Wednesday, November 7, 2012

Jondis Bayi

"Ibu darah jenis apa?"
"Ibu ada makan jamu x?"
"Teruskan penyusuan 2jam sekali"

Di atas adalah soalan2 lazim ditanya dan saranan biasa oleh doktor2 di kebanyakan klinik kesihatan ketika pemeriksaan jondis bayi dijalankan...

3 orang anak Kak Ina, ke3,3nya mengalami jondis. Umairah paling lama.. mencecah 3 minggu... Kalau dibaca/google2 di sana-sini, jondis berpunca daripada peningkatan tahap bilirubin di dalam tubuh bayi... bilirubin adalah sel darah merah yang terurai... penerangan details apakah bilirubin dan macam mana rupanya, Kak Ina xtahu... Hehe... unit sukatannya pun kak ina xpasti, tapi kebiasaan di klinik kesihatan sukatannya dalam unit mg.. pernah dengar orang bercerita sehingga kuning anaknya beratus2, tapi x pasti itu disukat dlm unit apa... 

Biasanya kalau bacaan 10mg dan ke atas, doktor akan cakap kuningnya tinggi.. Hanya selepas bacaan turun sehingga ke bawah 10mg barulah doktor 'discaj' bayi dari melakukan ujian darah. bacaan bilirubin yang 'cantik' ialah 5-6mg... Lebih dari 20mg biasanya bayi perlu melalui teknik phototerapi iaitu dibaringkan di bawah sinar lampu. Sekiranya tahap bilirubin terus meningkat sehingga mencecah 25mg, darah bayi perlu ditukar.. Isk.. nauzubillah...

Antara punca-punca bacaan bilirubin tinggi adalah:
- bayi kurang menyusu
- bayi lahir pramatang
- darah bayi dan ibu tidak sepadan
- ibu menghidap kencing manis
- ada lagi kot, kak ina kurang google pula...

Kak Ina rasa masa zaman mak2 kita dulu, kurang sangat kes kanak2 terkena jondis. Adakah sebenarnya jondis ni  berpunca daripada faktor pemakanan di zaman ini. Kalau dulu orang risau kalau bayi terkena jondis, tapi hari ni orang bernada hairan kalau bayi xada jondis. Betul x?

Cara nak mencegah dari terkena jondis Kak Ina xtahu. Tapi berdasar pengalaman bagaimana nak menurunkan bacaan bilirubin, Kak Ina hanya kerap susukan anak & Kak Ina jaga pemakanan Kak Ina... Ramai orang yang memberi pelbagai petua, seperti beri anak minum susu kambing, minum glukos.. ada juga yang cakap beri ibu yang minum... ada yang beri petua mandikan dengan daun sekian2, x kurang juga yang suruh jemur di bawah sinaran mentari pagi... Tapi kak ina x buat pun sebab risau memburukkan lagi keadaan. Kebanyakan orang yang bagi idea tu x pernah cuba pun, masing2 dengar2 dari orang lain juga... Jadi kenapa Kak Ina perlu pertaruhkan kesihatan anak2 kak Ina... 

Menyentuh bab ibu perlu jaga pemakanan, ini terjadi pada anak kak ina yang bongsu, Umran. Kak ina tersilap makan sup yang berempah dan ayam masak lada hitam... Kononnya untuk panaskan badan, bagus untuk orang lepas bersalin. Sekali bacaan bilirubin Umran meningkat.. Dah la lambat nak turun, tanpa disengajakan Kak Ina menaikkan pula... Jadi, pesan Kak Ina untuk ibu-ibu baru melahirkan dan anaknya terkena jondis, harap jaga pemakanan puan-puan. Buat sementara waktu elakkan makan makanan yang panas, seperti jamu, lada hitam, rempah2... dan yang lain2 boleh la agak2 sendiri... Kalau x percaya boleh la cuba, bukan cuba x makan, cuba makan... tengok bacaan ujian darah tu naik x nanti.. heheheh..

Diharap penyakit jondis ni x dipandang enteng.. Memang ia satu penyakit yang sangat common di kalangan bayi baru lahir di zaman ini, tapi jondis boleh mengundang parah. Kalau tidak dikawal ia boleh menyebabkan penyakit hati dan paling teruk boleh membawa maut..

Untuk bacaan lebih details boleh la ke sini, sini dan banyak lagi..

Daaaaaaaaaaaaaa

Pembetulan... jaundice level >> mg/dl
  

No comments: