Assalamualaikum...
Hari ni terasa nak tulis tentang bertuam bayi dan bertungku ibu pulak... Asal2nya, Kak Ina geramkan kes nak beli tuam bayi...
Google2 kat internet, tuam bayi ni kosnya sekitar RM10 je. Pernah Kak Ina jumpa RM6 je satu harganya... Tapi sebab beli online nak cover kos pos RM6 rasa mcm mahal lah pulak... Lainlah kalau nak beli produk2 lain sekali kan... Pastu, Kak Ina pun berjalanlah ke Warta Bangi. Kat Warta memang banyaaakkk kedai & kiosk jamu2, barang2an ibu bersalin & bayi baru lahir ni. Ada satu kiosk tu sampai RM18.90 dijualnya tuam bayi tu. Tak agak2 nak mencekik darah. Issyhh geram pulak haku, jangan haraplah nak membeli. Pastu boleh pulak kiosk bersebelahan, jual tuam bayi yang sama dengan harga RM12 je.
Sebab malas nak meronda lagi, Kak Ina beli je lah yang harga RM12 tu. Boleh la diterima akal lagi. Tapi sebenarnya tuam bayi ni boleh dibuat sendiri pun. Tinggal lagi penyakit M tu besar sangat... Haha M=Malas. Ye la, nak cari kain bungkus (padahal pakai handkerchief pun boleh. Ngade!), nak cari rempah ratus... baik beli je.. :P
Masa Umar dulu Kak Ina bunjut2 je sapu tangan 2,3 helai... pastu tuam je perut dan lolo dia. Xde pulak rempah ratus bagai. Kosong je. Bila dah bersalin Umairah, baru tahu ada tuam bayi readymade berserta rempah ratus, dan ada juga yang ada doa... Patut la Umar dulu kolik tahap kronik. Asal malam je nangis, masuk senja je, satu rumah dah fobia.. Sian Umar... rupanya angin x lepas. Anak sulunglah katakan. Semua pun Ibu xtahu nak...
Apa pentingnya tuam bayi ni?
Ok, seperti diketahui umum (ramai yang x tahu sbnrnya) bayi yang baru lahir especially yang dalam pantang ni, dia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan suhu, cuaca, persekitaran etc dunia ni. Jadi bila terdedah sikit, tersejuk sikit, salah gaya menyusu boleh menyebabkan bayi dimasuki angin, lalu terjadilah kembung perut. Jadi dengan bertuam, angin2 di dalam perut tu dapat dikeluarkan... melalui kuntut @ sedawa... Kalau bayi lelaki pula, elok dituam lolonya bagi mengelakkan angin pasang. Eh memandai je Kak Ina ni kan... Kikiki.. Eh betullah... kalau x caya gi google, tanya doktor @ tanya orang veteren. Jangan tanya bidan, nanti kena 'ceramah'. Haha...
BEBEL SIKIT --- Kak Ina perhatikan ibu2 zaman moden ni peloseh dan ambil mudah sangat benda2 macam ni. Kak Ina pun ibu zaman moden juga, ibu malas juga, tapi tidaklah ambil enteng sangat benda2 macam ni. Kesian anak. Ibu2 kadang2 nak jaga perasaan sendiri je. Habis2 pantang dah bawa anak bersiar2.. Pegi pasaraya lah, taman permainan lah.. Pastu mula la anak tu terlolong2 masuk angin. Haisshhh... Anak tu kan belum imun lagi. Setakat kembung perut sehari semalam boleh solve ok lah. Kalau dapat penyakit lain? Penyakit kronik pulak? Lu pikirlah sendiri.... ----
Tuam bayi ni senang je. Biasanya Kak Ina tuamkan selepas mandi. Tapi kena buat cepat2lah... Sian baby pas mandi, togel2 tu ibu teregeh2 nak tuam la nak itu la nak inilah... Sejuk dia... Kalau zaman skrg ni ada yang panaskan tudung periuk pastu tekapkan tuam tu kat tudung periuk, dengan kepanasan yang sesuai, tuamkan kat perut bayi. Ada juga yang guna seterika.. Iskkk... Kak Ina rasa macam bahaya je... Kaedah Kak Ina... guna lilin. Alaa mcm time xde letrik.. letak la lilin tu dalam pasu seramik (untuk elakkan lilin jatuh, kang terbakar pulak).. pastu, 'joget2kan' (apa tah perkataan yang sesuai) tuam tu atas api tu.. agak2 dah panas dengan suhu yang boleh diterima kulit bayi, tuamlah kat perut bayi... Cara tuam tu, tekan2lah sikit.. setakat letak2 je xde la kesannya...Cara nak tahu suhu tu sesuai dengan perut bayi atau tak, sebelum tuam ke perut bayi, tuam kat belakang tapak tangan kita dulu.. Tapi, kaedah Kak Ina ni akan menyebabkan tuam tu cepat la bertukar kalernya... dari corak2 yang comey2 tu kepada warna jelaga.. Haha.. xjadi masalah pun...
Ok, habis cerita tuam bayi.. Jom cerita tungku ibu pulak...
Kenapa ibu lepas bersalin kena bertungku?
Sebab, proses ini dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang
selepas bersalin di samping dapat memperbetulkan serta melancarkan perjalanan
darah. Biasanya darah nifas akan mengalir lebih lancar selepas bertungku. Xcaya, sape yang x pernah bertungku, sila cuba...
Kak Ina bertungku guna batu sungai... Batu sungai tu saiznya.. erm.. adalah sesaiz mug air. Senang je. Panaskan je batu sungai tu atas dapur gas. Kemudian bungkus dalam kain batik. Nak angkat batu dari api jangan pakai tangan je. Panas wei. Ada yang pegi spital kang. Peganglah dengan kain tebal2 sikit. Pakai surat khabar pun boleh. Bungkus, ikat kemas2, pastu tungkulah di sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari, bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada). Tekan2 sikit, bagi panas tu meresap dalam kulit. Ada juga yang tungku kat kaki & tumit... Yang pentingnya bertungku ni adalah kepanasannya bukan berat tungku tu taw. Pernah seorang doktor ni cakap bertungku boleh menyebabkan pendarahan. Alahai doktor, susahlah nak komen. Ni lah kaedah tradisional yang dah diamalkan sejak turun temurun lagi. Statement tu statement menyeronokkan orang malas je doktor... Bertungku ni penting masa awal2 pantang je. Supaya jangan ada darah beku tertinggal dalam peranakan. Orang yang kuat berpantang & rajin je yang akan bertungku sampai habis 44 hari. Kak Ina bertungku dalam 2 minggu je. Pagi & petang. Ada gak la nak curik2 tulang tapi ada inspektor (mak) yang akan selalu tanya, dah tungku ke belum? Haha... Atau lebih best, mak kejut je dari tido sambil hulur batu tungku. Senang (untung), xyah susah2 nak bangun panaskan tungku...
La ni, lagi la... Macam2 gaya & rupa tungku ada. Ada yang macam cota (tapi besilah. Kayu mana mau panas, terbakar ada), ada yang macam tuam bayi, tapi kena panaskan dalam kukus. Kak Ina pernah beli, tapi x pernah guna, rasa mcm: kalau kukus, basahlah dia.. :P.. ada gak yang pakai letrik, rupanya macam bantal kecik... pastu letak je kat perut. Macam2... Yang paling best tu, tadi Kak Ina jumpa satu blog jual tungku batu sungai. RM25 sebijik ko! Tu belum kira kos pos lagi. Terkejut mak... Batu pun boleh duit.. isk, xyah la... sementara pegi berkelah tu ambik la seketul dua batu bawak balik, reserved kot2 nak guna masa berpantang nanti.
Hoccay.. tu je nak dicorat-coretkan hari ni... Belum cuti bersalin lagi, tapi dah start citer2 dalam pantang.. Haha.. teruja... Daaaa~~!!
Hari ni dah 36w. \:D/
No comments:
Post a Comment