Wednesday, July 29, 2009

Walker

Umar kat dalam walker...

Aku xpastilah Umar dah boleh naik walker ke belum... Baru 6 1/2 bulan, x pandai duduk pun lagi... Tapi nampaknya Umar suka dengan walker tu... X lama lagi rumah aku dah kena start pasang pagar di sana sinilah... ;-D

Tuesday, July 21, 2009

Like Mother Like Son



Atas: Gambar Ibu
Bawah kiri: Ibu masa umur beberapa bulan.
Bawah kanan: Umar masa umur 5++ bulan.

Monday, July 20, 2009

Cerita 6 hari

Hujung minggu baru ni aku & Abg Din bawa Umar pegi joging. Dah banyak sangat lemak tepu di sekeliling tubuh. Joging pun kena shift. Haha... Memula aku jaga Umar, Abg Din joging, pastu aku pulak joging, Abg Din jaga Umar... :D Dah habis joging, rehat2 kejap kat tempat senam bangkit tubi tu... Ada la satu pakcik kat situ... Sembang-sembang, sampailah topik susu ibu... Pakcik tu cakap gini... "... sorry to say, tapi tengok lah anak-anak yang minum susu lembu ni... perangai pun mcm itu jugak..." Aku dengar jelah... Dalam hati sedih gak seposen. Umar minum susu formula. Bukan xnak bagi... tapi memang dari Umar lahir lagi susu aku malu2 nak keluar. Balik dari joging tu, Umar buat perangai pulak... Xnak minum susu... E'eh... macam faham2 je dia apa yang pakcik tu cakap... Bila dah sampai 5 jam lebih x nak menyusu, aku dan Abg Din risaulah. Maka, kami pun trick Umar, bagi susu guna cawan. Nak pulak dia... Bagi pakai botol je reject. Ini sudah jadi masalah baru! Minum pakai cawan bukannya semua masuk ke mulut... Tumpah je lebih. 2x time susu Umar buat perangai. Sampailah Umar tetido, barulah dapat susukan dia guna botol... Dan esoknya, Umar dah lupa pasal minum dalam cawan... Haha, selamat...

Tu dia, pegi joging pun bawa bantal busuk kesayangan dia... :D

Macam lah dah besar sangat... Nak minum susu pakai cawan... Ibu layankan aje... Sekali sekala boleh la... Kalau berkala, maap la...

Sekarang Umar dah semakin aktif mengiring. Adakalanya dapat juga dia meniarap, tapi masih x pandai nak alihkan tangan yang tertindih tu. Jadi, ibu jugalah yang bantu... :)

Boleh meniarap dah.. itu pun condong2 lagi... xpe baby, prektis make perfect!

Habit Umar (dan mana2 baby i guess)... masukkan apa saja benda yang dia dapat pegang ke dalam mulut dia... Satu malam tu, aku tersedar dlm pukul 3, 4 pagi... Umar tido, tapi mulut dia sibuk menyonyot kelambu... Huhu an@kku!

Semalam bawa Umar pegi check up 6 bulan. Berat badan dan 8.6kg... Yeww... patutlah semakin lenguh lengan ibu... Selalunya check up dengan doktor perempuan. Semalam dengan doktor lelaki. Nampak macam muda lagi... Masa kat luar bilik rawatan lagi aku dah ckp kat Abg Din, "tengok doktor ni rasa x confident je.. Pandai ke dia inject baby..." Huh, memang betul. Masa inject tu, doktor x pegang kemas kaki Umar... bila Umar menerajang, tercungkil keluar jarum injection tu. Umar nangis sekuat2nya... Xpernah2 Umar nangis macam tu masa kena inject @ ambik darah... Sian Umar... Sedih aku dan Abg Din... Nasib lah kami ni bukan jenis baran, xde la nak marah2 doktor tu... Tapi kalau jadi apa2, siap la...

Next entry aku nak post gambar aku masa baby... Umar sebijik mcm ibu... ;-)

Wednesday, July 15, 2009

Umar dah besar

Xde blog, nak berblog... Dah ada blog, biarkan bersawang... Hehe...

Kelmarin, genap Umar 6 bulan. Sekejap je rasanya... Sungguh pun begitu, kadang-kadang aku rasa lama juga dek kerana Umar belum lagi meniarap dengan sendirinya... Masa family gathering minggu lepas, jumpa lah dengan sepupu aku, Hadif, tua 20 hari je dari Umar. Tapi, jangankan meniarap-menjalar... dah nak merangkak pun... Xpelah, maybe Umar belum larat lagi nak pusingkan badan dia...

Sebulan yang lalu, masa check up 5 bulan (5 bulan seminggu time tu) berat Umar dah 8kg. Hoho... sungguh semangat an@kku itu. Xtau lah sekarang ni dah berapa kilo. Kalau dukung lama sikit memang terasa la lenguhnya. Nak cakap Umar ni montok sangat, biasa2 je badannya. Xde la macam setengah baby tu sampai jadi michel!n. Maybe Umar ni big size orangnya. Kalau dibaringkan sebelah aku, dah nak setengah pinggang dah panjangnya... Agaknya bila Umar dah dewasa nanti mesti dia menjadi seorang yang tegap ala-ala H@ns giteww... Huhu!

Saturday, July 4, 2009

Baby C0mel

Tengahari tadi, aku dan abg Din bawa Umar shot gambar untuk masuk pertandingan baby c0mel anjuran B!ll!on. Akulah yang kepingin sangat tgk Umar jadi baby c0mel. Hari ni susah pulak Umar nak bergambar. Puaslah kami panggil2 dia. Lama-lama sikit baru dia nak senyum, tu pun belum senyum/sengih habis-habisan tu... softcopy xde pulak nak letak gambar Umar kat sini.

Ikutkan, ni pertandingan ke2 yg kami sertai. 1st, pertandingan baby c0mel online. Baru je kejap ni aku tgk resultnya kat sini http://www.azuwanibrahim.com/blog/2009/07/keputusan-top-10-pertandingan-bayikid-comel-2009/. Nampaknya xde rezeki Umar nak masuk top 10. Yelah berapa punya ramai saingan yang Umar nak tandingi.

Xpelah, Umar pun baby lagi... baru 5 bulan 3 minggu. Ada banyak masa dan peluang lagi... InsyaAllah...

Thursday, July 2, 2009

Dilema

Hari ni aku masuk lambat ke ofis. Semuanya gara-gara kesiangan. Selalu tu sekitar 5-6 pagi lagi Umar dah kejutkan kami. Tapi sbb malam tadi Umar menyusu pukul 3, langsunglah x sedar2 sampai lah pukul 7. Bila dah lambat mulalah aku dan abg Din terfikir... kan senang kalau hantar Umar kat taska blkg rumah ni je...

Buat masa ni Umar tinggal dengan atok dan opahnya. Tiap2 hari kami berulang dari B@ngi ke Kaj@ng, pagi dan petang. Kiranya pusing balik sbb ofis kat B@ngi Lama. Perkara ni dah banyak kali kami fikir. Banyak pro dan kontra. Ada kawan2 ckp, hantar je kat parents. Kat taska ni, kalau sorang demam, semua pun demam. Yang ni memang x dinafikan. Masa aku survey taska tu, semua baby kat situ selsema. Kesian betul. Ada juga yang ckp, kesian kat parents kita. Usia mcm ni masa utk mereka beribadat, bukannya jaga baby. Yang ni pun sangatlah betulnya. Nak, nak pulak Umar ni unik semacam. Dah banyak kali dah mak aku x lunch, gara-gara Umar x boleh ditinggalkan.

Selalu sangatlah kami dilema memikirkan perkara ni. Ada satu hari tu aku nekad, nak hantar je Umar ke taska. Dah abah aku kecik hati pulak. Hmmm...

Satu malam, tgh mkn dengan abg Din, tiba2 aku teringat cerita mimpi adik aku. Dalam mimpi dia tu, arwah adik lelaki aku (satu-satunya anak lelaki dlm keluarga kami) datang dekat Umar. Dia senyum. Lepas tu dia cakap, baby ni pengganti dia...

Agaknya sbb tulah parents aku nak juga jaga Umar selagi terdaya...

Umar dengan mainan yang atok & opah belikan.

Seronok je dia...

Ibu mampu beli yang ni je... Huhuhu...