Tuesday, July 16, 2013

Rabbit Farm Broga

Bismillah... Assalamualaikum,

Wahh lama sungguh x update apa2... Nampak sangat malasnya... :D

Tadi, buka2 folder di PC, terjumpa satu folder gambar Rabbit Farm. Kak Ina pun dah terlupa pasal gambar tu. Bila tarikh pegi pun dah x ingat...

Asalnya nak bawa anak2 pegi zoo. Tapi sekarang, bayaran masuk ke Zoo Negara bukan main mahal lagi. Hishh.. Mcm x munasabah je.. Pulak tu ada je orang nak datang. Tu pasal la orang2 berbisnes & peniaga ni xtakut pun nak naikkan harga servis dan harga barang. Patutnya kuasa membeli di tangan pengguna. Ni x, pengguna zaman sekarang semua jenis pasrah je...

Memandangkan dah beberapa minggu cakap kat Umar Umairah nak pegi tgk gajah tapi x pegi2 di atas beberapa faktor (termasuklah faktor ekonomi), maka Kak Ina pun sarankan dekat Abang Din untuk bawa anak2 ke Rabbit Farm di Broga.. Sebenarnya Umar Umairah dah pernah pegi pun.. Ikut rombongan taska diorang. Tapi xpelah, budak2 suka aje... 

Dari Bangi ke Broga tidaklah jauh mana... Tapi kalau x biasa ke arah sana, memang rasa berzaman lah baru nak sampai... Hihi... Rabbit Farm ni pun tidaklah free kadar masuknya... Zaman sekarang ni apa yang x berbayar. Masuk tandas pun koman2 20seeennn.. RM5 satu kepala. Yang menyampah tu, main pukul rata je, Umar Umairah pun RM5 gak satu kepala. Pastu beli carrot 2 packs (carrot yang dah dipotong kecil2 untuk diberi makan pada haiwan) RM10.. Pandai betul buat duit. Padahal bukan diorang x bagi makan pun kat haiwan2 tu... 

Tempat ni nama je Rabbit Farm, tapi bukan sahaja arnab, malah ada macam2 haiwan kat dalam tu. Seingat Kak Ina, ada kambing, lembu, rusa, kancil, burung kasawari, kuda, angsa, monyet.. apa tah lagi. Semua haiwan2 ni diletakkan di dalam kandang. Tapi kita boleh hulurkan carrot untuk 'diragut'. Kalau di 'kandang' arnab pula, pengunjung boleh masuk ke kawasan arnab tersebut dan boleh sentuh, pegang & bermain dengan arnab. Kak Ina perhatikan arnab2 kat situ dah x takut orang. Relax dan selamba je.. makan pun dah x berapa nak.. Yelah, selain pihak pengurusan dah bagi makan, kalau 100 pengunjung yang datang sehari, 100 100 bagi carrot... mau mati kenyang arnab kat situ... hihi..



Umar Umairah macam biasalah, excited. Dengan arnab diorang x berapa sangat. X minat kot.. Dengan kambing, rusa dan yang seumpamanya, kalau boleh semua sekali Umar Mairah nak bagi makan. Haha... Umran pulak, berkerut je Kak Ina tengok. Mungkin ni first time Umran didedahkan dengan persekitaran yang ada banyaaakkk sangat haiwan di mata dia.. Hehe... Nanti insyaAllah lepas raya, nak bawa jugalah anak2 pegi zoo... (nak pegi jugak)..




Hoccay, tu je sedikit sebanyak tentang Rabbit Farm. Kalau nak tau lebih detail google je. So far belum ada website khas untuk Rabbit Farm ni. Readers boleh buat review kat blog2 orang je... Lokasinya dari Semenyih masuk simpang ke University Nottingham. Jalan terus je, x pasti berapa jauh tapi usha2 la sebelah kanan jalan. Laju2 kang terlepas pulak...

Ok, daaaa...

p/s: Dekat Sri Kembangan ada Petting Zoo... bayaran masuk RM28 sekepala. Children RM23. Fooh... Kalau banyak haiwannya berbaloi la... Xsure haiwan apa yang ada, kena menggoogle dulu..

No comments: