- Oriental Village / Kereta Kabel
- Tempat Kapal
- Pisang Handcraft
- Beras Terbakar
- Kota Mahsuri
- Hj Ismail Group
Hari ke 3 ni bolehlah dikatakan hari terakhir untuk cover mana-mana lagi tempat yang belum pegi. Sebabnya... walaupun masih ada esok, tapi esok flight kami pukul 11.45 pagi. Kena ada kat airport sejam awal, perjalanan ke airport pun dalam setengah jam. Nak breakfast lagi. Tu belum kira pukul berapa la agaknya checkout. Maklum lah ada budak2 kecik, terhegeh2 la sikit... ;P
Okeh, mari ke kisah sebenar... Destinasi pertama kami, Oriental Village, di mana di situlah terletaknya Kereta Kabel. Alhamdulillah cuaca elok. Bayaran naik nampaknya dah naik sekali ganda. RM30 dewasa, RM20 untuk 2 tahun ke atas. 2 tahun pun kena bayar tau. Fooh~~!! Berpeluh nak bayar. Disebabkan 3 perkara; 1. Opah xmo naik 2. Kak Ina dah 2x naik. 3. Bajet pun sudah lari... Maka, Kak Ina pun x naik lah. Tinggallah Kak Ina, Umairah dan Opah kat bawah. Sementara mereka beryipa2 kat atas Gunung Mat Cincang, kami kat bawah ni pun ada aktiviti. Kak Ina dan Opah bawa Umairah ke Taman Rusa dan Arnab. Lepas tu kami jalan2, minum2 kat kedai2 yang cukup banyak kat kawasan tu. In fact, kami x habis round pun diorang dah turun. ;-)
Family potrait. Entah bila la boleh dapat gambar yang proper sikit.. hehe
Lagi pemandagan menarik di Oriental Village.
Taman Rusa
Opah bagi rusa makan
Adik berposing ngan arnab.
Nak balik dah...
Lagi pemandagan menarik di Oriental Village.
Taman Rusa
Opah bagi rusa makan
Adik berposing ngan arnab.
Nak balik dah...
Sedang elok kami nak beredar dari Oriental Village, hujan turun selebat-lebatnya. Nasib baik datang awal, kalau x, melepas la nak naik kereta kabel. Plan ke Telaga Tujuh pun terbantut, dah sampai pun sebenarnya, tapi sebab hujan, dapat tengok pintu gerbang je lah... Otw balik, kami singgah ke tempat kapal banyak-banyak tu. Alhamdulillah hujan dah reda, dapatlah turun posing2 kejap. Subhanallah, cantik sungguh pemandangan kat sini.
Next, kami mencari Restoran Siti Fatimah, yang masuk Majalah 3 hari tu. Konon-konon nak rasa kerabu yang glemer tu. Kak Ina x ingatlah apa namanya. Pusing-pusing mencari restoran sampai ke petang baru jumpa. Lauk-pauk pun dah nak habis. Pengunjung pun dah xde. Perut dah bunyi2, makan jelah apa yang ada.
Lepas tu kami ke Pisang Handicraft. Pisang ni menjual pelbagai kraftangan berasaskan batik. Malah ada bengkel mencanting batik kat situ. Tapi kat sini x boleh ambil gambar, jadi dapat ambil gambar kat luar jelah... Komen kat Ina, tempat ni kecil je, tapi cantik. Kalau orang yang minat dgn batik sesuai datang sini. ;-)
Destinasi berikutnya, Beras Terbakar. Tempat ini merupakan tapak kawasan beras dibakar pada zaman perang antara Siam dan Langkawi dahulu. Di sini terletak rumah Ku Halim Ku Hassan. Siapa dia? Kak Ina pun xtahu. X dinyatakan pula siapa Ku Halim Ku Hassan. Nampaknya pihak yang berkenaan perlulah tambah sedikit info. Cantik rumahnya. Sepanjang kiri dan kanan laluan menuju ke kawasan beras terbakar ni, terdapat deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, kain pelekat, tuala, kain baju, cenderamata dan macam-macam lagi. Berbeza betul dengan waktu Kak Ina datang dulu. Alang-alang dah terjumpa kedai, membeli jugalah satu dua cenderamata kenang-kenangan... ;-) Oh ya, cerita pasak sejarah Beras Terbakar ni boleh baca kat gambar ya... :D
Lagi, kami ke Kota Mahsuri. Anak-anak dah penat... dan tidur... Hehe, seperti biasa, Kak Ina menjadi penunggu kereta. Kat Kota Mahsuri ni ada rumah Mahsuri, kubur Mahsuri, telaga Mahsuri... Mari kita lihat gambar...
Penat dah berjalan satu hari... Balik apartment, kami mandi-mandi kolam dulu... Dan sebelah malam, destinasi terakhir kami, ke Hj Ismail Group. Shopping~~!!
Occay, cukup lah rasanya Kak Ina berblog 3 episod ya. Hari ke-4 xpayah cerita la... X kemana-mana pun. Sampai Bangi tengahari. Pelik rasanya. Sebab jarang-jarang pegi vacation tengahari dah sampai rumah... Hehe... Apa-apa pun kami enjoyyy~~!!!
No comments:
Post a Comment