Jumaat lepas Abg Din pegi meeting kat Singapore. Mula tu ingat nak ikut. Fikir2 balik, x jadi lah... banyak pulak nak kena spend nanti. Nak buat pasport Umar, kos kat sana lagi... Dah la gaji sebulan nak kena bertahan dekat 2 bulan. Pastu, nanti Abg Din meeting, aku ngan Umar pun terperap je kat bilik. Lagipun, perut pun dah 'besar'... apa2 hal nanti susah pulak...
Sebelum ni pun dah beberapa kali Abg Din outstation, tapi ni first time Abg Din outstation ke luar Malaysia selepas adanya Umar. Kalau sebelum ni, walaupun outstation 3,4 hari, hari2 Abg Din call cakap dengan Umar. Tapi sbb kali ni ke luar negara (bunyik cam jauh je), Abg Din xde la call, just sms je. Rupa2nya perkara ni terkesan dekat Umar...
Aku xtau lah samada kebetulan ke... Tapi aku rasa memang Umar rindu abah dia. Masa hari ke3, tengah main2, tiba2 Umar sebut Abah... 2,3x juga... La... siannya anak bujang aku tu. Pagi tadi... bangun2 tido, nangis x hengat, siap sebut abah... abah... Siannya... Sayu hati aku mendengarnya. Selalu2 tu xde pulak nangis mcm tu. Jadi aku mengesahkan yang memang Umar rindu abah sangat2.
Ibu pun rindu ^_^
No comments:
Post a Comment