Monday, December 5, 2011

Pinggan Mangkuk Bone China

Bercerita pasal menginap di hotel... Ada seperkara yang Kak Ina nak kongsikan, iaitu tentang penggunaan pinggan mangkuk Bone China... Sebelum ni Kak Ina x pernah tahu dan x tahu pun yang Kak Ina perlu tahu... So, sekarang Kak Ina dah tahu sikit-sikit, kak Ina kongsikanlah dengan pembaca semua...

Apa itu Bone China... Bone = tulang... Bone China = jenama pinggan mangkuk yang diperbuat daripada abu tulang. Tulang apa? Inilah yang perlu kita ambil tahu... Daripada bacaan Kak Ina, pinggan mangkuk ini dibuat dari tulang haiwan yang dilebur pada suhu 1000 celcius, dicampur dengan bahan tertentu melalui proses tertentu. Dikatakan tulang itu diambil dari haiwan seperti lembu, seladang dan x ketinggalan khinzir... Dan dikatakan juga pada zaman ini telah banyak pinggan mangkuk berjenama tersebut telah dibuat dari bahan sintetik...

Tetapi, yang menjadi persoalan...
1. bagaimana kita nak tahu yang pinggan mangkuk tu dibuat dari tulang atau dari bahan sintetik?
2. sekiranya dari tulang, tulang haiwan apa?
3. timbul juga persoalan apakah hukum menggunakan sekiranya haiwan tersebut berstatus haram?

Dari bacaan kak ina, ada pelbagai pendapat... ada yang mengatakan harus, ada yang mengatakan haram malah banyak yang mengambil jalan tengah jika ragu-ragu hindarkan...

Wallahualam, kalau ada cara untuk dielakkan, elakkan lah.. Kalau hotel kita menginap tu berdekatan dengan kedai makan, keluarkanlah sedikit belanja untuk makan di luar... kalau dah x boleh sangat, gunakan pinggan mangkuk melamin, yang adakalanya disediakan untuk makan ais krim/bubur dll... atau pun bawalah bekal sebanyak2...

Bukan mudah nak menjaga iman kan...

Pendapat kak ina, cara terbaik ialah peranan pihak hotel sendiri... Kalau boleh janganlah menggunakan pinggan mangkuk berjenama yang diragui...

Oh ya lupa pulak... macam mana nak tahu pinggan tu berjenama Bone China? Terbalikkan aje bawah pinggan tu, ada cop jenama dia... Hehe... Cara lain kak ina xtahu...

Untuk lebih maklumat, silalah google... ada banyak laman web tentang hal ini...

Anak-anak yang Sedang Bermewah-mewah

Kenapa tajuk entry begitu... Haa.. sebab sekarang ni, anak-anak kerap betul dibawa tidur hotel... Abah kursus, Ibu kursus... Normally ofis Abg Din buat kursus on weekend. Jadi Kak Ina suka aje untuk ikut... Sebab, kursus-kursus orang gomen ni biasanya buat kat hotel banyak bintang... Dan Abg Din selalu juga dapat bilik sorang. Nak harap menyewa duit sendiri memang x dapat lah... Kak Ina pulak, kursus on weekdays & x pasal2 Abg Din kena cuti ikut sama sebab buat masa ni Umairah tido malam *mengempeng. Xde Ibu dia xtau la macam mana pulak kejadiannya nanti... Haha...

Memula, kami menginap di Klana Alison Seremban.. Cantik tempatnya. Kelasss Jah.. Pastu Royal Bintang, juga di Seremban... Latest, Avillion Legacy Melaka... Anak-anak memang la seronok. Segala ceruk ruang bilik diexplore mereka... Lepas tu seronok dapat mandi pool dan mandi bath tub... Cuma satu je, dok hotel ni makannya payah sikit... Either makan kat cafe hotel @ dine in atau bawa bekal secukupnya... Macam kat Melaka, keluar dari Lobi dah nampak kedai makan, so xde masalah...

Sekarang Umar dah pandai... hujung minggu je... Ibu, jom tido otel nak.... Aiyarkkkkkk~~!!

Jom layan gambar...

ni pemandangan dari balkoni bilik di tingkat 7, Klana Alison, Seremban. Besar swimming poolnya.

Ada gelongsor untuk kanak-kanak.. Umar umairah merasa lah naik.. Tapi x dari atas...


Umar... x sabar2 dah nak terjun kolam



Swimming pool Royal Bintang, Seremban. Superb cantek~~!!


Umar Umairah relax2 dulu


Cepat sangat, pool x buka lagi... Masalahnya playground pun basah, x boleh nak main


Posing2 pulak


Swimming pool kat Avillion Legacy Melaka.. Kat level 6



Cantik building hotel ni...


Minggu depan, Abg Din kursus lagi. Kat Melaka.. lagi?! Kak ina rasa malas nak ikut. Penat, kena apply cuti, kena spend banyak... Gaji belummmm... Huhu


*mengempeng... istilah untuk baby yang asyik nak nyonyot nenen ibu walaupun tidaklah menyusu mana...


Hari Penyampaian Hadiah Taska Cahaya Tiara

Pada berapa haribulan November yang lalu... Haha... Kak Ina dah tak ingat bila tarikhnya... TCT menganjurkan hari persembahan taska dan penyampaian hadiah buat 'pelajar-pelajarnya'. Sebelum hari tersebut, Kak Ina dimaklumkan oleh teacher yang Umar akan masuk acara drummer... Ringkas sahaja persembahan tu... semua kanak-kanak berusia 2 & 3 tahun akan mengetuk-ngetuk drum dan melompat-lompat di atas pentas mengikut rentak lagu yang dipasang..

Alkisah semasa hari kejadian, semasa di atas pentas, Umar hanya merengek-rengek sambil menggosok mata... Haha.. sikit pun dia x buat seperti yang sepatutnya... Ada videonya Kak Ina rakam.. Tapi video pun tunggang langgang sebab Kak Ina sendiri tercari-cari dimanakah Umar yang rupa-rupanya tersorok di belakang kawan-kawannya... :D

Balik dari taska, Kak Ina bertanya pada Umar kenapa dia tidak membuat persembahan... Jawab Umar; Umar nak kencing... Haha... X puas hati dengan alasan Umar, keesokan harinya, Kak Ina tanya lagi... Dan kali ni jawab Umar; Ramai sangat orang tengok... Hehe... Alahai anak ibu...


Umar masa menerima hadiah dari pengetua



Posing dengan hadiah.. Kat rumah, ceria je...


Umairah pun tumpang sekaki... Rambut selambut (bahasa pelat abahnya for serabut).. Hehe