Sunday, March 6, 2011

Beryipa2 di Zoo Negara

Semalam Kak Ina dan Abg Din membawa si kenit2 tu berjalan ke Zoo Negara. Mak Ngah dan Iman pun ikut sama. Tambang masuk ke Zoo Negara agak 'toot'. RM20 untuk pemegang myKad (dewasa). Kanak-kanak x sure berapa, sbb si kenit2 tu belum cukup matang lagi. Hehe... Terpulang lah Tuan/Puan nak labelkan toot tu sebagai apa.


Main Entrance Zoo Negara. Masih lengang. Masa ni baru pukul 10am.




Mula-mula macam malas, tapi sebab dah janji dengan Umar nak bawa tengok gajah, pergi jugalah. Dan seperti selalu, Umar xmo jalan... Haiyooohhh... Kali ni abah la yang penat kena pikul dia. Kesian abah... Kami ronda pun x habis, sbb x larat. Banyak haiwan yang kami x lawat... seperti orang utan dan yang sewaktu dengannya, spesies reptilia, haiwan2 savanah, aquarium pun x masuk... huishh banyak rupanya tempat x pergi.

Tapi, zoo visit kali ni kak ina agak puas hati sbb selalu tu pegi haiwan2 memerap je kat tempat tido. Kali ni banyak haiwan yang dapat tengok dekat2, sbb haiwan tu datang kat kita... contohnya tapir, x pernah2 dapat tengok tapir pada jarak 2 meter.. ;-) rusa, siap dapat pegang hidung dia lagi... gajah pun nak salam ngan kak ina, tapi kak ina lari... haha... paling lama hadap, gajah la.. setengah jam ada kot... seronok la umar... tapi umairah kelakar... puas la kak ina tunjuk gajah, bila kak ina tanya dia, gajah mana dik? Dia tunjuk arah flamingo... Haha, anakku... Kesilapan dimaafkan, sbb adik baru nak masuk 11 bulan. Kekeke...

Dan sebelum balik, sempat kak ina shopping magnet peti sejuk 2 ketul. 1 gambar badak ternganga dengan tulisan zoo negara malaysia, 1 lagi magnet dengan gambar2 skycrappers dengan tulisan kuala lumpur, malaysia... RM8.90 1. Untuk makluman pengurusan zoo, magnet yang anda jual ni mahal ya... Sebab setakat magnet getah dan seramik yang x berapa besar tu, kat tempat tarikan pelancongan yang lain harga dia RM5 - RM7.90 sahaja. Tapi kak ina beli juga sebab magnet zoo hanya dijual dekat zoo je. Yang magnet Kuala Lumpur tu pulak, susah nak cari. Maybe kat KLCC ada, tapi alang-alang dah jumpa...

Okeyh... Setakat ini sahajalah kak ina bercoretan. dah lenguh dah bahu ni... Hehe... Mari kita melayan gambar pula... ;-)


Umar ngan adik. Adik tido lama. Stroller dah gegar2 pun still xde tanda nak bangun.




Abah beli tiket. Umar posing dulu.




Mak Ngah dan Iman




Makngah dengan 2 strollers




Sebelum start jalan, tukar pampers dulu. Rupanya toilet kat belakang kedai tu je... :P




Gajah, beruang, singa, bla-bla-bla sana. Badak, akuarium, bla-bla-bla sana. Haha




Information board je la... Gambar kelabu, gambar kandang yang jelas...




Lagi Information board...




Seronok tengok badak kali ni... Ada sekali tu, dia menyelam pastu dia sembur air macam ikan paus... Jangankan Umar, ibu pun kagum...




Ralit betul Umar & Iman tengok monyet. Time ni Umairah masih x bangun lagi...




Pukul 11 ada animal show. Dekat sejam juga shownya.




Ada pingu kat sini. Susah nak ambik gambar dia. Lincah sangat.




Acrobatik show oleh burung kakaktua




Singa laut




Fund activity. Orang yang nak menyumbang pegang duit, nanti burung ni collect. Tapi dia memilih juga, orang bagi RM5 dia xambik... Dah tu, trainer pun ajar pakai duit RM10. ;-)




Tapir... teruja tengok tapir pada jarak dekat. Tapi kejap je sbb dia malu terus masuk rumah...




Rusa jantan yang tengah berkubang. Dia bangun je kami pegi jauh, pasal dia akan kibas2 bulu badan. Kalau x jauh karang, x pasal2...




Rusa datang dekat. Lapar agaknya rusa ni. Tengok kat kandang dia daun-daun ada sikit je...




Kangaroo. Kecil2 je kangaroo nya... Mula-mula ingat kancil. Hehe...




Flamingo




Terpegun adik tengok zirafah




Fakta tentang zirafah. Thumbs up!




Gajah memang ramai peminat




Sebenarnya Umar dah ngantuk sangat time ni. Gajah punya pasal, besar balik mata dia... Hehe...




Gajah... Ada beberapa ekor juga... Besar wooo...




Flamingo




Berbackgroundkan flamingo. Tasik ni betul2 kat depan kandang gajah. Umairah lebih minat dengan bird...




Posing kat kandang gajah, gajahnya tengah berendam. Nampak kepala je...




En Gajah, nak bersalaman. Minta maaf encik, saya x salam bukan muhrim... Hoho...



Iman & Umairah.. dah kepenatan... ;-)

Selesai lawatan hari ini. Selain Zoo Negara, Kak Ina dah pegi Zoo Taiping, Zoo Melaka dan Zoo Singapore. Hasrat di hati nak sangat bawa anak-anak pegi Zoo Singapore pulak. Best! Gambar-gambar semasa Kak Ina di Zoo Singapore boleh la dilihat di album lama ni. Yang ni pulak gambar-gambar kat Zoo Negara masa kak Ina muda-muda. Haha... Enjoy~~!!

No comments: