Minggu sebelum raya haji hari tu, ya raya haji, cerita lama baru nak cerita.. haha.. Kak Ina dan Abg Din bawa anak-anak jenjalan Port Dickson. Kasihan anak-anak, lama dah x bawa jalan-jalan (kasihan ibunya juga ;p).. Jadi, PD lah antara destinasi percutian yang dekat yang sesuai pergi Sabtu balik Ahad. Oh, tapi kami pergi Ahad balik Isnin, sebab nak elakkan kesesakan. Hari Isnin tu sekolah Umar ada cuti peristiwa, jadi elok sangatlah ambil kesempatan bila Umar bercuti.
Jadi, tempat yang baru kami kunjungi di PD ni ialah, Kedai Makan Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place. Lokasinya di tepi jalan besar dari arah bulatan ke Teluk Kemang, di sebelah kanan jalan. Sebenarnya, nak cari nasi campur lauk asam pedas di sepanjang jalan Teluk Kemang, tapi banyak yang dah 'sold out'. Maklumlah orang check out hotel terus cari makan. Haa, ini tips untuk yang nak makan asam pedas di PD, sila pegi awal, sekitar jam 11.30am ke. Terutamanya hari Ahad. Sebab Ahad majoriti orang check out pkl 12, terus nak lunch. Memang sesaklah kedai makan. Pusing punya pusing, ternampaklah signage Ayam Panggang. Boleh la singgah try makan.
Kedai makan ni hanya menawarkan menu nasi kukus dan ayam panggang je. Nasi campur takde ya. Air pun x banyak pilihan. Jadi, kalau anda spesies yang cerewet nak makan/minum itu ini, sini bukan tempatnya. Kak Ina pun ada masa-masanya mengada-ngada juga bab-bab makan ni. Tapi sebab hari tu dah lapar, bawa-bawalah bersyukur dengan rezeki yang ada. Harga, biasa-biasa je... Tak murah, tapi xlah mahal. Rasa, pada Kak Ina pun biasa-biasa je. Tapi, sedap x sedap tu kan subjektif. Kalau google blog-blog lain, orang cakap sedap je. Kak Ina lebih suka cakap kalau nak tahu cuba sendiri. Haha..
Sesuai dengan namanya, kedai ni berkonsep koboi. Sana sini ada hiasan-hiasan berkaitan koboi. Jadi, selain makan2, dah jadi macam tmpt nak posing2 pula. Bukan kami je, malah pengunjung lain juga. Dan masa kami datang tu, ada live band. ;-)
Selesai makan, kami check in hotel. Ya, sekarang hotel pilihan kami di PD tak lain tak bukan, Langit Langi. Kali ni kami check in bilik Family. Ada 1 je katil queen. Tapi biliknya lebih lapang. Dan kami tambah 1 katil. Entry lama, Kak Ina lupa harga. Tapi...!!! Ini mengejutkan. Sebelum check in, Kak Ina survey harga di website tempah hotel dulu. Lupa booking ke trivago ke traveloka ke.. Tapi, harga walk in lebih murah. Hmm.. nampaknya kita tak boleh percaya 100% pada perkhidmatan online ni ya. Rasa sungguh tertipu walaupun xsempat ditipu.
Disebabkan check in Ahad, swimming pool itu kami yang punya.. yeayyy...
Hotel shop lot je. Ada pool. Ada breakfast. |
Bilik selesa. Bathroom lawa, lupa nak ambil gambar. |
Pool, besar lah juga, dalam, bersih. |
Hoccaylah... jumpa lagi di entry akan datang.. semestinya cerita lama juga la teww... hihihihi..
No comments:
Post a Comment