Sunday, February 7, 2010

Simptom2

Hari ni seawal 8++ am di opis aku dah rasa lenguh giler betis, pangkal peha & sekali sekala kat pinggul... xtau la biasa ke, sebab naik tangga 2 tingkat ke... atau simptom2 sesuatu yang aku tidak tahu... Sebut pasal simptom2 aku memang cukup fobia... teringat masa mengandungkan Umar, masuk 7 bulan muka aku dah sembab macam orang nangis. Kaki pun dah start bengkak semacam... Tangan dah mula kebas2. Kiranya 7++ bulan mengandungkan Umar, aku dah x boleh memasak, sbb x boleh nak pegang senduk sudip dll. Sudu garfu pun x boleh... Solat pun, solat atas bangku, sbb x boleh nak duduk antara 2 sujud. Sakit sangat rasa betis kena tindih. Masa tu semua orang cakap biasa. Nanti dah bersalin otometik kebas hilang, bengkak hilang... Dan disebabkan SEMUA orang cakap mcm tu aku x kisah sangat lah. Dah cabaran mengandung, redha jelah...

Sampai lah satu hari, masa tu kandungan nak masuk 37 minggu. Aku dah tatahan sangat menahan kebas. Pegi keje pun mcm dah x buat apa, sbb dah x boleh menaip pun. So, Abg Din bawak aku pegi klinik. Check punya check, rupanya BP aku mencecah 180/110. Sungguh mengerikan. Hari tu juga aku admitted dan 2 hari lepas tu aku dibersalinkan...

Untuk kandungan kali ni... hari tu aku dah rasa semacam. Selalu dahaga... Berpeluh x tentu hala... Rupa2nya paras gula aku tinggi sikit. Masa check hari tu gula aku selepas puasa dan selepas minum air gula 5.3 / 8.8... Disebabkan lepas minum air gula resultnya tinggi, keesokkan harinya aku kena buat BSP. Dan resultnya 4.8/3.7/4.7/6.0... Ini pun aku kontrol makan. Kalau ikut makan mcm biasa, ntah mcm mana la resultnya. Alhamdulillah doktor kata ok. Kalau tidak x pasal2 kena insulin. Tapi kalau ikut doktor yang sorang lagi tu, dia kata bila seseorang tu sampai kena buat BSP, maknanya gula dia tinggi dan x boleh bersalin on the due date. Paling lewat adalah pada minggu ke 38.

Hmmm... ada 8 minggu lagi to go... Nervous pulak. Umar dulu induce. Yang ni xtau lagi induce juga atau aku sempat merasa sakit bersalin kat rumah @ kat opis dan terpaksa berkejar ke hospital. Lama lagi nak tunggu. Bukan lah x sabar, tapi 8 minggu ni macam2 boleh berlaku. Risau dibuatnya. Mudah2an ok lah sampai cukup masa... Aminnn~~!!

No comments: