Monday, June 29, 2009

Baby's D@y 0ut

Salam...

Minggu lepas aku, abg Din, Umar, parents & adik aku bercuti di Melaka. Saja jalan2, lama dah memerap je kat rumah. Awalnya, aku dan abg Din selalu berfikir yang susah untuk kami berjalan-jalan sbb Umar tido buai. Tapi kami pegi juga. Bawalah spring dgn tali. Tapi kalau dekat hotel kat mana pulak nak digantungkan. Ya x ya, terpaksalah kami unscrewed buai roda tu, angkut sekali. Biarlah susah sikit daripada dengar Umar nangis. Jangan main-main kalau Umar nangis. Hari tu dia nangis kat Billi0n, semua orang terkaku, dok perati dia je... Hehe...

Perjalanan jauh satu hal lagi. Kereta kami memang xde sapelah yang boleh tumpang. Kat seat belakang tu je dah penuh ngan tilam Umar. Umar ni bukan jenis yang boleh dipeluk2, ditepuk2 terus tido. Dia kalau nak tido samada dalam buai atau baring yang betul2 selesa. Hehe, boleh tahan anak aku ni! Dan yang terbaru ni, aku ngan abg Din telah membuat satu inovasi... buai di dalam kereta. Haha...

Tu dia penangan anak aku...

Mula-mula tu Umar macam hepi je dapat masuk buai. Tapi sekejap je... agaknya buai tu x boleh dienjut, nak dihayun pun x boleh. Setakat gerak sikit-sikit je... Sudahnya nangis balik. Bentanglah balik tilam kat atas seat tu... Haha...

Tengah bulan depan nak pegi Terengg@nu pulak. Alahai... Boleh ke...?

Baru 5 bulan dah naik eye 0n msia.

Berbackgroundkan Afamosa

2 comments:

aNIe said...

Ina....welcome back to blogland...rindu tau nak baca kisah ina ....

Wah!! pi jenjalan kat melaka ke? Hehehe...comeinya dia...siap buat buai dlm keta...hahahah

Zelly said...

gegege... kami kalau nak ke mana2 terpaksa bawak buai roda tu... kalau x, susah nanti bila umar nak tido... tu yang sampai buat buai dlm kereta. Tapi x mkn saman juga... :P