Entry ni sepatutnya dipost minggu lepas, tapi disebabkan beberapa kekangan, terpaksa delay...
Susulan dari bencana yang melanda Jepun, sms-sms yang membimbangkan malah menakutkan dunia telah tersebar dengan pantasnya. Kak Ina sendiri ada menerima sms-sms tersebut, tapi kita dinasihatkan agar tidak cepat melatah dengan menyebarkannya ke sana sini. Selidik dahulu kesahihahnnya. Semua itu akan mengkayakan syarikat telekomunikasi sahaja. Hehehe...
Petang semalam (15/03/2011), ofis Kak Ina buat taklimat tentang kemalangan di loji nuklear jepun. Alhamdulillah taklimat ni banyak memberi penjelasan yang dapat melegakan banyak pihak. Kak Ina xreti nak explain secara detail tentang proses-proses yang berlaku di dalam reaktor tu, tapi boleh la kalau nak share sikit2 info yang kak ina dapat... Ini pun takut tersalah tulis... ;-)
Sebagai mukadimah (susah nak cerita ni, kak ina ringkaskan supaya mudah difahami)... Reaktor nuklear mengalami kerosakan akibat terputus bekalan elektrik, bukan disebabkan oleh gempa bumi atau tsunami. Apabila berlaku kecemasan, reaktor yang sedang beroperasi akan dihentikan prosesnya (emergency shut down), menyebabkan proses penyejukan tidak berlaku secara normal. Untuk menyejukkan reaktor, cooling system memerlukan kuasa elektrik untuk mengepam air ke dalam reaktor.
Disebabkan proses ini gagal, haba di dalam reaktor yang berpunca dari didihan air telah menghasilkan satu tekanan yang tinggi yang menyebabkan letupan. Letupan adalah disebabkan oleh gas hidrogen yang terhasil dari tindakbalas wap dan sinaran di dalam teras reaktor. Letupan telah menyebabkan sebahagian bahan radioaktif terbebas dari reaktor.
Hingga hari ini (22/03/2011) air laut bercampur asid borik disuntik ke dalam bekas tekanan reaktor bertujuan menyerap neutron di dalam reaktor supaya tindak balas nuklear di dalamnya dapat dihentikan terus sehingga mencapai cold shut down yang selamat.
OK, persoalannya, adakah radiasi tersebut akan sampai ke Malaysia dan menjadi ancaman untuk rakyat Malaysia?
Kalau di Fukushima, memanglah radiasi yang terbebas tu bahaya buat mereka, tetapi untuk kita InsyaAllah radiasi tersebut tidak sempat sampai kerana semakin lama di dalam udara ia akan menjadi nuetral.
Ada juga yang bertanya: Bagaimana jika berlaku tiupan angin kencang atau puting beliung yang mempercepatkan perjalanan radiasi tersebut ke negara lain?
Jawapannya: puting beliung seperti washing machine, ia akan lebih mempercepatkan penuetralan radiasi tersebut.
Jadi, bagaimana radiasi dari Jepun boleh menjadi ancaman terhadap kita?
Melalui makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya yang diimport dari Jepun. Tapi kalau makanan tu dah sampai kat Malaysia sebelum bencana, janganlah korang buang pulak. Membazir je.
Sebagai tambahan, di Malaysia terdapat 6 pusat Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar, di mana antara tugas yang dijalankan oleh pusat ini adalah memantau sebarang kewujudan/peningkatan paras radiasi di udara.
Rasanya penerangan kat atas ni dah cukup jelas untuk menjawab sms hujan asid tu. Mari kita tengok pula sms tentang potassium iodate.
Ni penjelasan yang kak ina ambil dari wikipedia
-------------------------------------------------------------------------------------
Radiation Protection
Potassium iodate may be used to protect against accumulation of radioactive iodine in the thyroid by saturating the body with a stable source of iodine prior to exposure.[1] Approved by the World Health Organization for radiation protection, potassium iodate (KIO3) is an alternative to potassium iodide (KI), which has poor shelf life in hot and humid climates.[2] The UK, Ireland, Singapore, United Arab Emirates, and US states Idaho and Utah are known[by whom?] to stock potassium iodate in tablet form.[citation needed] It is not approved by the U.S. Food and Drug Administration (FDA) for use as a thyroid blocker, and the FDA has taken action against US websites that promote this use
--------------------------------------------------------------------------------------
Potassium iodate ni adalah ubat terkawal. Diingatkan ya, jangan cuba-cuba ambil potassium iodate, konon-kononnya sebagai langkah berjaga-jaga. Pengambilan sesuka hati akan menyebabkan anda dah xkan jaga-jaga lagi. Huhu... Potassium iodate ni sebenarnya diberi antaranya kepada pekerja kecemasan nuklear sahaja. Abaikan sahaja sms atau emel yang suruh makan potassium iodate lah, betadine lah... Kalau anda betul-betul sakit, sila berjumpa dengan doktor, jangan nak memandai sendiri. Kalau anda memang dah seorang doktor, x salahnya kalau anda consult juga dengan doktor lain.
Ok, rasanya sedikit-sedikit dapatlah kak ina bantu untuk meleraikan kebimbangan terutamanya di kalangan kawan-kawan Kak Ina yang ada bertanya. Tapi, sekiranya anda tidak berpuas hati, boleh la rujuk terus kepada (c).
a) Laman Web IAEA (www.iaea.org )
b) Laman Web Nuclear and Industrial Agency, Jepun (www.nisa.meti.go.jp )
c) Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian HOTLINE : 1800-88-7999
Kalau ada news baru, nanti kak Ina update...
No comments:
Post a Comment