Monday, June 8, 2015

Kesan Kanser Serviks Dengan Ujian Pap Smear

Assalamualaikum... Lama x berblog ni... masuk rumah kena bagi salam... dah lama x masuk rumah lagi la.. ayat kursi ayat menghalau jin semua kena baca... hihihi...

Hari ni nak citer pasal pap smear... PAP SMEAR... sebut je dah rasa meremang... belum pegi buat lagi... belum part tunggu result lagi.. & belum part nak dengar doktor explain satu persatu setiap ujian yang dibuat tu lagi... jgnkan pap smear, masa doktor explain result ujian darah tiap2 kali pregnant pun berdebar2 taw... especially part2 penyakit.. HIV, siphlis, hepatitis.. huuu... walaupun 4x test darah dalam tempoh 5 tahun, zaman sekarang ni pelik, tah pape penyakit boleh muncul dalam badan kita tanpa disangka2..

So, apa itu pap smear?

Pap smear merupakan ujian untuk mengesan kanser serviks di peringkat awal. Sekiranya sel kanser ditemui (peringkat awal) pesakit masih ada peluang untuk sembuh. Ujian ini perlu dilakukan seawal usia 20 tahun sekiranya anda merupakan seorang yang aktif seks. Yang Kak Ina faham untuk orang yang dah berkahwinlah ni... tapi Kak Ina kurang pasti adakah orang yang belum berkahwin (tidak pernah membuat hubungan seks) boleh terkena kanser serviks. Ikutkan, pap smear perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun atau mengikut nasihat doktor. Nasihat doktor ni biasanya selepas lihat keputusan ujian, doktor akan advise untuk buat lagi selepas 6 bulan, setahun dan sebagainya... tapi kalau degil juga, kalau boleh jangan lebih 3 tahun.

Masalahnya.... kesedaran untuk buat pap smear di kalangan rakyat malaysia sangatlah rendah. Ada je yang dah kahwin berbelas tahun, puluh tahun tapi x pernah buat ujian pap smear.. ye, mesti ada yang cakap, mak2 kita dulu xde pun buat ujian tu ujian ni... dulu ngan sekarang x sama. Zaman sekarang ni virus entah muncul dari mana... meh kita sorot sikit fakta mengenai kanser serviks yang merupakan kanser pembunuh no 3 di Malaysia ni..

Fakta mengenai kanser serviks - dipetik dari myMetro

- Berlaku apabila sesetengah sel dalam tubuh tidak berfungsi dengan betul, sel membahagikan diri terlalu cepat atau mengeluarkan terlalu banyak tisu yang kemudian membentuk ketumbuhan.

- Selalunya ia memakan masa bertahun-tahun untuk sel normal di bahagian pangkal rahim bertukar menjadi kanser, tetapi dalam sesetengah keadaan, ia boleh berlaku hanya dalam tempoh yang singkat.

- Vaksin HPV disarankan diberikan kepada kanak-kanak perempuan berusia antara 13 tahun hingga wanita dewasa berusia 26 tahun. Jika doktor mempunyai alasan kukuh, ia juga boleh diberikan seawal usia sembilan tahun.

- Vaksin diberikan menerusi tiga suntikan dalam tempoh enam bulan. Ia perlu diberikan sebelum berlaku hubungan seksual atau sebelum terkena virus HPV.

- Namun, vaksin berkenaan mungkin tidak cukup untuk melindungi semua orang. Justeru, pemeriksaan rutin dengan doktor perlu dilakukan.

- Virus HPV belum ada penawar dan satu-satunya cara terbaik mengelak diri daripada terkena virus itu adalah dengan mengelak hubungan seks secara bebas.

- Ujian lumuran Pap perlu dimulakan pada usia 21 tahun bagi mereka yang pernah mengadakan hubungan seks pada usia awal. Bagi mereka yang mendapat keputusan negatif atau tiada sejarah ujian lumuran Pap tidak normal, perlu meneruskan pemeriksaan setiap tiga tahun.

- Kanser pangkal rahim adalah jenis kanser paling biasa menyerang wanita United Kingdom yang berusia 35 tahun ke bawah. Sejak 10 tahun lalu, ia meningkat secara mendadak sehing­ga 15 peratus dan menyerang wanita berusia lewat 20-an di negara berkenaan.

- Ia juga kanser paling biasa berlaku dalam kalangan wanita di negara Afrika Selatan dan Amerika Tengah.

- Dua pertiga wanita yang menghidap kanser pangkal rahim hidup selama lima tahun atau lebih.

- Wanita yang mempu­nyai ibu atau saudara perempuan yang menghidap kanser pangkal rahim mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser ini.

- Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, satu daripada 28 wanita berbangsa Cina terdedah kepada risiko kanser pangkal rahim manakala satu daripada 34 wanita India berisiko dan satu daripada 80 wanita Melayu terdedah kepada kanser terbabit.

- Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya 41 peratus wanita di negara membangun mendapat rawatan yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa mereka

Jadi.. bagaimana ujian pap smear dilakukan.. ha... maybe rajah berikut boleh bagi sedikit gambaran...


ini gambaran rahim.. kawasan yang di dalam bulatan biru itulah pangkal rahim.. gambar bulat2 di bawah tu adalah pangkal rahim yang telah terinfeksi.. yang putih2 tulah sel kanser.. stage 1, stage 2, stage 3..

Di kawasan inilah sel2 diambil
 
Ni contoh alat yang dimasukkan. Haa.. tengok alat ni comform cancellah nak buat pap smear kan... dia bukan sepit utk ambil sel pakai alat ni. Alat ni lebih kepada nak membuka laluan supaya alat yang berwarna biru dalam gambar di atas tu boleh mengambil sel.



Maka eloklah kita sebagai kaum wanita buat ujian ni... Kalau dah terkena nak ckp apa lagi.. kalau dah terlantar sakit apa pun xboleh buat.. Tambah pula, kita sebagai ibu, anak2 bergantung pada kita.. Kalau x sayang diri sendiri, kenang2kan lah anak2 dan orang2 yang sayangkan kita, yang memerlukan kita... 

Untuk bacaan lanjut google je pap smear, kanser serviks, kanser pangkal rahim.. kalau malas nak baca panjang2, search image.. mungkin boleh beri kefahaman lebih... nak2 pulak google2 terkeluar gambar2 rahim yang dah terinfeksi tu kan.. huuuu...

Kak Ina biasa buat di Poliklinik UKM, Seksyen 15 BB Bangi. Doktor yang berpengalaman dan sedia memberi khidmat konsultansi. Kos sekitar RM70. Bukan warga UKM pun boleh je ke sana.

Sekian, terima kasih.

apabila sesetengah sel dalam tubuh tidak berfungsi dengan betul, sel membahagikan diri terlalu cepat atau mengeluarkan terlalu banyak tisu yang kemudian membentuk ketumbuhan. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/2013101600142920131016001429/Article/#sthash.TQCFOh3u.dpuf
Berlaku apabila sesetengah sel dalam tubuh tidak berfungsi dengan betul, sel membahagikan diri terlalu cepat atau mengeluarkan terlalu banyak tisu yang kemudian membentuk ketumbuhan. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/2013101600142920131016001429/Article/#sthash.TQCFOh3u.dpuf
Fakta kanser pangkal rahim

  • Berlaku apabila sesetengah sel dalam tubuh tidak berfungsi dengan betul, sel membahagikan diri terlalu cepat atau mengeluarkan terlalu banyak tisu yang kemudian membentuk ketumbuhan.

  • Selalunya ia memakan masa bertahun-tahun untuk sel normal di bahagian pangkal rahim bertukar menjadi kanser, tetapi dalam sesetengah keadaan, ia boleh berlaku hanya dalam tempoh yang singkat.

  • Vaksin HPV disarankan diberikan kepada kanak-kanak perempuan berusia antara 13 tahun hingga wanita dewasa berusia 26 tahun. Jika doktor mempunyai alasan kukuh, ia juga boleh diberikan seawal usia sembilan tahun.

  • Vaksin diberikan menerusi tiga suntikan dalam tempoh enam bulan. Ia perlu diberikan sebelum berlaku hubungan seksual atau sebelum terkena virus HPV.

  • Namun, vaksin berkenaan mungkin tidak cukup untuk melindungi semua orang. Justeru, pemeriksaan rutin dengan doktor perlu dilakukan.

  • Virus HPV belum ada penawar dan satu-satunya cara terbaik mengelak diri daripada terkena virus itu adalah dengan mengelak hubungan seks secara bebas.

  • Ujian lumuran Pap perlu dimulakan pada usia 21 tahun bagi mereka yang pernah mengadakan hubungan seks pada usia awal. Bagi mereka yang mendapat keputusan negatif atau tiada sejarah ujian lumuran Pap tidak normal, perlu meneruskan pemeriksaan setiap tiga tahun.

  • Kanser pangkal rahim adalah jenis kanser paling biasa menyerang wanita United Kingdom yang berusia 35 tahun ke bawah. Sejak 10 tahun lalu, ia meningkat secara mendadak sehing­ga 15 peratus dan menyerang wanita berusia lewat 20-an di negara berkenaan.

  • Ia juga kanser paling biasa berlaku dalam kalangan wanita di negara Afrika Selatan dan Amerika Tengah.

  • Dua pertiga wanita yang menghidap kanser pangkal rahim hidup selama lima tahun atau lebih.

  • Wanita yang mempu­nyai ibu atau saudara perempuan yang menghidap kanser pangkal rahim mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser ini.

  • Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, satu daripada 28 wanita berbangsa Cina terdedah kepada risiko kanser pangkal rahim manakala satu daripada 34 wanita India berisiko dan satu daripada 80 wanita Melayu terdedah kepada kanser terbabit.

  • Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya 41 peratus wanita di negara membangun mendapat rawatan yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa mereka
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/2013101600142920131016001429/Article/#sthash.TQCFOh3u.dpuf

2 comments:

Anonymous said...

buat pap smear kena salin pakaian tak?

Zelly said...

Klinik yang saya buat tu xpayah salin pakaian pun.