Tuesday, May 2, 2017

EZ Qurban

Assalamualaikum... Salam Hormat,

Seperti biasa, lama menghilang, tetiba muncul... muncul pun mungkin aktif, mungkin tidak... Dan seperti biasa, bila muncul tu barulah nak coret cerita-cerita lama... keh, keh, keh... x kisah lah...

Hari ni Kak Ina rasa nak cerita tentang EZ Qurban. Tuan/Puan mesti biasa dengar EZ Qurban kan... kat radio IKIM tu kalau petang-petang ada sokmo suara Ustaz Haslin, iklankan EZ Qurban. Tambah-tambah lagi nak masuk Ramadhan ni lagi la.. 

Apa itu EZ Qurban? EZ Qurban ni merupakan satu kaedah bagi membolehkan kita, umat Islam menunaikan ibadah korban dan aqiqah.. Caranya senang sahaja, buka laman web EZ Qurban dan kita cuma daftarkan nama diri sendiri @ anak yang nak berkorban atau dibuat aqiqah. So, bila kita dah daftar, kita perlu buat bayaran secara online untuk haiwan yang kita nak qurbankan/aqiqahkan tu, dan seterusnya pihak EZ Qurban akan membuat korban dan aqiqah di negara-negara terpilih. Negara-negara terpilih tu contohnya, Kambodia, Vietnam, Indonesia dan beberapa negara lagi.

Pengalaman Kak Ina sendiri, kami dah menggunakan perkhidmatan EZ Qurban sebanyak 2x. Untuk aqiqahkan Naufal dan Adnin. Antara faktor kami memilih kaedah ini ialah:

- Kos kambing di negara kita sedikit tinggi.Sekitar RM900 seekor. Dengan EZ Qurban sekitar RM650 seekor. (Kak Ina dah lupa, boleh semak di laman web EZ Qurban)
- Bila nak buat aqiqah sendiri, sudah tentu ada kendurinya. Dan sudah tentulah ada kos untuk kenduri pula. Bukanlah nak berkira, tapi masa kenduri aqiqah Umar dan Umairah dulu pun, kami spent tidak kurang RM3K. Untuk kami yang "pendapatan dan perbelanjaan" seimbang ni memang agak lambatlah nak capai RM3K tu. Hehehe  
- EZ Qurban, sesuai dengan namanya, easy. Bagi butiran & bayaran, selesai. Prosedurnya, selepas selesai ibadah, kita akan menerima 'sijil penyertaan'. Di atas sijil tersebut dinyatakan nama peserta dan lokasi kurban dan aqiqah dibuat. Jadi, kita pasangkanlah niat, selain daripada menjalankan ibadah kurban/aqiqah, dapat juga kita bersedeqah pada umat Islam yang jarang-jarang sekali dapat menjamah daging. 

Alhamdulillah. 4 orang dah selesai aqiqah. Fadhal belum lagi. Atok cakap nk buat kenduri di rumah Atok, nak sekalikan aqiqah Fadhal dan Khayla (sepupu Fadhal). Jadi kami tunggulah dulu. kalau x jadi, EZ Qurban je.. ;-)

Mommies and daddies, kalau pening-pening aqiqah anak x buat lagi. Xyah pening-pening sangat. Biasanya orang pening sebab 2 perkara je:
- sbb kos. Simpan RM100 sebulan, 6,7 bulan selesai dah. 
- sbb mak/ayah suruh buat kenduri rumah mak/ayah, mertua suruh buat kenduri kat rumah mertua.. pilih lah buat kat negara lain. Hihihi... unless anda ada penyelesaian terbaik..

Ok, Selamat menunaikan ibadah aqiqah~~!!    

Sumber google. Ini untuk ibadah korban. Kalau aqiqah, hanya kambing shj. Perasan x adik baju merah tu pegang senarai nama orang yg buat qorban. ;-)

2 comments:

aku la... said...

setuju saya pon aqiqah anak guna ezqurban..sbb nak buat sendiri nak tunggu duit cukup tu adehhh..sebab ambik kira nak kenduri bagai..kalau tunggu sudahnya x buat2..bagus ezqurban ni..sama jugak kalau buat qurban..pada pendapat saya sangat sesuai buat kat negara luar yang miskin banding negara kita ni rata2 semua bila2 boleh mampu nak makan daging..manakala negara susah tu harap qurban je la dapat merasa

Kak Ina said...

Betul tu.. kat malaysia ni makannya mewah.. tp x dinafikan ada juga golongan asnaf/kurang kemampuan nk makan daging.. tp bila nk kenduri aqiqah tu adakah kita cari golongan ni utk dijemput ke kenduri kita? ihiks, my 2 cents!