Sekiranya bayi anda batuk selsema, sila pantau perkara-perkara berikut:
- Suhu badan bayi, samada bayi demam atau tidak... kalau demam, dikhuatiri paru-paru bayi dah dijangkiti kuman. Dan kalau panasnya melebihi 38degree c kena segera ke hospital. Hospital taw, bukan klinik. Kalau ikut Paed Adnin nih, kalau 38 degree c, kena admit sbb takut bayi kena sawan. Ni dia cakap masa Adnin berusia 2 minggu. Mungkin bayi yang besar sikit lain condition dia. Untuk tujuan ni, eloklah simpan termometer kat rumah.
- Kesan-kesan batuk seperti batuk sehingga muka kebiruan. Batuk sehingga muntah.
- Pernafasan bayi. Lihat dada bayi, adakah dadanya berlekuk & bergerak laju bila bernafas. Lihat masa bayi dalam keadaan tenang. Kalau tengok masa dia sedang menangis atau batuk, memanglah berlekuk.. ;).. Juga bunyi pernafasan. Kalau ada bunyi wheezing.. tapi bunyi tu bukan datang dari hidung, dari dada.. payah juga nak explain part ni... tapi ibu2 tahu beza kot..
- Bayi tidak mahu menyusu. Ini tandanya tekak dia sudah merah. Kalau kita orang dewasa batuk/demam beserta tekak merah mesti doktor bagi antibiotik kan. Apatah lagi bayi (tp doktor xkan bg antibiotik). Nampak macam biasa je, tp semua ni xboleh diambil enteng.
- Last sekali, bayi pasif. Asyik tido. Jadual tidak seperti kebiasaan.
Ok, kalau ada tanda2 di atas ni segeralah ke hospital.
Sekiranya bayi mengalami batuk selsema, ada beberapa kaedah rawatan. Antaranya...
- Dapatkan rawatan daripada pakar kanak-kanak. Kalau pegi klinik biasa, mungkin doktor akan bagi ubat batuk. X munasabah langsung. Kak Ina menulis melalui pengalaman. Selamba je doktor bagi ubat batuk untuk Adnin yang baru hidup beberapa hari ni. Umran hari tu, baru 1++ tahun, doktor bagi ubat batuk hitam!! Kadang2 xfaham, di mana etika kedoktoran ni. Org yg ada secebis knowledge ni boleh la berfikir sikit. Refer doktor lain ke, google ke, tanya sape2.. org yg lurus? suap jelah anak tu.. eh.. bebel pulak.. Kalau bayi batuk, doktor sepatutnya boleh beri syrup ventolin shj (warna jernih). ini untuk lapangkan paru2.. tu pun dlm kuantiti yg sgt sedikit. kalau batuk berkahak, doktor akan beri syrup rhinathiol (warna merah). ini untuk pecahkan kahak dia. Adnin dpt ke2,2 ubat ni, 1ml 2x sehari.
- Pagi2 tepuk belakang bayi. Tiarapkan atau dukung di atas bahu, bentukkan tangan kita seperti cup (mcm baca doa), dan tepuk belakang bayi. Ini bertujuan melonggarkan kahak dia. So, kalau bayi batuk, kahak mudah terkeluar. Since bayi xpandai buang kahak, jgn risau kalau dia tertelan kahak tu, sbb kahak tu akan keluar melalui najis... tepuk belakang ni dipanggil teknik percussion
- Steaming.. kak ina xpernah cuba lg kaedah ni. Kecik sgt kot baby... Maybe next time kak ina akan cuba dekat umran. so, xde la pengalaman sendiri nk cerita kat sini. tapi readers boleh refer blog hot ni utk kaedah steaming.. Little Mama's Diary dan Mommy's Diary of Life. Must try! jimat duit beb..
- Kalau kaedah tradisional sikit, boleh cuba bawang putih bakar + minyak masak. Kak ina ada buat satu entry pasal ni. Klik sini. yg ni mmg kak ina biasa amalkan. mmg anak2 tido lena... kak ina ada tanya pandangan paed juga & ini komen dia: boleh, tp test2 dulu. maksudnya utk first time calitkan sikit2 dulu dan pantau adakah tmpt yg disapu tu naik rashes atau merah2 disebabkan panas @ alahan pada bawang putih tu. Dan xada efek pada organ dalaman as long xdilumur ke seluruh tubuh bayi.
- Madu... Ramai yang cadangkan makan madu & banyak juga yang Kak Ina dengar bayi bawah satu tahun x boleh diberi madu. Jadi, yang ini pun Kak Ina tanya pandangan paed. Kata dia, kalau madu process, iaitu madu yang dikilangkanlah, yang dijual di pasaraya2, yang ada label2 tu insyaAllah ok. Kalau madu asli, dia x galakkan sbb madu asli terus dibotolkan jadi tiada jaminan dari segi kebersihan. Bukan itu yang nak dipersoalkan, tapi pembuatan yang tidak bersih akan menggalakkan pembiakan bakteria yang akan boleh menyebabkan bayi lumpuh sekiranya termakan madu yang ada bakteria tu. Haaa... kita kalau nak makan madu sibuk cari yang ori. Kalau beli kat supermarket x kick lah konon kan.. ;) Memandangkan ada pelbagai pilihan lain untuk merawat batuk selsema ni, maka pemberian madu ni last optionlah untuk kak ina. Xdinafikan madu makanan sunnah dan boleh mengubat pelbagai penyakit. Cuma yang dipersoalkan ialah penyediaan madu di zaman ini.
- dan pelbagai kaedah lain lagi yang banyak disyorkan oleh rakan2 kak ina. Ada yang usulkan buat rawatan homoepathy. kak ina xtau macam mana kaedah rawatannya. Ada yang kata 'neb'kan dengan air garam (tp kena ada mesin nebulizerlah), ada yang kata guna minyak zaitun... Woo banyak cara. Pilihan di tangan anda..
Ok, diharap apa yang Kak Ina tulis ni dapat memberi manfaat pada orang lain. Apa yang Kak Ina ceritakan ni merujuk kepada Baby Adnin yang terkena batuk dan selsema semasa di dalam tempoh berpantang. Bab ubat-ubatan2 tu, kalau baby dilahirkan sihat, seboleh2nya doktor memang xnak bagi ubat pada bayi yang berusia kurang 40 hari. Tapi kalau dah kena makan ubat juga, xde choice lah kan...
Happy reading... Bye...
panjang giler entry. dari pkl 10.30am sampai 1.40pm menaip.. siap stop mandikan baby, susu, dan main candy crush dulu... haha