Jondis? Jaundice? Kuning? Sama je 3,3 tu... Jomm Kak Ina story sikit...
Lepas discaj, dpt berbahagia di rumah selama 2 hari sahaja... hari ke3 bersalin, jururawat masyarakat dari Klinik Kesihatan (KK) datang utk membuat pemeriksaan ibu & anak. Seperti dijangka, baby Fadhal yg Kak Ina dah perasan matanya sedikit kuning, perlu ke KK utk pemeriksaan jondis. Hari pertama datang bacaan agak tinggi, 16.5 mg/dL.. Kata Dr, lg 0.5 mg/dL je nak kena dptkan rawatan phototerapi. Berduka Kak Ina mendengarnya. Disebabkan tinggi esoknya kena dtg lagi. 19.5mg/dL pulak... Waahhhh.. cepat & banyaknya naik. Dr buat surat refer ke hospital. Kak Ina request utk ke KPMC tp Dr xbenarkan sbb bacaan terlalu tinggi dan jika semakin naik ada kemungkinan perlukan prosedur tukar darah. Sedih.
Kami ke Hospital Serdang. Tunggu giliran di Unit Kecemasan utk dihantar ke NICU pun ambil masa sehingga 3 jam lebih. Penat, lapar. Maklumlah baru 5 hari bersalin. Di NICU, ujian darah dibuat semula & bacaan naik sehingga 373 umol/l @ 21.9mg/dL. (Kat hospital bacaan jondis dibaca dlm unit umol/l).. Dan sekali lg Dr sebut tentang tukar darah. Ya Allah serabut betul jiwa Kak Ina masa tu. Kebiasaannya baby yg masuk ke NICU, ibu dibenarkan tunggu bersama baby (bermalam). Disebabkan ketika itu hospital sedang buat renovation, ruang NICU sungguh padat dan ibu dibenarkan berada di situ dari pagi sehingga jam 10 malam sahaja. Jadi, menjelang malam luluhlah perasaan ibu nk meninggalkan baby Fadhal. Yang jadi jiwa merana tu sbb Kak Ina lihat nurse2 biarkan sahaja sekiranya baby menangis. Susu di diberikan 3 jam sekali, begitu juga pampers ditukar sebelum memberi baby susu. Selebihnya, jika baby menangis ia akan dibiarkan sahaja sehingga diam sendiri. Ok, jangan kecam saya ya. Ini memang prosedur. Kalau setiap baby nak di pok pok memang xjadi kerjalah nurse2 di situ. Baby pula bukan 6, 7 orang malah berpuluh2. Dan Kak Ina tengok nurse2 sentiasa ada kerja nk dibuat. Xde yg duduk saje2. Penatnya keje jadi nurse ni.. Dan parents juga tidak disarankan untuk pok pok @ sentuh apatah lagi dukung baby lain semata2 nak tenangkan dia. Sebab, kita xtahu baby tu sakit apa & barangkali sentuhan kita boleh menyebabkan jangkitan kepada baby tu @ menyebarkan pula kuman dari baby yg kita sentuh kepada baby kita. Jadi memang kelihatan semua ibu kat situ macam selfish walaupun baby dlm coat sebelah yg jaraknya xsampai sekaki menangis kua kua xhengat. Habis2 tolong pun boleh tolong panggilkan nurse je..
4 hari 3 mlm baby Fadhal menjalani rawatan phototerapi. Tiap2 hari baby diambil darah. Dah naik berlubang2 & lebam tangan baby kiri dan kanan. Sobb... Bacaan menurun, tp slow sungguh rasanya.. Dari 373 umol/l, 314 umol/l, 257.7 umol/l dan akhirnya bacaan jondis mencecah 252.1 umol/l. Photo level baby Fadhal ialah 257 umol/l.. Yeay, akhirnya... seronoknya dapat balik..
Selama tempoh 4 hari tu macam2 pengetahuan yg Kak Ina dapat. Especially pasal jondis nilah. Oleh yg demikian marilah kita berkongsi ilmu jondis Kak Ina yang secebis ni...
Bagaimana jondis berlaku?
- Darah bayi yang rosak dan pecah, yang dicernakan dan diurai akan menghasilkan komponen bernama bilirubin. Bilirubin akan dibuang melalui najis @ air kencing. Namun jumlah bilirubin akan meningkatkan dan menampakkan bayi kekuningan sekiranya terlalu banyak darah bayi yang rosak atau pecah serentak.
Bacaan normal jondis?
- Bacaan normal ialah sekitar 5mg/dL atau 85umol/l. Biasanya jondis akan normal sebelum tempoh 2 minggu. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, bayi dikatakan mengalami prolong jondis.
Bacaan yang perlu phototerapi atau tukar darah?
- Rawatan phototerapi bergantung pada photolevel bayi. Setiap bayi berbeza photolevel kerana bacaan photolevel bergantung pada usia bayi dan berat badan bayi. Jadi, jangan hairan sekiranya bayi lain boleh discaj selepas mencecah photolevel tertentu, sedangkan bayi kita masih belum boleh discaj walaupun telah mencecah photolevel sama seperti bayi tersebut. Mohon maaf Kak Ina xtahu bagaimana pengiraan photolevel bayi. Kalau di KK, jika bacaan jondis mencecah @ lebih drpd 17mg/dL, bayi akan terus dirujuk ke hospital.
Bacaan yang memerlukan prosedur tukar darah?
- Kak Ina xdpt penerangan secara verbal tentang ini. Nurse & Dr yang Kak Ina tanya sekadar memberi jawapan 'terlalu tinggi'. Barangkali ini juga bergantung pada usia dan berat baby. Kalau melalui google, jawapannya ialah 25mg/dL @ bersamaan 425 umol/l. Mungkin ini sebagai penanda aras shj.
Kesan jondis terlalu tinggi?
- bayi boleh mengalami masalah pendengaran
- kerosakan otak yang mendorong ke arah kecacatan @ kematian sekiranya tidak mendapat rawatan sewajarnya.
Hmmm.. bnyk lagi sbnrnya yang Kak Ina dapat selama berada di hospital. Mungkin bila2 teringat Kak Ina akan update. Ini pun sbnrnya blm selesai lagi masalah baby Fadhal. Lepas discaj dari hospital, bacaan jondis turun naik turun dan dah melebihi usia 2 minggu pun. Jadi baby Fadhal dah dilabel prolong jondis dan dirujuk ke hospital semula. Nanti Kak Ina akan tulis satu entry tentang prolong jondis pula ya..
Sekian, terima kasih...
2 comments:
Take care baby Fadhal. Sedap nama.. :). Wei.. baru den terjumpo blog ko ni ha..
Hahaha.. welcome beb... aku konon2 low profile la.. tp nk kongsi2 gak pengalaman especially dlm membesarkan anak2 nih.. 😊
Post a Comment