Monday, December 5, 2011

Pinggan Mangkuk Bone China

Bercerita pasal menginap di hotel... Ada seperkara yang Kak Ina nak kongsikan, iaitu tentang penggunaan pinggan mangkuk Bone China... Sebelum ni Kak Ina x pernah tahu dan x tahu pun yang Kak Ina perlu tahu... So, sekarang Kak Ina dah tahu sikit-sikit, kak Ina kongsikanlah dengan pembaca semua...

Apa itu Bone China... Bone = tulang... Bone China = jenama pinggan mangkuk yang diperbuat daripada abu tulang. Tulang apa? Inilah yang perlu kita ambil tahu... Daripada bacaan Kak Ina, pinggan mangkuk ini dibuat dari tulang haiwan yang dilebur pada suhu 1000 celcius, dicampur dengan bahan tertentu melalui proses tertentu. Dikatakan tulang itu diambil dari haiwan seperti lembu, seladang dan x ketinggalan khinzir... Dan dikatakan juga pada zaman ini telah banyak pinggan mangkuk berjenama tersebut telah dibuat dari bahan sintetik...

Tetapi, yang menjadi persoalan...
1. bagaimana kita nak tahu yang pinggan mangkuk tu dibuat dari tulang atau dari bahan sintetik?
2. sekiranya dari tulang, tulang haiwan apa?
3. timbul juga persoalan apakah hukum menggunakan sekiranya haiwan tersebut berstatus haram?

Dari bacaan kak ina, ada pelbagai pendapat... ada yang mengatakan harus, ada yang mengatakan haram malah banyak yang mengambil jalan tengah jika ragu-ragu hindarkan...

Wallahualam, kalau ada cara untuk dielakkan, elakkan lah.. Kalau hotel kita menginap tu berdekatan dengan kedai makan, keluarkanlah sedikit belanja untuk makan di luar... kalau dah x boleh sangat, gunakan pinggan mangkuk melamin, yang adakalanya disediakan untuk makan ais krim/bubur dll... atau pun bawalah bekal sebanyak2...

Bukan mudah nak menjaga iman kan...

Pendapat kak ina, cara terbaik ialah peranan pihak hotel sendiri... Kalau boleh janganlah menggunakan pinggan mangkuk berjenama yang diragui...

Oh ya lupa pulak... macam mana nak tahu pinggan tu berjenama Bone China? Terbalikkan aje bawah pinggan tu, ada cop jenama dia... Hehe... Cara lain kak ina xtahu...

Untuk lebih maklumat, silalah google... ada banyak laman web tentang hal ini...

No comments: