Saturday, April 8, 2017

Family Day Family Bera

Assalamualaikum / Salam Hormat,

April 2017 yang lalu, keluarga besar sebelah Abah Kak Ina telah merancang untuk mengadakan Family Day. Cerita tentang nak buat FD ni dah lama, dah bertahun2 dah rasanya, tapi tidak juga terlaksana... Sebab, ada 4 level generasi yang terlibat dalam perhimpunan ni. Tu xpe lagi, yang jadi rumitnya begini... Arwah moyang Kak Ina, ada 7 orang anak dari isteri pertama, 4 dari isteri kedua dan 2 dari isteri ketiga. Atok (nenek) Kak Ina sendiri yang merupakan anak sulung mempunyai 6 orang anak. Itu baru cabang yang pertama. Yang kedua? Ketiga? Ketiga-belas? Haha... Nak dapat pengesahan yang nak pegi ke tak pun Allahurabbi.. hahaha... tapi ni semua pengalaman lah. Berkomunikasi dengan tok nenek sedara, pakcik makcik sedara, sedara sepupu, dua pupu, kupu-kupu bagai.. Fooh... ada yang tak pernah bercakap pun... Ha, nak ceritanya, Family Day ni memang bagus diadakan, supaya kita kenal siapa anak beranak kita... 

Dan akhirnya, family day ini berjaya juga diadakan di Kampung Stay Desa Murni, Kerdau, Pahang. Lokasi ni dipilih sebab kebanyakkan ahli keluarga kami tinggal di sekitar Temerloh. Bera.. Jadi dapatlah lebih penyertaan sebab dah cut cost perjalanan mereka di situ. Tips: Biasanya, untuk program kali pertama, kita layankan aje apa permintaan ahli keluarga. Nanti dah rasa, dah best, diorang yang akan request buat kat sana sini, aktiviti itu ini... hehehehe.. Dan lagi satu, Kampung Stay Desa Murni ni ada kolam mandi. Kolam dia besar... wow!

Sedikit review tentang homestay. Ada sebuah banglo 2 tingkat. Di mana setiap tingkat ada 3 ke 4 bilik  macam tu lah... Banglo ni memang luas. Puas hati.. Chalet2 yang lain, ialah rumah kayu yang ada 3 hingga 5 bilik. Pada Kak Ina, biliknya agak kecil. Untuk family 4,5 orang memang x sesuai tido sebilik. Kalau nk bermalam di sini (untuk FD), Kak Ina cadangkan pegi dulu tengok sesuai ke tak.

http://www.kampungstaydesamurni.com/

Tentang catering, kebetulan salah seorang ahli keluarga kami merupakan caterer di daerah tersebut. Jadi soal makan, ditanggung beres. Kos makan x dapat Kak Ina nak ceritakan sebab Kak Ina x incharge part ni. Tapi, kalau nak cari caterer boleh contact no ni: 013-9499452 (Hamzah).

Seperti biasa, agenda Family Day kami, sukaneka, solat berjemaah + tahlil, makan2, tukar2 hadiah dan sambutan birthday April-ian.

Kebetulan pula hari FD ni jatuh pada birthday Umairah. Umairah tumpang tiup kek kat sini jelah... ;-)

Ok, xde apa sangat nak cerita.. enjoy the piccas..~~!! 

Tok Ngah, orang yang bersungguh untuk mengadakan hari keluarga ni

Sedikit penerangan tentang asal usul keluarga Hj Junid.. kita asalnya dari Sumatera ya anak2..

Kuih muih yang banyak tu semuanya sponsored by family members

1st game.. Minum air guna straw bocor
Masukkan air dalam botol guna straw


kutip belon

Birthday Aprilian... Pibesday Kakak

Dia sorang je budak kecik... sian pulak

Tukar-tukar hadiah

Sebelah pagi... senamrobik dulu


Family potrait... ini x sampai separuh dari ahli keluarga pun ni

Pertandingan kopek kulit bawang

Musang berjanggut

penyampaian hadiah... 




No comments: