Monday, May 9, 2016

Cara Mengira Pergerakan Baby

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Sikit je nak share..

Cara-cara kira pergerakan bayi di dalam kandungan.

- Cukup 10x pergerakan dalam tempoh 12 jam... eg 9 pagi - 9 malam
- Satu pergerakan = beberapa kali pergerakan dalam satu masa. Setakat tertendang/tersiku sekali tu x kira satu pergerakan ya...

Kalau x cukup 10x gerakan dalam masa 12 jam, eloklah ke hospital untuk pemeriksaan. Tapi baby Kak Ina lebih aktif sebelah malam. Jadi, adjust lah time check tu... (memandai je, sila tanya doktor anda.. hihi)

Gambo google

Buasir Pulak... Sob, sob..

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Haa.. kalau tengok tajuk tu dah boleh tahu dah apa pulak masalah Kak Ina sekarang kan? Sob, Sob.. Banyak ujian orang mengandung ni... mommies yang sihat walafiat, alhamdulillah.. tapi jangan pandang enteng juga ya pada masalah2 semasa mengandung ni. Mommies yang banyak dugaan tu xpelah, sakit2 ni semua penghapus dosa.. dah la sepanjang mengandung malaikat mendoakan kita... untungnya lah badan... ;-)

Orite, alkisahnya begini.. x dinafikan sepanjang mengandung Kak Ina makan sayur dan buah hanya bila jumpa je.. Maksudnya kalau xde xcarilah.. especially buah.. macam sayur2 tu tetiap hari makan, tapi kenalah kena dengan sayurnya... kalau untuk elak sembelit, tentulah sayur yang lembut2, yang daun2.. yang banyak serat. Air insyaAllah mencukupi. Kalau kat rumah tu wajib masak air satu cerek letrik besar & satu cerek menjerit setiap hari.. at least! Kalau x masak, jawabnya terputus bekalan air minuman lah kami. Kalau hari cuti/weekend lagi lah berapa kali repeat masak air.. dijadikan cerita, satu hari tu, Kak Ina kena sembelit yang extraa dari biasa.. dan kerap pulak, makanya telah berlakulah buasir.. Ke klinik, dapat ubat sapu dan ubat makan.. belum sempat nak baik, xtahulah tersilap makan apa, dah terkena cirit birit pulak.. langsung buasir tadi menjadi berdarah.. Yang pernah kena buasir ni tahulah. Paling seksa bila nak duduk. Nak menahan sakit tu boleh menitis air mata hoccay... So, Kak Ina tanya specialist OnG. Kata dia, kalau dah buasir ni, solutionnya kena tunggu baby lahirlah... Bila dah terkena masa pregnant especially bila dah hujung2 ni memang susah sikitlah nak baik. Di mana, berat baby merupakan faktor tekanan untuk memudahkan buasir tu masuk balik. Jadi, doktor minta Kak Ina bersabar, xlama dah kata dia... Huwaa...

Buasir ni ada 4 kategori:

Pertama: Berdarah tapi tidak terkeluar
Kedua: Terkeluar, samada berdarah atau tidak tapi boleh masuk semula
Ketiga: Terkeluar, samada berdarah atau tidak tapi perlu ditolak dengan jari untuk masuk semula
Keempat: Terkeluar dan langsung tidak boleh masuk semula... haiyoooo

Buasir yang terlalu teruk perlu dirawat dengan melakukan pembedahan. Tetapi, kesakitan akan tetap dirasai sehingga luka pembedahan sembuh. Dan Kak Ina xrasa luka pembedahan di kawasan tersebut boleh cepat kering. Huuu.. Jadi eloklah dicegah masalah ni iaitu dengan MENJAGA PEMAKANAN. See... apa2 penyakit pun, berbalik kepada corak pemakanan kita. Selain itu, pesakit buasir perlu juga memantau keadaan kesihatan mereka. Maksudnya, keadaan buasir itu sendiri yang ada kalanya merupakan simptom2 penyakit kanker kolon. Hisshh.. nauzubillah min za lik.

Sekarang ni Kak Ina agak risau, sebab selepas melahirkan Naufal dulu Kak Ina terkena buasir, sebab meneran terlampau kuat. Big baby katanya (3.4kg je bersalin 38 minggu). Semalam scan anak ni, dah 3.3-3.5kg.. baru 36++ minggu.. huwaaa.. Ya Allah permudahkanlah Ya Allah...  

Wednesday, May 4, 2016

Suntikan Kancing Gigi @ Anti Tetanus (ATT)

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Lagi post berkaitan pregnancy... Entry hari ni berkenaan suntikan kancing gigi @ suntikan ATT

Agak2, apa yang mommies faham dengan suntikan kancing gigi @ ATT ni?

Kak Ina kan, sebelum ni, Kak Ina sekadar faham yang suntikan kancing gigi ni perlu untuk ibu hamil supaya ibu tidak terkena sawan semasa bersalin... punca sawan tu ialah darah tinggi. Ok salah fakta ya.. salah sama sekali.. yang betulnya terkena sawan je.. tapi mcm mana boleh kena sawan tu... meh nak citer sikit...

Memula sekali, suntikan kancing gigi ni diberi kepada ibu2 mengandung bagi mengelakkan jangkitan tetanus. Tetanus tu apa? Tetanus tu adalah sejenis kuman clostridium tetani yang boleh memasuki tubuh melalui luka terbuka. Ia boleh merosakkan sistem saraf dan seterusnya membawa maut. Jika tidak melalui prosedur c-sect sekalipun, kebanyakkan ibu2 yang bersalin normal akan melalui prosedur episotomi. Sekiranya ibu tidak diberi suntikan anti tetanus, dikhuatiri perkakasan yang digunakan telah tercemar dan boleh menjangkiti Ibu melalui luka tersebut. Dan jika dijangkiti, antara masalah yang boleh berlaku ialah kekejangan otot dan saraf yang bermula dari otot2 rahang. Pernah x tengok orang yang terkena kekejangan, yang macam terkena sawan tu? Kan giginya terkacip2 / tertutup kemas.. Dari situlah datang nama kancing gigi. Huhu.. ni kalau salah lagi, sesapa yg tahu mohon betulkan ya... Kak Ina tulis pun berdasarkan bacaan juga..   

Kebiasaanya, Ibu yang pertama kali hamil akan diberi 2x suntikan ATT. Dan kehamilan berikutnya biasanya sekali suntikan sahaja. Tapi seingat Kak Ina, Kak Ina dapat suntikan ATT sekali je masa pregnantkan Umar. Dan masa pregnant Umairah, doktor x bagi injection pun. Alasannya, suntikan dahulu boleh bertahan sehingga 2 tahun. Begitu juga Umran dan Adnin. Cuma kehamilan kali ni, tiba2 Kak Ina teringat tentang suntikan ni, bertanya pada doktor dan dapatlah satu dos suntikan. Dan melalui bacaan juga, sekiranya ibu buat pemeriksaan di klinik swasta, mungkin doktor tidak akan  beri suntikan. Tidak berapa Kak Ina pasti, adakah sebab kos atau risiko terkena jangkitan tetanus itu sendiri yang sudah semakin rendah. Tapi kalau check up di klinik kesihatan kerajaan, insyaAllah akan dapat suntikan tersebut.

Ada juga Kak Ina jumpa, suntikan ATT ni ada kesan sampingan. Yang pertama, ya, suntikan ni lebih sakit daripada suntikan2 biasa.. Sakit sikit lah, xde la sampai nak nangis. Dan selepas disuntik biasanya lengan akan lenguh2 beberapa hari. Dan ada juga yang kata ada kesan jangka panjang contohnya sakit lutut.. tah ya tah tidak kak ina xtahu... sebab kak ina x pernah tanya pada doktor, dan setakat ni kak ina jumpa sorang je yg cakap mcm tu.. Tapi kalau kesan x ambil suntikan adalah lebih buruk, maka adalah lebih baik menanggung lenguh2 tangan 2,3 hari kan...

So, utk mommies2 di luar sana, bila pergi check up tu rajin2 lah tanya doktor. Kalau dapat injection, tanyalah injection apa, untuk apa? Sama juga kalau check bp, minum air gula, tanya je apa tujuannya.. Bukan nk bzbody pun, tp as knowledge kita lah.. okies.. can cin cau..~~!! Daaa...  

* suntikan kancing gigi ni, baby dan budak sekolah pun dapat..
** banyak lagi info pasal suntikan kancing gigi ni, rajin2lah google..

Monday, May 2, 2016

PIH - Pregnancy Induced Hypertension

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Seperti dijanjikan di dalam entry yang lepas, insyaAllah entry kali ni Kak Ina nak story pasal darah tinggi semasa hamil pula... atau dalam bahasa doktor2, PIH (Preganancy Induced Hypertension).

Tidak semua ibu hamil boleh mendapat darah tinggi. Kak Ina sendiri pun masa kehamilan ke2, alhamdulillah BP Kak Ina ok je. Cuma masa tu Kak Ina terkena diabetes pulak. Yang lain-lain, semuanya Kak Ina terkena darah tinggi di hujung2 kehamilan.



Apa punca darah tinggi hamil? Sebab-sebab sebenar darah tinggi semasa hamil adalah tidak diketahui... sama jugalah macam air ketuban terlebih terkurang tu.. Tapi daripada penerangan beberapa orang doktor dan hasil google, darah tinggi semasa hamil berlaku apabila uri tidak boleh menerima hormon ibu/sistem imun ibu... Apabila keadaan ini berlaku, akan berlaku pula penyempitan pembuluh darah dan menyebabkan tekanan aliran darah meningkat. Err.. faham ke x ni... Huhu... Bahaya pada Ibu ialah apabila tekanan darah terlalu tinggi ia boleh menyebabkan ibu sawan. Manakala bahaya kepada bayi pula, penolakan tersebut menyebabkan uri kurang menerima bekalan darah, oksigen, nutrien dan sebagainya yang boleh menyebabkan uri lekang (pendarahan) atau menggangu tumbesaran dan perkembangan bayi.. 

Darah tinggi semasa hamil ini terbahagi kepada 3 kategori:

- Gestational Hypertension: Ibu yang mempunyai tekanan darah 140/90 dan ke atas, ujian air kencing tidak menunjukkan protein & berlaku selepas usia kehamilan 20 minggu

- Chronic Hypertension: Ibu yang mempunyai tekanan darah 140/90 dan ke atas, ujian air kencing tidak menunjukkan protein & berlaku sebelum usia kehamilan 20 minggu 

- Preeclampsia: Ibu yang mempunyai tekanan darah 140/90 ke atas, berlaku selepas atau sebelum usia kehamilan 20 minggu dan ujian air kencing mengandungi protein. Jika tekanan darah tidak terkawal, ia boleh menyebabkan eclampsia di mana Ibu boleh terkena sawan.

Untuk kehamilan kali ini, Kak Ina terkena darah tinggi kategori gestational hypertension pada usia kandungan 33 mingu (mungkin lebih awal tapi tidak disedari). Tekanan darah Kak Ina dalam tempoh seminggu tersebut adalah sekitar 140++/90. Dan selepas itu sehingga hari ini (hamil 35++ minggu) menurun kepada 130++/80. Alhamdulillah OK, tetapi Kak Ina masih perlu membuat pemeriksaan tekanan darah setiap 2 hari sekali. Memang agak sukar sebab perlu berulang ke klinik, tapi bagi memastikan tekanan darah tidak naik mendadak maka perlulah ada sedikit pengorbanan. 

Dan di dalam tempoh ini, Kak Ina perlu memantau beberapa perkara, di mana sekiranya berlaku salah satu daripada perkara di bawah, Kak Ina perlu segera ke hospital:

- sakit kepala, terutamanya di bahagian depan (sekitar dahi) dan belakang (atas tengkuk)
- rasa loya, mual dan muntah
- pedih hulu hati
- pergerakan bayi kurang/pasif
- edema (bengkak kaki) yang teruk

Kak Ina juga pernah mengalami preeclampsia semasa mengandungkan Umar. Ketika itu, usia kandungan sudah memasuki 36++ minggu. Tekanan darah Kak Ina agak tinggi, Kak Ina mengalami edema yang teruk, mengalami kepala pusing, serta ujian air kencing menunjukkan kehadiran protein. Akhirnya Kak Ina dipaksa bersalin pada usia kandungan 37 minggu apabila tekanan darah mula mencecah 200/110. Dan selepas melahirkan, tekanan darah Kak Ina hanya kembali normal selepas hampir 3 bulan. Syukur alhamdulillah, Kak Ina selamat.  

Bagaimana darah tinggi boleh dikawal?

- Sekiranya darah tinggi yang memerlukan ibu makan ubat, maka ibu perlu makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan.
- ibu2 juga perlu mengawal pemakanan, kurangkan pengambilan garam dan MSG
- dapatkan rehat yang cukup, elakkan tekanan
- minum air yang mencukupi dan elakkan kafein
- selain itu, perbanyakkanlah doa, dan dekatkan diri dengan Allah melalui solat2 sunat dan amalan2 kebaikan..

Untuk keterangan/pemahaman yang lebih lanjut, adalah lebih baik mommies tanya sendiri pada Doktor.. walaupun Kak Ina dah tulis satu entry berkaitan darah tinggi hamil, namun Kak Ina masih tidak faham bagaimana bacaan tekanan darah tu dikategorikan. Masa bila dikatakan bahayanya padanan tinggi rendah bacaan atas dan bawah tu Kak Ina x tahu... :D  

Ok, selamat membaca.. jangan pening2 sangat, kang BP naik pulokk!! :P