Assalamualaikum/Salam Hormat,
Tadi Kak Ina google2 tentang makanan yang boleh banyakkan susu, tetiba terjumpa citer tentang manjakani... Sape2 yang xtahu apa tu manjakani... Ni ha dia benda alahnya...
Sumber gambar & cerita ada di sini. |
3x Kak Ina bersalin, 3,3x jugalah Kak Ina mendapat hirisan episotomi. Apa tu episotomi? Episotomi adalah pengguntingan kulit dan otot antara vagina dan anus yang bertujuan melebarkan jalan lahir. Disebabkan kena gunting, maka kenalah jahit semula... Dan luka jahit tu perlu dijaga samalah macam orang yang kena cesear.
Caranya mudah je... basahkan sebiji buah manjakani dengan air. Kemudian gosokkan pada objek kasar. Biasanya Kak Ina gosok di belakang lesung batu/pasu seramik. Air2 yang terhasil tu, dicalitkan/disapu pada jahitan. Boleh amalkan pagi dan petang. InsyaAllah cepat baik lukanya... Boleh la amalkan sekitar 2,3 minggu @ sehingga luka telah pulih... Sebenarnya boleh juga dijadikan bahan pencuci miss V.. xyah la susah2 gi beli produk2 yang dah tentu banyak bahan kimianya...
Buah manjakani ni murah je. Biasanya Kak Ina beli kat kedai hindustan. Xpasti pula kenapa di situ mudah untuk mendapatkannya. :D
Selain daripada tu, manjakani ni memanglah sangat baik especially dalam bab keintiman & kesihatan wanita ni. Antaranya:
- Awet Muda – Antioksida melambatkan proses penuaan sel.
- Pencegahan Kencing Manis – Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.
- Pencegahan barah payudara dan rahim – Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan barah rahim.
- Pencegahan bau yang tidak diingini – Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
- Memulih otot dalaman faraj – Tannin pada manjakani khabarnya mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar atau kendur.
- Mengawal lendir dan lelehan faraj – Astringen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.
- Mengecutkan tisu-tisu – Astringen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
- Menegangkan dan mencantikkan kulit – Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
Cara-cara penggunaan.. salah satu seperti yang Kak Ina terangkan di atas. Satu lagi ialah dengan minum air rebusan manjakani. Disebabkan Kak Ina x pernah cuba, Kak Ina pun x dapat nak explain macam mana sukatannya... Cuma satu yang Kak Ina tahu, kalau terlebih minum, ada mudaratnya.. Jadi, eloklah google2 atau tanya pada yang berpengalaman sebelum buat experimen ya...
Ok, tu je nak cerita.. sharing is caring.. Daaa~~!!
No comments:
Post a Comment