Monday, August 3, 2015

Prisma Optometris Bandar Baru Bangi.. Terbaik!!

AsSalam/Salam Hormat,

Telah sekian lama Kak Ina tidak menulis di blog ini. Alhamdulillah berkahnya bulan Ramadhon, bermula dari punch in sehinggalah punch out, tugas2 pejabat mengisi setiap minit yang ada. Biasanya, sempat jugalah lunch hour atau time dekat2 nak balik tu Kak Ina jenguk2 sekejap blog ni. 
Post yang Kak Ina nak tulis ni pun dah lama Kak Ina peram tajuknya di ruangan draft. Entah bila peristiwa ni berlaku pun Kak Ina dah tak ingat. ;-)

Prisma Optometris ni merupakan satu daripada beratus berangkali, pusat kacamata di sekitar Bandar Baru Bangi. Berkonsep Islamik, perkhidmatan yang ditawarkan di sini pada Kak Ina memanglah terbaik! Kebiasaanya bila kita check mata untuk tempahan kaca mata baharu, pemeriksaan yang dibuat hanyalah pemeriksaan tajam penglihatan, ujian bacaan pada size tertentu.

Tetapi di sini, semasa Kak Ina buat pemeriksaan dulu, antara pemeriksaan yang dibuat bukan sekadar pemeriksaan tajam penglihatan, malah, pemeriksaan tekanan ke atas bola mata, pemeriksaan samada mata kita ada masalah katarak, glukoma atau penyakit mata yang lain dan pemeriksaan saraf di dalam mata. Banyak maklumat yang Kak Ina perolehi daripada optometrisnya. Selain daripada pemeriksaan dan penerangan, sekiranya kita menghidap penyakit mata atau ada apa-apa masalah mata, optometris akan membuat surat refer ke hospital atau pakar mata.

Selain daripada pemeriksaan yang sangat memuaskan, pusat kaca mata ini juga menghidangkan pelanggannya dengan minuman dan makanan ringan. Ini merupakan salah satu cara tarikan mereka. Masa Kak Ina datang sekeluarga di sini, kami dihidangkan teh o dan kek sponge pandan. Kebetulan kek kegemaran anak-anak, memang licin dimakan mereka. Kawan Kak Ina lebih bertuah, dapat chicken pie. ;-D Selain daripada hidangan ringan, untuk hilangkan kebosanan anak-anak mainan pun ada! Hehehe, rasa macam culture shock pula masa tu. Oklah tu, kalau tak, anak2 sibuk berlari ke sana ke mari, risau pula kalau terlanggar cermin-cermin mata display yang di dalam rak terbuka. 

Jadi kalau tuan puan nak buat kacamata atau saja2 nak buat pemeriksaan mata saya cadangkan Prisma Optometris Bandar Baru Bangi. Berdekatan dengan Warta Bangi dan Tabung Haji Bangi. Memang thorbaik~~!!






 

 

No comments: