Monday, June 25, 2012

Sakit Belakang... Dah Nak Bersalin Ke?

Kebelakangan ni Kak Ina sangatlah sakit belakang... Haduhaii... xtau lah nak cakap macam mana... Tapi serba x kena dibuatnya... Duduk salah, berdiri salah... Baring pun salah... Kalau nak tido malam nak dapat posisi yang selesa, terpaksa beralih dua tiga tempat... Bukan lagi kalih kiri kanan.

Xtau la samada sakit belakang ni disebabkan travel ke Batu Pahat hujung minggu baru ni atau memang tanda2 awal nak bersalin... Apa2 pun bersedia je lah kan...

Selain dari sakit belakang, ada beberapa lagi tanda2 bersalin.. Kebanyakan laman2 yang Kak Ina google sama je simptom2 tanda dah nak bersalin. So, Kak Ina pun malas nak google lagi... Basically, tanda2 tersebut adalah seperti berikut:

- Sakit belakang
- Sakit pinggang
- Keluar lendir bercampur darah
- Contraction
- Pecah ketuban - ni memang confirm nak beranak dah la ni
- Sakit kat toot.. ni kak ina xtau la nak cakap sakitnya mcm mana.. tapi sometimes ada gak rasa cam kebas2.. haha.. xtau la..
- asyik kencing, yak yak & kentut.. kelakar pulak...

Ha tu antara tanda2 bersalin dari perspektif perubatan. Kalau perspektif 'orang2 lama' pulak;

- perut dah memboyot ke bawah.. ada gap satu tapak tangan antara breast dgn perut..
- bengkak/sembab 3x... ha yang ni xkan ku percaya lagi.. kalau sembab xtentu hala pegi je la klinik... kak ina hari tu, disebabkan dengar cakap orang la kak ina biarkan aje.. rupanya BP naik mendadak sampai admitted dan terus induce.
- ada gak kata kalau dah x nampak ibu jari kaki, nak bersalin lah tu... haha.. ye ke.. nampak je... xtau la kan ukuran x nampak tu mcm mana pulak...

dan macam2 lagi lah yang kak ina dengar...

Apa2 pun, bila dah hujung2 kehamilan ni standby je la.. especially dari segi mental... bertenang, jangan fikir bukan2... perbanyakkan bacaaan quran, zikrullah... doa supaya proses bersalin mudah, selamat, anak & diri kita sihat.. semuanya di tangan Allah... kena redha, kena tawakal...

dari segi fizikal... pun kena ambik perhatian juga ya... jangan nak main serah diri je.. jagalah sikit kebersihan.. 'rambut2' yang panjang2 tu urus2kanlah... jangan nak malas2 mandi pulak... biarlah bersih, wangi.... nak, nak pulak kalau bersalin kat hospital rakan bayi, baby dah bersih terus nurse suruh susukan... Ce bayangkan masa tu kita dah berpeluh2 nak push baby, nak bagi dia nyusu pulak... kalau badan dah sedia berkarat lagi ganda la tahap ketidakbersihan kita...

Hehe.. Kak ina bercakap mengalahkan orang anak 8... Hahaha.. Ok lah... setakat ni dulu entry hari ni... tatatititutu...   



No comments: