towel provided untuk 6 orang. Kalau nak masak boleh request stove, RM20 sehari. Iron & sejadah, on request. Tapi xde kettle jug. Dekat hall xde aircond, kipas siling pun xde. Cuma ada kipas berdiri je. Bathroom ada 2. Ada meja makan for four. Lain-lain, ada swimming pool, ada gym, ada café tapi masa kami menginap kat sana, café under renovation. For more info, boleh tengok kat blog ni http://safaidaman.blogspot.com.
Lepas check in, kami menuju ke Pekan Kuah, brunch dulu. Lepas brunch terus ke klinik Dr Naga. Kesian Umar, lembik dah dia… Di klinik, doctor check, doctor cakap Umar kembung. Doktor bagi ubat punggung, untuk tahan muntah, ubat angin, ubat sakit perut dan ubat tahan muntah cecair. Lepas tu Kak Ina, Abg Din, Cik Jul, Umar dan Umairah balik ke apartment. Manakala Atok, Opah, Makngah, Iman dan Maksu meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah, bershopping2 dan beryipa2… Huhu… jeles~~!!
Kami yang tinggal di apartment ni, mula2 nak baring2, solat dan rehat2 je… Sekali xde air pulak, paip utama pecah.. Oohh bersabar jelah. Abg Din terus ajak mandi kolam. Mula2 Kak Ina xnak sebab panas, tengahari buta nak mandi kolam, tapi melihatkan air kolam dari balkoni, yang membiru.. huuu x boleh tahan… Berendam lah kami anak-beranak.. Haha…
Sebelah petang, ingat nak jalan2 kat Dataran Lang. Masuk2 kereta je, Umar dan Umairah terus tido… Oh ya, Alhamdulillah Umar dah sihat. Syukur… Puas la Kak Ina kejut ajak turun tengok bird besar. Ni jawapan Umar: “xnak tengok bird, nak tido..” Huhu… Maka, sekali lagi, Atok, Opah, Makngah, Iman dan Maksu disertai oleh Cik Jul je yang jalan2 dan posing2 kat Dataran Lang… Kak Ina tunggu kat dalam kereta, manakala Abg Din merayap2 mencari sesuap nasi. Haha…
Agak2 dah nak maghrib, baru lah sesi posing selesai dan kami pun meneruskan perjalanan mencari kedai makan. Kami makan kat satu kedai makan di Pekan Kuah. Sodap lah jugak...
Maka, setakat ini sahajalah percutian hari pertama di Langkawi. Sepanjang-panjang hari ni, cuma ada satu tempat menarik sahaja yang dilawati iaitu... Klinik Dr Naga… Hahahaahahaha…