Wednesday, April 27, 2016

Kesan Air Ketuban Banyak

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Lama dah x buat entry berkaitan pregnancy. Dah kenapa tetiba? Hihu...

Alhamdulillah, minggu ni Kak Ina dah hamil 35 minggu. Bila dah masuk hujung2 kehamilan ni banyaklah masalah yang datang. 5 kali pregnant, Kak Ina memang xde masalah alahan. Muntah2 pun sekadar 2,3 kali je.. Untuk yang ni, langsung xmuntah. Tu yang seronok je mengandung... Tapi, bila dah masuk minggu ke 30, perkara nombor satu akan buat hal, tekanan darah (Kak Ina lah)... Selalu x stabil dan bila makin hujung, tinggi je... Tapi entry ni Kak Ina nak cerita pasal air ketuban. Pasal PIH (Pregnancy Induced Hypertension), darah tinggi hamil, Kak Ina akan buat entry lain, InsyaAllah..

Kak Ina x pernah ada masalah air ketuban. Jadi Kak Ina xtahu berapa jumlah air ketuban yang mencukupi, apa kesan kalau x cukup, apa kesan kalau terlebih. Selagi xde masalah, rasanya ramai yang x ambil peduli pun kan.. :P Asalnya, check up baru-baru ni, Dr cakap, air ketuban Kak Ina lebih sikit. Kak Ina setakat dengar je, x terbuka pula mulut nak bertanya apa implikasinya... Sebab cara penyampaian dia pun relax je. Xde lah cemas ke apa ke.. Bila Abg Din yang tanya Kak Ina apa jadi kalau air ketuban lebih..? Haha... barulah Kak Ina sibuk menggoogle... Alang2 dah google tu Kak Ina abadikanlah penemuan Kak Ina tu kat blog ni.. :D

Air ketuban atau dalam bahasa perubatannya Amniotic Fluid, berfungsi untuk melindungi bayi dengan menyerap kesan hentakan/himpitan dari luar. Ia juga bertindak membantu mengekalkan suhu persekitaran bayi. Selain itu, air ketuban menyediakan ruang untuk bayi dan tali pusat bergerak sekaligus membantu perkembangan otat dan tulang. Ia juga membantu paru-paru bayi dan sistem penghadaman bayi berkembang kerana bayi bernafas di dalamnya dan menelan air ketuban. sumber   

Amniotic Fluid Index (AFI), iaitu bacaan air ketuban yang normal adalah di dalam range 8-18. Tapi ada juga Kak Ina jumpa 8-20.. Wallahu'alam, kena tanya Doktor baru dapat jawapan yang tepat. Jadi, sekiranya AFI kurang dari 8 bermakna mommies mengalami masalah air ketuban kurang dan jika lebih dari 18, air ketuban banyak.. Air ketuban kurang dikenali oligohydramnio manakala air ketuban banyak dikenali polyhydramnio.

Apa akan jadi sekiranya air ketuban banyak/terlebih?



Melalui bacaan, antara kesan2 air ketuban banyak ni ialah: 

- kedudukan bayi boleh berubah-ubah, samada normal, melintang mahupun songsang << ini jika air ketuban terlalu banyak.
- Meningkatkan risiko bayi terbelit tali pusat 
- Bayi akan dilahirkan lebih awal >> ada risiko kelahiran tidak cukup bulan / tidak matang
- Perut Ibu menjadi lebih besar dan berat serta mendorong ke arah sakit belakang dan pinggang
- Pendarahan selepas kelahiran

Punca air ketuban banyak:

- Kencing manis yang tidak terkawal
- Ketidakserasian darah antara ibu dan bayi, biasanya disebabkan faktor rhesus
- Komplikasi kehamilan kembar

Bagaimana pula jika air ketuban kurang?

- Bayi boleh lemas oleh disebabkan gangguan aliran darah dan oksigen
- Kesempitan di dalam ruang rahim menyebabkan pertumbuhan & perkembangan bayi terganggu
- Risiko keguguran atau kelahiran pramatang

Masalah air ketuban kurang berlaku disebabkan oleh:

- Masalah buah pinggang bayi yang tidak dapat memproses air kencing
- Uri tidak menyediakan makanan dan nutrien yang mencukupi kepada bayi
- Kebocoran air ketuban
- Tempoh kehamilan lebih 42 minggu
- Komplikasi kehamilan seperti dehidrasi ibu, tekanan darah tinggi, diabetes dan lain-lain.

Rata-rata yang Kak Ina jumpa masalah air ketuban kurang atau lebih bukanlah disebabkan faktor pemakanan atau aktiviti si ibu. Tetapi kalau dilihat antara punca-puncanya, diabetes merupakan salah satu faktor, jadi adalah lebih baik Ibu2 mengawal pemakanan. Setidak2nya kita dapat mengelak daripada satu punca.. eh, memandai je.. hehe

Daripada pemeriksaan terakhir, AFI Kak Ina, 20.6.. Terlebih sikit. Harap2 xde masalah yang serius. Bukan setakat serius, semoga tiada masalah lah berkait dengan air ketuban ni. Tekanan darah yang tak stabil ni pun dah merungsingkan. Kak Ina sangatlah berharap Kak Ina dapat melahirkan secara normal, maksudnya xde induce. Sob sob sob... 

Rabbi Yassir Wala Tua'ssir... Permudahkanlah Ya Allah~~!! 

Tulisan ini Kak Ina olah dari:
- sini: http://bayi-ibu.com/masalah-air-ketuban/ &
- sini: http://drzubaidi.com/blog/air-ketuban-yang-banyak/

Monday, April 11, 2016

Pantai Remis, Jeram, Selangor.

Assalamualaikum.... & Salam Hormat,

Entry kali ni Kak Ina nak cerita sikit tentang Pantai Remis. Kami singgah di sini semasa dalam perjalanan pulang dari Bukit Melawati... Pantai Remis merupakan salah satu tarikan pelancongan di Jeram, Selangor. Terletak di antara Kapar dan Kuala Selangor, pantai ini sering menjadi tempat kunjungan pelancong mahupun masyarakat setempat, untuk berkelah, makan2 dan meluangkan masa riadah bersama keluarga... Pantai ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda kerana pantainya telah pun ditambak dengan batu2 besar.. Ombak juga agak kuat, dan pasir pantai di penuhi dengan cengkerang kepah dan siput.. Sungguhpun begitu, pantai ini merupakan salah satu lokasi menarik untuk melihat suasana matahari terbenam. Dan Kak Ina pasti, kawasan ini juga memaparkan pemandangan indah ketika matahari terbit.



Berhampiran pantai terdapat deretan kedai-kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan terutamanya ikan bakar. Kami tidak berkesempatan untuk singgah, memandangkan hari semakin lewat dan perjalanan kami masih agak panjang. Selain kedai makan, terdapat juga tempat-tempat penginapan seperti chalet, homestay dan sebagainya. Pelancong dari jauh atau yang gemarkan suasana di tepi pantai sangat sesuai untuk bermalam di sini. 




Itu sahaja kisah lawatan ringkas kami untuk Kak Ina kongsikan.. Tuan/Puan yang berjalan-jalan di daerah ini boleh la singgah ke Pantai Remis... Daaa...

Thursday, April 7, 2016

Berkhitan Bayi Perempuan

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Hari tu, mak Kak Ina call, bgtau pasal anak buah Kak Ina belum berkhitan lagi, xpe ke? Masa tu umurnya sekitar 11 bulan.. Dan mak Kak Ina ada juga bertanya, kalau x dikhitankan macam mana?

Jadi, Kak Ina pun buatlah sedikit bacaan tentang khitankan anak perempuan ni.. Mengkhitankan anak perempuan bertujuan membuang selaput yang menutupi klitoris. Ia menjadikan organ rangsangan tersebut lebih bersih, terhindar dari penyakit dan memberi sensitiviti terhadap keperluan seksual wanita.

Bagaimanapun ada batas dalam mengkhitankan anak perempuan. Ini dapat diterangkan dari perspektif medikasi. Ni kak ina screenshot dari blog Dr Zubaidi


Jadi, eloklah dikhitankan anak2 perempuan ni.. Kak Ina nak tulis hukum x berani pula, tambah2 bab2 agama ni x boleh memandai2. Kena buat bacaan yang lebih lanjut..

Dalam google2, surfing2... terfikir pula Kak Ina, puteri bongsu Kak Ina dah khitan ke belum? Rasa macam sudah, tapi langsung x ada memori yang boleh mensahkan perasaan tersebut. Ya x ya, saje Kak Ina call Hospital An-Nur Bangi tadi untuk confirmkan. Tu pun tawakal je lah samada diorang ada simpan rekod atau x? Alhamdulillah, ada. Adnin dah khitan pun pada usia hampir 8 bulan (8 Julai 2014). Legaaa.. nanti sibuk2kan anak orang dah khitan ke belum, anak sendiri pula yang terlupa.. hehe..  

Wednesday, April 6, 2016

Hari Keluarga Ibrahim & Asiah

AsSalam/Salam Hormat,

Pada 18-20 Disember 2015 yang lalu... Kak Ina dan Abg Din diberi mandat besar untuk mengadakan Hari Keluarga Ibrahim & Asiah. Julung-julung kalinya family day adik beradik Abg Din diadakan. Adik beradik Abg Din sejumlah 11 daripada 17 beradik telah berjaya dikumpulkan. Belum pernah lagi kesemua 17 beradik berkumpul. Almaklumlah masing-masing mempunyai urusan keluarga/kerja tersendiri, malahan kakak yang 'di atas' pun sudah bercucu. ;-)

Kami memilih D'Alai Homestay Melaka sebagai lokasi beraktiviti. Pernah Kak Ina ceritakan dalam entry terdahulu, Homestay ini menyediakan 15 unit bilik yang dapat memuatkan tidak kurang dari 50 orang ahli keluarga...

Pelbagai aktiviti menarik telah kami jalankan.. Bersukaneka, bersenamrobik, mandi kolam, bertukar hadiah.. & yang paling Kak Ina seronok dan terharu apabila dalam program sebegini dapat diselitkan slot untuk solat berjemaah dan tahlil.

InsyaAllah program sebegini akan diteruskan bagi mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim di antara keluarga.. ;-)

Ayuh kita sorot kenangan lalu yang semestinya merupakan antara memori indah kamus kehidupan kami...

Ucapan aluan dari Abah selaku ketua keluarga

Aktiviti 3 hari 2 malam ini dimulakan dengan acara minum petang.. 

Pertandingan makan kek untuk kanak-kanak... yang paling kecik molek yang menang... ;D

Acara mencari getah terbanyak di dalam air untuk kategori lelaki dewasa

Isi air dalam botol menggunakan straw, kategori wanita dewasa

Baling belon air berpasangan

Sambutan Hari lahir untuk Disember-ian

Abg Din sala seorang daripadanya.. pasni kena buat bulan lain pulak

Senamrobik di pagi hari

Pertandingan makan buah epal

Pertandingan dapatkan kulit epal terpanjang

Belon siapa paling besar

Lari dalam plastik sampah

Musang berjanggut

Gambar kenangan untuk geng-geng bapa sebelum bersurai balik..