Monday, May 18, 2015

Kakak ni memang kelakar

Ibu belikan Umar Lego.. 
Umar berjaya pasang sendiri tanpa bantuan.. 
Ibu nak tunjuk dekat cik jul.. 
Ambik gambar.

Ibu: Ala.. apa x senyum? Lagi sekali.

Ibu: Hmmpphh... goyanglah pulak.. sekali lagi...
**kakak dah start dah...

Ko memang macam2 kan kakak... hehehe...

Tuesday, May 5, 2015

Tareem Hadramawt Restron

Tareem Hadramawt Restron ni merupakan restron nasi arab yang wallahhh... :D


Terletak di Taman Sepakat Indah, Sg Chua Kajang, restron ini dikelilingi oleh komuniti Arabian.. kebanyakan penduduk di situ adalah Arabian, kedai-kedai pun banyak menjual produk Arabian... Xkisahlah.. apa yang Kak Ina nak cerita, nasi arabnya memang sedap. Sedap dan harganya lebih murah dari 80% restrons nasi arab yang lain. Kami anak beranak agak kerap juga makan di sini. Selain dari faktor sedap, anak-anak sukakannya dan makan dengan berselera sekali. Jadi nilai yang kami bayar tu x seberapa sangat jika nak dibandingkan dengan rasa berbaloi kalau anak dapat makan kenyang.

Feveret kami ialah:
- Lamb burmah with rice
- Chicken/lamb haneeth
- Chicken/lamb kabshah
- Mayonese salad
- Egg eyon << yang ni sebenarnya roti arab serve dengan telo 2 biji..
- & adani tea with milk

Umairah SANGAT suka makan kamben. Menurun ayahnya. Umar, makan nasi semata pun memadai... Adnin pun sama. Naufal lebih gemar menghirup sup. Tapi biasanya Kak Ina akan makesure anak-anak makan nasi dan lauk sekali.

Buat entry pasal nasi arab ni dah rasa teringin pulak. Huhu.. berat nangnang kata orang ganu. :D

Lamb Burmah... sodap

 
Kabsah... ni pun sedap
   
 
Mandy.. nasi dia lebih kuning

 
adani tea with milk.. teh susu sebenarnya... tp dia letak daun pudina
Kami mesti pilleyy.. :D


pst: kalau nak tau, nasi arab ni lagi sedap dari nasi arab damsyik kat senawang tu.. two thumbs up~~!!

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Hajat nak ke sini dah lama. Tapi baru kali ni kesampaian.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan merupakan satu-satunya pusat perlindungan gajah di Malaysia. Terletak di Kuala Gandah, Pahang, Pusat ini merupakan lokasi penempatan semula bagi gajah-gajah yang diselamatkan dari serata Semenanjung Malaysia. Gajah-gajah di sini dijaga, dirawat dan dijinakkan. Ada juga gajah yang dilatih bagi membantu proses pemindahan gajah liar ke pusat ini.

Selain itu, pusat gajah ini juga bertujuan memberi kesedaran awam berkaitan dengan isu-isu pemuliharaan gajah di Malaysia. Pusat ini juga menyokong aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan translokasi gajah dan pemuliharaan. Dibuka kepada pelawat sepanjang tahun, pusat ini menyediakan aktiviti untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan spesies dan perlindungan habitat.


Antara aktiviti yang disediakan di Pusat Konservasi Gajah ini adalah:

- tayangan video pemindahan gajah liar ke pusat ini,
- aktiviti memberi gajah makan,
- aktiviti mandi bersama gajah, dan
- persembahan gajah.

Rezeki anak-anak, kami sempat merasai pengalaman kesemua aktiviti tersebut. Kecuali aktiviti mandi, kami hanya melihat sahaja. ;-)

Tiada sebarang caj masuk dikenakan. Walau bagaimanapun sumbangan adalah sangat dialu-alukan bagi menyokong dan membantu usaha konservasi ini.

Enjoy the piccas~~!!












Monday, May 4, 2015

Sepetang di Muar

Bulan Februari yang lalu kami pulang ke Chaah. Sempat juga kami mencuri masa berjalan ke Muar. Di sana kami bersiar-siar di sekitar Tanjung Emas. Apa yang menarik di Tanjung Emas ni?


 
Di Tanjung Emas terletaknya Dataran Tanjung Emas yang menjadi tempat pengunjung membuat pelbagai aktiviti riadah samada di sebelah pagi mahupun petang. Senamrobik, berbasikal, membawa anak2 bermain di taman2 permainan dan lain-lain lagi. Di sini juga terletaknya Jeti Tanjung Emas yang menawarkan perkhidmatan bot menyelusuri Sungai Muar. Kami x ketinggalan menaiki bot. Biasa-biasa sahaja, tapi nak hiburkan anak-anak. ;-)











 

Tidak jauh dari jeti, terletak medan selera. Menu istimewa sudah tentu mee bandung, asam pedas dan pelbagai menu lain lagi. Nyumeehnya, harga berpatutan.

Asam pedas daging

asam pedas siakap
 Kami juga sempat menunaikan solat di Masjid Jameq Sultan Ibrahim. Chantek sungguh masjid ini.

dapat snap gambar ni je sebab kisahkan anak yang berlari-larian

tempat wuduk

Dari dalam masjid. Nun di seberang sana sebuah lagi masjid bewarna biru
Selesai berjalan-jalan di Tanjung Emas, kami ke rumah Abg Manja, abg Abg Din. Minum-minum, mandi-manda, solat dan pulang ke Chaah.. Tamat sudah kisah jalan-jalan yang ringkas dan singkat.

Farewell Linda di Horizon Garden Restron

Assalamualaikum,

Februari lalu (kot)... salah seorang kawan Kak Ina di ofis, Linda, dapat bertukar ke jabatan lain. Jadi, kami geng2 ngaji (ngaji la sangat) mengadakan satu majlis kecil-kecilan buat Linda. Nak makan di luar, lunch hour, tapi nak tempat yang ala-ala cozy gitu.. Tanya2 pandangan orang, google sana sini, maka kami memilih Sri Bangi Horizon Garden Restron...

Interprem sikit
 
Lokasi di Seri Bangi.. parking banyak..
Pada mulanya Kak Ina ingat nak reserve meja siap order sekali.. So, datang terus ngap jelah... Tetiba rasa nak baca buku menu pulak. Haha, boleh? Ok je sebab lunch hour hari Jumaat, kami x expect ramai orang. Tapi xtentu juga taw. My advice, sesapa yang nak makan situ reramai, better at least reserve meja dulu. No fon adalah seperti berikut:


So, menu yang kami order hari tu ialah:

- Red tomyam sup horizon style
- Fried chicken with lemon sauce
- Sizzling beef
- Stir fried mix veggie
- Then for dessert - banana custard, peach custard & pudding cocktail

Sekiranya ada yang nak mencuba, Kak Ina recommend semua menu di atas. Especially sizzling beef.. Nyumeeh!!

Sizzling beef

Mix veggie

Ayam lemon

Teh 3 layer

Peach custard

Pudding cocktail

Oh ya, nasi putih waiter/waitress yang akan serve. So, murid-murid sila angkat tangan, nanti cikgu datang isi nasi. Huhu... Agak x berapa best lah part ni. Yelah, Kak Ina ni pemakan orangnya. Boring + seganlah asyik panggil minta nasik.. ayooo... & satu lagi, kita dihidang dengan air teh cina. Of course tawo hebey. Tapi Kak Ina ok je.. Nak order air lain silakan. Ada duit, bayooo... :D

Teh cino

Selit citer: bulan berikutnya, kami datang lagi & try menu lain pulak...

- Dried fried siakap 3 taste
- white tomyam sup horizon

Tapi, both menu x kena dengan selera Kak Ina.. ;-( Tapi makan jelah kan.. Jangan membazir. Dari segi harga, standard Red Wok. Tidaklah murah, tidaklah mahal sangat. Makan sekali sekala boleh la... Makan selalu2 boleh blah nanti. Hahaha... Pandai2lah budget belanja bulanan kan.

Ok, tu je nak kongsi. Selamat Menjamu Mata~~!! ngeehhh... 

Berikut merupakan menu dan harga yang ada di sini. Xpastilah sekarang harga masih sama @ ada GST atau x..