Sunday, January 10, 2010

Cuti lagi

Baru je 2 hari balik bercuti dari Penang, kami terbang ke Kota Kinabalu pulak... Ikutkan macam x larat je nak pegi. X larat badan & x larat poket. Tapi sbb percutian ni dah dirancang sejak aku berpantang lagi... & tiket flight pun dah beli, maka program tetap diteruskan.

Alhamdulillah, Umar ok je sepanjang di dalam flight pergi dan balik. Mula tu aku agak risau takut Umar mengalami sakit telinga akibat tekanan. Nasib baik Umar hisap puting... ;-)

Percutian di KK kali ni x seseronok percutian ke KK yang dulu. Bukan apa, dalam keadaan aku yang berperut besar & ada pula baby, pergerakan kami pun terhad. X boleh pegi pulau, x boleh daki2... Nak dijadikan cerita, abg Din demam pulak. Hai... adalah hikmahnya tu. Agaknya kalau abg Din sihat, lagi panjang langkah aku. Ikutkan hari yang abg Din langsung x boleh bangun tu, sebenarnya aku dah plan nak jalan2 sepanjang waterfront. Xde rezeki nampaknya...

Dan disebabkan beberapa faktor, tidak ada sebarang souvenir utk orang2 di Semenanjung... Staff2 aku pun, aku belikan keropok pelang2 tu je... Jangan x buat syarat. Itu pun minta tolong mak belikan. Ye la, bukan senang nak bawa baby masuk kat Pasar Filiphine tu. Tangan dia mencapai semua yang ada... ;-)

Hmm... nanti la... Kalau ada rezeki ke KK lagi, kami datang la lagi... Tapi bila teringat flight bergegar...... jeng jeng jeng.... hihi... ;-)

Layan gambar k...~~!!


Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke tanah KK

Posing dengan penari-penari kebudayaan Kampung Budaya Monsopiad


Di perkarangan Muzium Negeri Sabah

'Heaven' betul ABC di Tanjung Aru


Family potrait di pantai di KK Adventure Park


Umar posing bersama atuk di KK Adventure Park


Signal Hill, bukit pemerhati bandar Kota Kinabalu


Menara Tun Mustapha


Pemandangan Gunung Kinabalu di Pekan Nabalu

Umar bersama ibu


Umar dgn Abah


Di Kinabalu Park


Sg Mamut di Poring Hot Spring


Di Kundasang

No comments: