Wednesday, January 13, 2016

Cameron Highland Lagi

Keesokan harinya kami berjalan ke Cameron Highland... Langsung x plan. Bangun pagi, Abg Din cakap, siap.. jom kita pegi tempat sejuuukkk... Sabar je lah kak ina ni... Berkonvoilah kami 2 kereta bersama Cik Jul & keluarganya. Percutian kali ni konon-konon nak berjimat-cermat jadi naik Hiway PLUS, exit Tg Malim, ikut jalan dalam sampai lah ke Tapah & seterusnya Tanah Rata. Untuk yang x pernah lalu, jalan dalam Tg Malim ke Tapah ni ok juga lah.. Jalan luas, tapi xboleh la nak laju macam hiway. Ada trafic lite & melalui beberapa pekan.

Sebelum mendaki, kami singgah solat dulu di Masjid Tapah. Masjid baru. Chantek! Kalau lalu situ, mesti jumpa masjid tu. Eloklah solat dulu, atau kalau tidak, ada satu lagi masjid dalam perjalanan naik ke atas. Belum jauh dari pekan Tapah..

Destinasi pertama kami...


Cameron Valley Tea House. Terletak di Habu, dalam 10 minit lagi kot nak sampai Tanah Rata. Kalau naik dari arah Tapah mesti nak singgah sini. Walaupun sekadar mencuci mata melihat ladang teh. Wajib. :D Sebelum-sebelum ni datang ke Cameron anak-anak kecil lagi. Sekarang 3 orang ni dah banyak perkara yang diorang faham. Jadi dapatlah Ibu terangkan sikit-sikit ni tempat apa, daun apa..


Tinggal yang kecik ni je x faham lagi.. Ikut2 jelah apa Abang Kakak buat.. ;-)
Selepas seketika menghirup beberapa liter udara segar, kami teruskan pendakian, mencari tempat tidoooo... Haaa tu lah dia kalau berjalan xde perancangan. Cadangnya nak cari hotel bajet je.. yang atas2 shoplot, harga RM50 je jadilah (jangan harap). Tapi xde yang murah. Semua RM100 ke atas. Bilik kecik pulak tu. Usha-usha homestay Taman Sedia, Rose Chalet, pun full house. Ingatkan hari Jumaat boleh pilih2 je nak check in kat mana. Hihihi.. Apartment, rumah persekutuan, nan hadoo.. Jadi, last choice, yang sebenarnya memang 1st choice kami pun... Hotel Titiwangsa... Haha...

Kadar sewa dah naik sikit ya... Ye la... faham, xkan nak maintain harga lama dengan peningkatan taraf ekonomi ni kan.. Kami ambil bilik Family Deluxe kot. Ada 5 katil. 2 queen 1 single. Share dengan Cik Jul. Bilik besar, no problemo.. Cuma seperti yang pernah Kak Ina cerita dalam entry dulu-dulu, kongsi2 bilik ni privacy xde lah. Kak Ina x ingat berapa tah harganya.. Kisah lama, fakta & auta semua dah lupa...

Maka malam tu kami pun bersteamboat... Nyum nyum... makan panas2 dalam udara dingin... bestnyaaa.... Nak pegi lagilah...

Antara ingredients

Udang, sotong, ikan, ayam, bebola, telo... mcm2 ada.. mee, mihun, sayur2 segar.. huisshh

Breakfast. Sebab tu Kak Ina cakap berbaloi. Kalau makan sebegini banyak, siap tambah2... makan kat kedai luar RM50 xlari..

Kalau orang yang x suka steamboat maybe x untunglah untuk dia. Tapi untuk kami anak-beranak alhamdulillah kenyang. Dan untuk sarapan pula, hari tu ada nasi lemak, kueh teow goreng, mee goreng, bubur nasi, roti bakar. Side dishes ada sosej, telur dadar, baked bean, buah2an. Air, kopi & tea & fresh orange. Adnin comey lotey pun makan bertambah. ;-)

Lepas breakfast, bersiap2 check out. Kalau nk jalan2 dulu takut 'terover time'. Walau pun sayang nak tinggalkan bilik (xde la lawa sangat, sebab bayar "mahal").

Dalam list tempat untuk dilawati, Agro Technology Park MARDI, Sg Palas Teh BOH, Kea Farm & Taman Lavender. Tapiii... dot dot dot.. jom tengok mana je tempat yang kami sempat lawat.

Check out seawal 9 pagi. Kami ke Agro Technology Park MARDI dulu. Terletak di Tanah Rata. Saja Kak Ina ajak ke sini dulu sebab kat dalam kawasan ni banyak tempat nak cover. Lagipun kalau lambat2 nanti takde parking. Masuk tidak percuma. Tapi, sorry Kak Ina lupa berapa RM. Next time kena ambil gambar tiket @ signage bayaran tu.






Lokasi pertama kami,  Ladang Strawberry. X petik pun buah strawberry. Anak-anak pun x request. Cuma kami menikmati jus strawberry, dadih strawberry, ais krim strawberry & strawberry cicah coklat yang ada dijual di kiosk ladang tersebut. Harga mampu beli. Boleh la nak merasa, bukan nak makan kenyang2 pun. Syarat datang ke Cameron je. :D

Saje pinjam topi anak2, posing2 ngan En Abam



Menikmati strawberry di ladang strawberry. Memang lain feel dia..




Selesai roound di area ladang strawberry, kami ke ladang bunga pula.. ladang... mcm besar je bunyinya... kebun lah..









Di kebun bunga, bunga-bunga bukan setakat pameran, malah untuk dijual juga. Bukan sahaja bunga, benih, pasu, baja pun ada dijual..

Di situ kawasan berbukit sedikit ada pula tempat bermain belon buih... Dah namanya budak, kenalah ibu RM1,2 kat sini... Takpelah biar diorang enjoy..


Ada kandang arnab juga..





Selain daripada tempat2 yang kami lawati ni, di dalam Taman ini terdapat kilang teh. Melalui pembacaan, kilang teh ini merupakan kilang teh tertua di Malaysia. Ia ditutup selepas pengeluarannya semakin merosot. Kini ia berfungsi seperti muzium yang mempamerkan peralatan untuk memproses teh. Kak Ina x sempat melawat ke kilang teh ni. Sebenarnya bila dah berjalan2 ke sana ke mari, terlupa pula nak singgah. Mungkin dalam lawatan yang akan dtg kami akan singgah ke kilang teh ini.

Ni bukan kilang teh.. tapi bangunan di dalam taman tersebut. X ingat bangunan apa..


Selesai ronda-ronda di Taman Agroteknolgi MARDI kami menuju ke Brinchang semula. Cadangnya nak ke Big Red Strawberry Farm. Malangnya trafik sudah mulai sesak. Hasrat dibatalkan dan kami terus ke Kea Farm untuk mencari sayur-sayuran, teh & souvenir. 



Replika buah ni x jauh dari MARDI. Saje singgah posing2.



Dah siap membeli-belah, cadangnya nak ke Sg Palas. Malangnya kami x jumpa simpang. Aduhai... Nak patah balik, malas pula rasanya. Sebab trafik memang dah semakin sesak. Jadi kami teruskan jelah perjalanan. Konon-konon nak singgah di Taman Lavender. Pun x singgah. Ya tak ya singgah di Bharat Tea Plantation. Minum-minum teh & posing2 sekeping dua di ladang teh tu. Cuaca dah mula x mengizinkan. Hujan. Jadi kena cepat2. Kalau x ada yang posing guling2 kot...

Mahal hoccay.. sebanyak gambar di atas ni, kami spent around RM50. Huhu.. Tapi sebab anak2 dah lapar, Kak Ina pejam mat jelah. Alas perut..






Setakat ini sajalah percutian ringkas kami di Cameron Highland. Next time kalau nak Cameron lagi, nak xnak kena bersesak juga dengan orang ramai. Sebab 2016 Umar dah Darjah 1. Jadi kena ikut jadual sekolah Umar lah baru dapat choti2... 

Until next entry... Tata..~~!!

No comments: