Hari ke-2 hari yang sungguh penat sebenarnya… Kerana jadual hari ni adalah seperti berikut:
- Sarapan pagi di Warung Pak Hasan
-
Ke Taman Hidupan Liar
-
Ke Galeri Perdana
-
Ke Underwaterworld
-
Pantai Cenang
Seawal 8.30 pagi… hehe, xde la awal sangat, kami mencari-cari gerai sarapan. Ok la sarapan kat Warung Pak Hasan tu, walaupun xde le best pun. :P
Kemudian kami terus ke Taman Hidupan Liar. Kalau tengok atas peta memang kita akan rasa jauh sangat tempat nak pegi tu. Tapi sbnrnya dekat je dengan Pekan Kuah tu. Kira-kira 15 – 20 minit je dah sampai. Kami sampai agak awal, jadi pengunjung pun x ramai lagi. I loike… Xde la orang sibuk2 nak tengok haiwan & x payah la berato nak shoot gambar dengan haiwan. Antara yang menariknya taman ini ialah, taman ini merupakan taman haiwan yang berbumbung. Jadi tuan/puan yang nak berkunjung kat sini x payah risaukan panas ke hujan ke. Sangat sesuai nak bawa anak-anak. Bayaran masuk RM12. Kanak-kanak x sure pulak berapa sbb Umar, Umairah dan Iman x kena charge.
Ok, mari layan gambar~~!!
Taman Hidupan Liar atau asalnya dahulu ialah Taman Burung
Posing sebelum masuk. Bukan main lagi hero ibu dengan raybannya
Adik Umairah sikit pun xtakut... Lagi disua jari kat paruh burung tu...
Lain pulak Umar... Tengok burung takut, tengok itik takut... haiyoooh
Ini orang memang xde takut punya...
Best ah sini... Tengok anak itik dalam kolam tu sungguh kiut
Adik... Selamba kasi monyet makan
Umar OK sikit. Sebab burung tu dalam sangkar
Momen yang paling best~~!!
Adik excited. Ibu pun excited terlebih sudah~~!!
Family potrait kat air terjun
Spesies merak
Lari arnab2 semua... hehehe...
Ke depan sikit dari Taman Hidupan Liar tu ada Galeri Perdana. Galeri Perdana ni tempat koleksi cenderahati yang diterima oleh Mantan PM kita, Tun Mahathir. Masuk situ bayar RM3 ke RM5, Kak Ina x ingat. Kak Ina x masuk pun sebab Adik Umairah tido. Kepenatan agaknya meronda kat Taman Hidupan Liar tu tadi. Maka untuk kesekian kalinya Kak Ina menunggu dalam kereta. Haha.. Apa la nasib..Oh ya gambar xde pun. Apa daaa...
Lepas tu kami ke Underwater World. Sebelum datang ke Langkawi ni, Kak Ina adalah surf kat blog2 orang pasal places of interest kat Langkawi ni. Ada satu blog tu tunjuk gambar aquarium punya la besar, 2,3 kali lebih tinggi dari ketinggian manusia normal. Sungguh tipu orang itu. Xde pun aquarium seperti yang ditayangkan di blognya. Pada pandangan Kak Ina Aquaria lagi best. Tapi Underwater World pun ada kekuatan tersendiri. Kat sana ada penguin. Punyalah banyak. Satu lagi yang Aquaria xde, apa ek singa laut kot… Isk sungguh pelupa kak ina sekarang. Bayaran masuk, sama, RM28. Xde kesian! Haha…
Masuk2 dalam, ada fotografer suruh kami posing. Nanti kalau berminat dengan gambar yang dia shot tu bleh la beli. Tapi kami minta dia shot gambar guna kamera kami. Heheh..
Pingu
Lion fish
x ingat dah nama dia
ni pun x ingat
ni landak lauk rasanya
star fish
coral
coral lagi
coral lagiiii
Balik dari Underwater World, kami singgah di Pantai Chenang. Rehat-rehatkan minda sekejap, cuci2 mata melihat ombak yang menghempas pantai… dan posing2 sekeping dua…
Maksu, Makngah, Iman, Ibu, Umairah
Family Potrait
Malam, kami x kemana-mana, pingsan oOoooo… Hehe…
Stay Tune.. Ada Langkawi Day 3 pulak...