Monday, June 29, 2009

Indahnya Menjadi Ibu

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum / Salam Sejahtera...

Setelah agak lama menyepi dari dunia blogging, akhirnya aku kembali ke alam siber ini. Kali ini bukan lagi seorang bujangan tapi sebagai ibu yang gembira. Sebenarnya aku bukanlah hendak berblog sangat, tapi rasa seronok untuk berkongsi pengalamanku melayari dunia keibubapaan acap kali mencucuk-cucuk sanubari ku... (Haha... ayat apa ni). Walhal aku telah pun punyai fotoblog, tapi mungkin x sama dengan blog... Takpelah... kita cuba...

So, untuk entry sulung ni, baik aku kenalkan dulu siapa manja!bu ni...

Tarraa... Ini lah si manj@ku, zuriat aku & abg Din yang baru sahaja 5 bulan, 2 minggu sehari menjengah dunia ini. Umar namanya... ;-)

Betullah kata orang, baby ni macam ubat penenang... kadang-kadang, kala kepala tengah serabut pasal kerja, atau hati tengah panas ke, berkecamuk ke... tengok je baby, automatik kita boleh senyum... Dan sekejapan tempoh 5 bulan, 2 minggu sehari tulah pelbagai pengalaman yang dah aku dan abg Din lalui. Dan pastinya masih banyaaakkk lagi yang menanti kami...

Aku yakin Umar ni bijak orangnya. Sejak dari dalam kandungan lagi Dr. dah cakap; dahi baby jendul sikit, bijak nih... Haha... Amin... Mudah-mudahan begitulah. Tapi pada usia ini, Umar masih lagi belum nak meniarap. Dah meniarap dah, tapi baru je 2x. Hmm... mungkin Umar xnak meniarap kot... Nak terus duduk je... Kan ada sesetengah baby macam tu... Selalu orang tanya, baby dah pandai apa... Umar dah pandai senyum, gelak dan terbaru dah pandai marah... Amboi... Terutama sekali bila dia tengah syok tido, janganlah kacau. Walaupun dah selang 4 jam menyusu, x payah lah nak kejut-kejutkan dia nak bagi susu. Dulu x gitu pun...

Mengimbau pengalaman melahirkan Umar; Umar lahir 3 minggu awal dari tarikh jangkaan. Umar belum nak keluar, tapi tekanan darah aku x ok, terpaksalah induce. Diingat-ingat semula, alhamdulillah aku berjaya! Hehe... Bila Dr. melangkah laju masuk ke bilik aku seraya berkata "... awak kena bersalin hari ni jugak ya...", aku menggeletar. Mcmlah aku ada kat dalam rumah ais. Pening kepala aku masa tu. Xtaulah sebab darah tinggi ke, kesan induce ke... sampai 6 kali aku muntah selambak. Natijahnya aku dah xada tenaga nak push baby & akhirnya terpaksalah di vacum pulak... Adoi...

Melihat wajah comel Umar di dalam gendongan abahnya, hilang semua rasa sakit. Diiringi pula suara azan isya' yang berkemundangan dari masjid bersebelahan, rasa kesyukuran tu xdpt nak digambarkan... Seronoklah, seronok sangat... ;-)

Ni lah Umar sehari selepas lahir. Comel kan? :-D

Oh ya, sebelum aku mengakhiri penulisan hari ni, aku nak ekspres rasa cinta dan terima kasih sangat-sangat kat abg Din, hubby ku atas pengorbanan beliau, sanggup tido & berkampung 6 hari 5 malam dekat wad, semata-mata untuk teman & jaga aku. Bertuah aku...

Ok, setakat ni dululah... Nanti aku share lagi bunga-bunga kehidupan aku, abg Din & baby.

Wassalam...

No comments: