Saturday, June 11, 2016

Prolonged Jaundice / Jondis Berpanjangan

Assalamualaikum/Salam Hormat...

Seperti Kak Ina nyatakan dalam entry terdahulu, Baby Fadhal telah dilabel prolong jondis, gara2 bacaan jondis tidak mencecah 5mg/dL @ 85umol/l dlm tempoh 2 minggu. Baby yang dah cecah 7mg/dL pun dicop prolong jondis, inikan pulak baby Fadhal, 10.9mg/dL.

Masa check di KK, bacaan jondis Fadhal 13.9mg/dL. Jadi KK refer ke hospital untuk menjalani prosedur ujian darah dan ujian air kencing. Ujian darah dilakukan untuk melihat samada ada jangkitan kuman @ virus di dalam darah, sekiranya ada masalah G6PD, masalah2 yang berkaitan dengan hati seperti biliary atresia, neonatal hepatitis dan choledochal cyst & masalah kelenjar thyroid. Ujian air kencing pula untuk melihat sekiranya ada jangkitan kuman di dalam air kencing.

Untuk ujian darah, prosedur ambil darah dibuat di bahagian tangan. Sebanyak mana darah diambil Kak Ina xpasti sebab Kak Ina diarah keluar ketika prosedur dijalankan. Untuk ujian air kencing / urine pula terdapat 3 kaedah yang boleh dipilih oleh ibu bapa bg membolehkan sejumlah urine diperolehi. Kaedah tersebut adalah:

1. Mead stream urine: Ibu bapa menadah sendiri urine di dalam botol yang telah disteril. Botol disediakan oleh pihak hospital. Urine yang mula2 keluar tidak dikehendaki, sebaliknya ibu perlu menadah urine yang di tengah2 atau kemudian. Iskk susah pulak nak olah ayat ni.

2. Cateter urine: Doktor memasukkan tiub ke dalam salur kencing bayi bagi mendapatkan urine. Sakit kot. Pernah seorang kenalan dewasa menyatakan prosedur ini sangat sakit. Ketika itu dia terkena penyakit batu karang. Doktor pun x offer kaedah ni.

3. Suprapubic aspirate: Doktor akan cucuk di pundi kencing bayi dan menyedut air kencing dari situ. Kaedahnya sama seperti ambil darah. Tempat yang akan dicucuk adalah di bawah pusat. Pada usia yang masih muda lapisan perut bayi adalah sangat nipis.. tidaklah seperti kita yang berlipat2 lemaknya ni. 😆


Masa nak jalankan prosedur tu, Doktor cuma bagi kami pilihan 1 & 3. Samada tadah sendiri @ Doktor cucuk di pundi kencing baby. Ikutkan Doktor mencadangkan Prosedur yang ke3 memandangkan ianya lebih mudah, cepat & insyaAllah bebas pencemaran. Pencemaran mungkin datang dari persekitaran hospital, tangan ibu, pakaian bayi dan sebagainya. Ketika Kak Ina menimbang2 samada tadah sendiri @ cucuk, seorang ibu kepada bayi 10 bulan bercerita tentang pengalaman dia di mana berkemungkinan doktor telah tercucuk sehingga terkena usus, kerana terdapat najis di dalam urine anaknya. Disebabkan itu anaknya terpaksa menjalani prosedur2 lain pula bagi memastikan yang ususnya tidak bermasalah. Dalam masa yang sama seorang bapa pula menyatakan manalah tau 1 dalam 100 kes mcm tu, kitalah yang 1 tu.. huwaaa.. sob, sob.. maka kak ina fikir2, oklah Kak Ina pilih tadah... setidak2nya Ibu dah berusaha untuk mengelak dari kemungkinan yang xbaik Nak... tetapi sekiranya ada kuman di dalam urine, Doktor akan repeat test & ibu xdiberikan option dah. Doktor akan cucuk.

Sejam Kak Ina menunggu.. haduhai.. kalau kat rumah tu, nak tukar pampers kena cepat2, karang x pasal2 kena basuh selimutlah, sarung tilam lah @ worst case tilam yang kena basuh. Dan dalam pada itu, ada juga memori lucu nak tadah urine ni. Cerita parents kepada seorang bayi ni yang tertunggu2 bila anaknya nak kencing. Sekali anaknya pancut, si ibu terlompat ke kiri, si ayah terlompat ke kanan.. haha.. sudah2nya xsempatlah nak tadah. Terkejut + tindakan refleks nak mengelak punya pasal.. haha.. sampai 3x babynya kencing xdpt2 tadah.

2 hari selepas menjalankan prosedur tersebut, hospital call minta repeat test sbb ada kuman. Actually Kak Ina dah tau pun, sebab test tu Makngah Fadhal yang buat. Tp berdasarkan keputusan Makngah cakap kuman tu bukan berpunca dari urine, maybe bekas @ persekitaran. Tapi still kena ikut prosedur.. Maka, kena cucuklah pundi kencing Fadhal. Dan alhamdulillah keputusannya urine bebas kuman & ujian darah jugak baik2 sahaja semuanya.


Ok, disebabkan darah ok, thyroid ok, hati ok, urine ok, Fadhal dirumuskan mengalami breastmilk jondis. Doktor terangkan ada komponen dalam susu ibu yang tidak serasi dengan sistem badan Fadhal yang menyebabkan jondis tu mengambil masa panjang sikit untuk pulih. Xretilah Kak Ina macam mana nak explain tapi puncanya susu ibulah.. Macam pelik pula, sebab abang kakak Fadhal xde pulak jadi mcm ni. Kalau ikut cakap2 orang, kena berhenti sementara breastfeed. Tapi Doktor kata teruskan je. Jondisnya akan baik juga cuma lambat sikit.

Tetapi parents masih belum boleh menarik nafas lega sbb perlu memantau beberapa perkara. Sekiranya berlaku salah satu daripada perkara berikut bayi perlu segera dibawa ke hospital:

- najis bayi pucat (berwarna krim)
- urine bayi berwarna teh O pekat
- muka bayi pucat - disebab pemecahan darah berlaku dengan banyak & serentak
- bayi muntah2 teruk
- najis, urine & muntah bayi berdarah @ berlaku pendarahan di mana2 anggota badan bayi
- baby pasif

Oh ya... ujian darah untuk mengetahui bacaan jondis sudah tidak perlu dilakukan lagi. InsyaAllah pada usia bayi lebih dari 2 minggu selaput di bahagian otak bayi sudah semakin matang. Sebagai ibu, sudah tentu Kak Ina mendoakan baby Fadhal akan segera sembuh... Amin ya Rabb!!

Sebahagian sumber Kak Ina perolehi dari sini:
- http://www.doktorbudak.com/2013/09/03/anak-saya-masih-kuning-prolonged-jaundice

3 comments:

Rahimah Binti Omar said...

Assalam... gitu ke kena buat kalau anak kena prolong jaundice. Iman dulu x buat semua tu ^_^ Lama juga prolong jaundice tu. Bila baca terus terfikir "did i miss something?". sebab iman la yg paling kerap masuk hospital. pneumonia, bronkitis dan sebagainya...hmmmm... dulu xde sape pun yg bagitau kena buat cek kalau prolong. Doctor kata biasa and lelama dia akan baik sdr. Betul dia baik dr jaundice, tapi kita tak pasti adakah terdapat kuman2 atau bakteria2 yg tinggal dalam badan yg sebabkan dia kerap kena sakit2 sepanjang proses dia membesar. Wallahua'lam. Semoga BB Fadal cepat sembuh. Semoga anakanda Iman sihat selalu. Amin.

Zelly said...

Yg sbnrnya along pun xtahu imah... umairah dulu pun over 2 weeks gak.. ada lah direfer ke hospital. Tp lepas cek darah kat hospital (cek bacaan jondis yg cocok kat kaki tu je pun, bukan ambil darah utk test), hospital bg balik. Pastu anak abg kat chaah semua jondis lebih sebulan. Semua tinggi sampai kena foto, tp xde pun test darah & urin.. hmmm...

Zelly said...

Yg sbnrnya along pun xtahu imah... umairah dulu pun over 2 weeks gak.. ada lah direfer ke hospital. Tp lepas cek darah kat hospital (cek bacaan jondis yg cocok kat kaki tu je pun, bukan ambil darah utk test), hospital bg balik. Pastu anak abg kat chaah semua jondis lebih sebulan. Semua tinggi sampai kena foto, tp xde pun test darah & urin.. hmmm...