Tuesday, November 6, 2012

Kaedah Merancang Keluarga

Assalamualaikum,

Lambat betul nak tunaikan 'janji'... Dalam post bersalin Umran kot, Kak Ina ada cakap nak tulis pasal kaedah merancang keluarga kan... tapi sbb dah lama tertangguh, Kak Ina pun dah x ingat sangat point2 yang nak ditulis.. Hantam sajalah...

Basically, kaedah perancang keluarga ni ada beberapa kaedah. Kak Ina dapat info ni daripada doktor2, nurse2, kawan2, pakcik google dan juga menonton topik ini di kaca tv. Tujuan merancang keluarga, x lain x bukan untuk menjarakkan kehamilan atas faktor2 tertentu... So far, Kak Ina belum lagi menggunakan mana2 kaedah perancang... Sbb tu anak2 Kak Ina rapat2 usianya... Tapi Kak Ina xnak sebut kehamilan tu sebagai 'accident' atau sebagainya sbb anak2 adalah anugerah Allah. Kalau Allah x izin, rancang macam mana pun mesti xdpt/dapat... Haha, faham ke x ni?

Ok, ada beberapa kaedah merancang. Antaranya, pil perancang, suntikan perancang, tanam implan, IUCD dan kaedah semulajadi.

Pil perancang: Kena makan setiap hari secara konsisten. Maksudnya, kalau semalam makan jam 10 mlm, hari ni pun silalah makan jam 10 mlm juga. Dan begitulah seterusnya. Xboleh hari ni makan, esok x makan. Juga tidak ada istilah lupa... Kalau rasa2 diri tu pelupa, lupakanlah kaedah ni.. Hehehe...

Suntikan perancang: Suntikan perlu diambil di klinik pada tempoh2 tertentu. Kak Ina xingat sekali dalam berapa bulan... setiap 3 bulan kot...

Tanam implan (Implanon): Sejenis alat yang dipasang di bawah kulit.

Untuk 3 kaedah di atas, ramai mengatakan ada kesan sampingan terhadap hormon. Di mana, fizikal mengalami pertambahan kilogram. Tetapi kebanyakan pil, suntikan dan implan yang ada hari ini telah ditambahbaik berbanding yang terdahulu, di mana ianya tidak lagi memberi kesan pada hormon. Apa yang kak ina tulis ni adalah penerangan dari seorang doktor yang dijemput di rancangan Wanita Hari Ini (kak ina x ingat siapa nama dia). Tapi doktor tu doktor lelaki, dia x cuba pun semua2 kaedah tu. Oh ya, kesan sampingan terhadap hormon tu bukan setakat kenaikan berat badan sahaja, tetapi... ada seorang kawan Kak Ina cakap, dia mengalami emosi yang tidak stabil semasa menggunakan suntikan perancang. Huuu... macam2.. bertambah kusutlah Kak Ina nak buat keputusan.. 

IUCD: Alat yang dipasang di dalam rahim.. Setakat yang kak ina dengar/jumpa orang yang menggunakan kaedah ini semuanya mengaku, kaedah ini menyebabkan period heavy iaitu aliran period lebih banyak dan lebih lama tempohnya... oohh i hate! Dan dari pembacaan kak ina, ada juga yang mengatakan kaedah ini boleh menyebabkan jangkitan kuman dan ada potensi termengandung di luar rahim.Yang ini kak ina x pasti sebab xdengar secara verbal lagi tentang ini.

Kaedah semulajadi: Kaedah yang paling tidak selamat sekali... Haha... dimana pasangan melakukan persetubuhan bukan pada hari subur / mengeluarkan air mani di luar rahim. 

Selain daripada kaedah2 di atas, boleh juga menggunakan kaedah kondominium @ kaedah laktasi... Menurut Dr Fazilah (bukan pakar motivasi tu ya), kaedah laktasi selamat sekiranya menyusu badan penuh sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Buat masa ni Kak Ina menggunakan teknik ini. Tapi hati tetap x konfiden. Huhu, kena fikirkan nak guna kaedah yang mana selepas ni...

Ok, untuk pengetahuan yang lebih details, seperti bagaimana kaedah penggunaan, apa terms & condition, kesan2nya boleh refer kat salah satu daripada link yang banyak di laman google ni...

No comments: