Thursday, January 21, 2016

Januari yang Senak

Assalamualaikum, Salam Tahun Baru 2016...

Dah masuk minggu ke-3 Januari, baru nak cerita pasal Tahun Baru.. Hehe.. Actually cerita ceriti 2015 pun masih banyak yang terperam x terpublish lagi..

Macam biasa, setiap kali nak masuk tahun baru, ekonomi kami mesti senak. Huhu.. Dah beberapa kali macam ni tapi masih x reti nak belajar dari pengalaman... Ekonomi senak = perbelanjaan yang terlampau tinggi.

Tahun ni, memang tersangatlah tinggi. Pertama, perbelanjaan sekolah Umar sahaja dah mencecah RM1K. Pakaian sekolah, keperluan sekolah, buku2, yuran.. untuk ke2,2 sesi sekolah...transit, transport..

Kedua, perbelanjaan di taska... Huwaa.. meleleh air mata... Yuran untuk bulanan, termasuk yuran tahunan, kos alat tulis dll mencecah RM3200... zreeetttt (bunyi sedut hingus). Pening mak... ye tak ya, terpaksalah korek duit simpanan... Xpelah, dah sebelum ni pun Ibu pernah cakap, duit simpanan Tabung Haji tu bukan untuk simpan semata-mata... Matlamat utama, of course la untuk simpanan menunaikan haji. Tapi antara keperluan lain ialah untuk perkara2 macam nilah.. kos belajar & apa2 kecemasan.

Jadi, selepas ni kami berazam untuk wujudkan tabung dari awal tahun lagi, supaya bila dah sampai masa nak guna duit dalam amaun yang banyak xde lah tergaru2, terkebil2...

- Tabung Taska - Tabung Kereta - Tabung Baby - Tabung Jalan2 - Tabung Raya -

Eh, banyak pula tabungnya ya... Kita jelah nanti tabung mana yang akan terisi...

:D

Anak2, tgk ni kos tadika kamu macam kos ibu nak masuk U... mohonlah berusaha menjadi insan yang berguna ya anak2...

2 comments:

Rahimah Binti Omar said...

Sama la kita. Sedih je tengok duit bertykar tangan. Huhuhu.. Tabung banyak dah. Isi kejap, pastu korek balik. Bila la nak penuh. Hehehe

Zelly said...

Ntah la.. orang kata saving kena ada 2 tahun gaji... ni sebulan gaji pun xdok ni mcm mana ni... huhu