Sunday, March 27, 2011

Its Our 3rd Anniversary~~!!

Alhamdulillah, hari ni 28 Mac 2011 genaplah 3 tahun usia perkahwinan Kak Ina dan Abg Din... Dan sempena meraikannya, petang semalam kami bawa anak-anak makan angin dan makan ikan di Gold Coast (wooowwww~~!!) atau nama Melayunya Bagan Lalang Sepang. Hehe...

Last Kak Ina ke sini x kurang 5 tahun yang lalu. Masa tu x happening macam skrg. Mungkin sejak ada resort atas air tu yang menyebabkan makin banyak peniaga, kedai2 makan, facilities. Siap ada petugas RELA lagi. Baywatch xde. Hehe...

Kami ke sini nak makan seafood + nak bawa anak2 main air... X sangka Umar yang sangggat suka mandi kolam, xnak main air. Kotor katanya... Hehe... Umairah pulak yang bukan main lagi, sampai nangis2 xnak keluar dari air... Daripada nak basah2 kaki je, sampai habis basah badan semua. X pasal2 kena bilaskan pulak. Tapi gambar Umairah main air xde, sbb dah x terkawal.

Jomm, kita tengok gambar...


Xtau sure nama resort ni apa... Lupa nak tengok... Tapi x outsiders x boleh masuk. Kalau x, nak juga pegi posing2...


2,2 nak ibu dukung. Pingsan~~!!



Umar baru bangun tido... Adik excited...



Cak~~!!


Umar tgh main bubble dgn abah



latest family potrait

Gambar makan, gambar lauk... sume xde sbb, umar: Ibu x payah ambik gambar!!!! xpayah! xpayah! haduhaii...

Next time boleh lagi pegi lagi... terkenang2 pulak ikan bakar, sotong, ketam, pepahat... nyumm~~!!

Wednesday, March 23, 2011

Insiden Loji Nuklear di Jepun

Entry ni sepatutnya dipost minggu lepas, tapi disebabkan beberapa kekangan, terpaksa delay...

Susulan dari bencana yang melanda Jepun, sms-sms yang membimbangkan malah menakutkan dunia telah tersebar dengan pantasnya. Kak Ina sendiri ada menerima sms-sms tersebut, tapi kita dinasihatkan agar tidak cepat melatah dengan menyebarkannya ke sana sini. Selidik dahulu kesahihahnnya. Semua itu akan mengkayakan syarikat telekomunikasi sahaja. Hehehe...

Petang semalam (15/03/2011), ofis Kak Ina buat taklimat tentang kemalangan di loji nuklear jepun. Alhamdulillah taklimat ni banyak memberi penjelasan yang dapat melegakan banyak pihak. Kak Ina xreti nak explain secara detail tentang proses-proses yang berlaku di dalam reaktor tu, tapi boleh la kalau nak share sikit2 info yang kak ina dapat... Ini pun takut tersalah tulis... ;-)

Sebagai mukadimah (susah nak cerita ni, kak ina ringkaskan supaya mudah difahami)... Reaktor nuklear mengalami kerosakan akibat terputus bekalan elektrik, bukan disebabkan oleh gempa bumi atau tsunami. Apabila berlaku kecemasan, reaktor yang sedang beroperasi akan dihentikan prosesnya (emergency shut down), menyebabkan proses penyejukan tidak berlaku secara normal. Untuk menyejukkan reaktor, cooling system memerlukan kuasa elektrik untuk mengepam air ke dalam reaktor.

Disebabkan proses ini gagal, haba di dalam reaktor yang berpunca dari didihan air telah menghasilkan satu tekanan yang tinggi yang menyebabkan letupan. Letupan adalah disebabkan oleh gas hidrogen yang terhasil dari tindakbalas wap dan sinaran di dalam teras reaktor. Letupan telah menyebabkan sebahagian bahan radioaktif terbebas dari reaktor.

Hingga hari ini (22/03/2011) air laut bercampur asid borik disuntik ke dalam bekas tekanan reaktor bertujuan menyerap neutron di dalam reaktor supaya tindak balas nuklear di dalamnya dapat dihentikan terus sehingga mencapai cold shut down yang selamat.

OK, persoalannya, adakah radiasi tersebut akan sampai ke Malaysia dan menjadi ancaman untuk rakyat Malaysia?
Kalau di Fukushima, memanglah radiasi yang terbebas tu bahaya buat mereka, tetapi untuk kita InsyaAllah radiasi tersebut tidak sempat sampai kerana semakin lama di dalam udara ia akan menjadi nuetral.

Ada juga yang bertanya: Bagaimana jika berlaku tiupan angin kencang atau puting beliung yang mempercepatkan perjalanan radiasi tersebut ke negara lain?
Jawapannya: puting beliung seperti washing machine, ia akan lebih mempercepatkan penuetralan radiasi tersebut.

Jadi, bagaimana radiasi dari Jepun boleh menjadi ancaman terhadap kita?
Melalui makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya yang diimport dari Jepun. Tapi kalau makanan tu dah sampai kat Malaysia sebelum bencana, janganlah korang buang pulak. Membazir je.

Sebagai tambahan, di Malaysia terdapat 6 pusat Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar, di mana antara tugas yang dijalankan oleh pusat ini adalah memantau sebarang kewujudan/peningkatan paras radiasi di udara.

Rasanya penerangan kat atas ni dah cukup jelas untuk menjawab sms hujan asid tu. Mari kita tengok pula sms tentang potassium iodate.

Ni penjelasan yang kak ina ambil dari wikipedia

-------------------------------------------------------------------------------------
Radiation Protection

Potassium iodate may be used to protect against accumulation of radioactive iodine in the thyroid by saturating the body with a stable source of iodine prior to exposure.[1] Approved by the World Health Organization for radiation protection, potassium iodate (KIO3) is an alternative to potassium iodide (KI), which has poor shelf life in hot and humid climates.[2] The UK, Ireland, Singapore, United Arab Emirates, and US states Idaho and Utah are known[by whom?] to stock potassium iodate in tablet form.[citation needed] It is not approved by the U.S. Food and Drug Administration (FDA) for use as a thyroid blocker, and the FDA has taken action against US websites that promote this use
--------------------------------------------------------------------------------------

Potassium iodate ni adalah ubat terkawal. Diingatkan ya, jangan cuba-cuba ambil potassium iodate, konon-kononnya sebagai langkah berjaga-jaga. Pengambilan sesuka hati akan menyebabkan anda dah xkan jaga-jaga lagi. Huhu... Potassium iodate ni sebenarnya diberi antaranya kepada pekerja kecemasan nuklear sahaja. Abaikan sahaja sms atau emel yang suruh makan potassium iodate lah, betadine lah... Kalau anda betul-betul sakit, sila berjumpa dengan doktor, jangan nak memandai sendiri. Kalau anda memang dah seorang doktor, x salahnya kalau anda consult juga dengan doktor lain.

Ok, rasanya sedikit-sedikit dapatlah kak ina bantu untuk meleraikan kebimbangan terutamanya di kalangan kawan-kawan Kak Ina yang ada bertanya. Tapi, sekiranya anda tidak berpuas hati, boleh la rujuk terus kepada (c).

a) Laman Web IAEA (www.iaea.org )

b) Laman Web Nuclear and Industrial Agency, Jepun (www.nisa.meti.go.jp )

c) Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian HOTLINE : 1800-88-7999

Kalau ada news baru, nanti kak Ina update...

Thursday, March 10, 2011

SAYA NAK HADIAH DARI MABUL ISLAND

http://idalatiff.blogspot.com/

Contest lagi? Hehe... Dah orang nak kasi hadiah, apa salahnya kita cuba kan.

Kenapa kak ina nak hadiah dari Mabul Island?

Kak ina ni memang dah lama teringin sangat nak pegi pulau, especially pulau-pulau di negeri
Sabah. Tapi apakan daya, faktor ekonomi, masa dan juga anak-anak yang masih kecil ni, membuatkan tiada kesesuaian untuk ke sana. Dan biasanya kalau pergi ke tempat-tempat tarikan pelancong ni memang la kak ina beli souvenir untuk kenang-kenangan iaitu tak lain x bukan magnet peti sejuk yang menjadi kegilaan kak ina kebelakangan ini. Senang cerita, kak ina nak hadiah dari Mabul Island, sbb kak ina nak tambah koleksi souvenir la.. Haha, macam la cik Eda nak bagi magnet peti sejuk atau barang-barang perhiasan. Buatnya dia bagi udang galah
ke? Haha...

Ok lah Eda, selamat bercuti. Balik nanti upload gambar banyak-banyak ya.

Sunday, March 6, 2011

Beryipa2 di Zoo Negara

Semalam Kak Ina dan Abg Din membawa si kenit2 tu berjalan ke Zoo Negara. Mak Ngah dan Iman pun ikut sama. Tambang masuk ke Zoo Negara agak 'toot'. RM20 untuk pemegang myKad (dewasa). Kanak-kanak x sure berapa, sbb si kenit2 tu belum cukup matang lagi. Hehe... Terpulang lah Tuan/Puan nak labelkan toot tu sebagai apa.


Main Entrance Zoo Negara. Masih lengang. Masa ni baru pukul 10am.




Mula-mula macam malas, tapi sebab dah janji dengan Umar nak bawa tengok gajah, pergi jugalah. Dan seperti selalu, Umar xmo jalan... Haiyooohhh... Kali ni abah la yang penat kena pikul dia. Kesian abah... Kami ronda pun x habis, sbb x larat. Banyak haiwan yang kami x lawat... seperti orang utan dan yang sewaktu dengannya, spesies reptilia, haiwan2 savanah, aquarium pun x masuk... huishh banyak rupanya tempat x pergi.

Tapi, zoo visit kali ni kak ina agak puas hati sbb selalu tu pegi haiwan2 memerap je kat tempat tido. Kali ni banyak haiwan yang dapat tengok dekat2, sbb haiwan tu datang kat kita... contohnya tapir, x pernah2 dapat tengok tapir pada jarak 2 meter.. ;-) rusa, siap dapat pegang hidung dia lagi... gajah pun nak salam ngan kak ina, tapi kak ina lari... haha... paling lama hadap, gajah la.. setengah jam ada kot... seronok la umar... tapi umairah kelakar... puas la kak ina tunjuk gajah, bila kak ina tanya dia, gajah mana dik? Dia tunjuk arah flamingo... Haha, anakku... Kesilapan dimaafkan, sbb adik baru nak masuk 11 bulan. Kekeke...

Dan sebelum balik, sempat kak ina shopping magnet peti sejuk 2 ketul. 1 gambar badak ternganga dengan tulisan zoo negara malaysia, 1 lagi magnet dengan gambar2 skycrappers dengan tulisan kuala lumpur, malaysia... RM8.90 1. Untuk makluman pengurusan zoo, magnet yang anda jual ni mahal ya... Sebab setakat magnet getah dan seramik yang x berapa besar tu, kat tempat tarikan pelancongan yang lain harga dia RM5 - RM7.90 sahaja. Tapi kak ina beli juga sebab magnet zoo hanya dijual dekat zoo je. Yang magnet Kuala Lumpur tu pulak, susah nak cari. Maybe kat KLCC ada, tapi alang-alang dah jumpa...

Okeyh... Setakat ini sahajalah kak ina bercoretan. dah lenguh dah bahu ni... Hehe... Mari kita melayan gambar pula... ;-)


Umar ngan adik. Adik tido lama. Stroller dah gegar2 pun still xde tanda nak bangun.




Abah beli tiket. Umar posing dulu.




Mak Ngah dan Iman




Makngah dengan 2 strollers




Sebelum start jalan, tukar pampers dulu. Rupanya toilet kat belakang kedai tu je... :P




Gajah, beruang, singa, bla-bla-bla sana. Badak, akuarium, bla-bla-bla sana. Haha




Information board je la... Gambar kelabu, gambar kandang yang jelas...




Lagi Information board...




Seronok tengok badak kali ni... Ada sekali tu, dia menyelam pastu dia sembur air macam ikan paus... Jangankan Umar, ibu pun kagum...




Ralit betul Umar & Iman tengok monyet. Time ni Umairah masih x bangun lagi...




Pukul 11 ada animal show. Dekat sejam juga shownya.




Ada pingu kat sini. Susah nak ambik gambar dia. Lincah sangat.




Acrobatik show oleh burung kakaktua




Singa laut




Fund activity. Orang yang nak menyumbang pegang duit, nanti burung ni collect. Tapi dia memilih juga, orang bagi RM5 dia xambik... Dah tu, trainer pun ajar pakai duit RM10. ;-)




Tapir... teruja tengok tapir pada jarak dekat. Tapi kejap je sbb dia malu terus masuk rumah...




Rusa jantan yang tengah berkubang. Dia bangun je kami pegi jauh, pasal dia akan kibas2 bulu badan. Kalau x jauh karang, x pasal2...




Rusa datang dekat. Lapar agaknya rusa ni. Tengok kat kandang dia daun-daun ada sikit je...




Kangaroo. Kecil2 je kangaroo nya... Mula-mula ingat kancil. Hehe...




Flamingo




Terpegun adik tengok zirafah




Fakta tentang zirafah. Thumbs up!




Gajah memang ramai peminat




Sebenarnya Umar dah ngantuk sangat time ni. Gajah punya pasal, besar balik mata dia... Hehe...




Gajah... Ada beberapa ekor juga... Besar wooo...




Flamingo




Berbackgroundkan flamingo. Tasik ni betul2 kat depan kandang gajah. Umairah lebih minat dengan bird...




Posing kat kandang gajah, gajahnya tengah berendam. Nampak kepala je...




En Gajah, nak bersalaman. Minta maaf encik, saya x salam bukan muhrim... Hoho...



Iman & Umairah.. dah kepenatan... ;-)

Selesai lawatan hari ini. Selain Zoo Negara, Kak Ina dah pegi Zoo Taiping, Zoo Melaka dan Zoo Singapore. Hasrat di hati nak sangat bawa anak-anak pegi Zoo Singapore pulak. Best! Gambar-gambar semasa Kak Ina di Zoo Singapore boleh la dilihat di album lama ni. Yang ni pulak gambar-gambar kat Zoo Negara masa kak Ina muda-muda. Haha... Enjoy~~!!

Thursday, March 3, 2011

GIVEAWAY 3 SPONSOR

Assalamualaikum, salam hormat, selamat pagi semua...



Waahhh... di pagi yang ceria ni, kak Ina sungguh excited nak menyertai giveaway. Actually nak hantar post ni semalam, 3hb3, jam 3:33... Sekali leka terlepas daaa... terus frust, hold dulu sampai perasaan excited itu kembali. Hehe... Dan ini juga adalah GA pertama yang kak ina sertai. GA yang ada sebelum-sebelum ni x tergerak pulak nak cuba, mungkin GA kali ni ada seribu pengertian buat kak ina. Manalah tahu, kot-kot termenang (haha perasan), selain daripada dah ada 3 insan tersayang, abang Din, Umar dan Umairah, dapatlah kak ina hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke3 yang akan jatuh pada 28hb3/23 Rabiulakhir ni. Senyum lebar-lebar...

Ok, times up! Ada 3 tasks lagi belum siap... Hati pun sedang berdebar-debar sebab Abg Din sedang interview naik pangkat. Mudah2an berjaya lah... Kali ke-3 dah ni... Hehe

Opss... lupa, dengan rasa bangga, kak Ina nak tag adik opis kak ina yang 3C (comel, cun, cute) KatakGomokSulie dengan ucapan: Nak tunggu apa lagi Su, 3 tahun lagi dah masuk 3 series...~~!! Hahahaliow...